Nuffnang Ads

me&bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

me & bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, December 26, 2009

Hari ni aku buka blog baru

Inilah post pertama yang menjadi mak kepada semua post2 yang akan datang :p..



Sebenarnya aku ada satu lagi blog. Tapi blog tu agak peribadi untuk dibaca oleh orang ramai. Jadi aku create satu blog untuk aku mudah menulis dan dibaca oleh sesiapa sahaja. Aku akan cuba menapis sebaik mungkin posting di sini supaya tidak menyentuh sensitiviti sesiapa. Takut jugak kalau sedap sangat menulis, kena dakwa atas akta Hasutan dan Fitnah plak..hehehe...
Aku sedar, aku bukanlah artis yang akan menjadi buruan peminat untuk sentiasa mengetahui perkembangan aku. Cuma aku nak jadikan blog ini sebagai satu tempat untuk aku menyimpan segala aktiviti dan perkara yang berlaku dalam hidup aku supaya kalau aku tua, aku leh baca balik dan mungkin akan tersenyum sendiri..hehhe..gamaknye laaaa..hehehe....


Apa pun kini, aku semakin bahagia dengan kehidupan aku.. sebagai pekerja, anak, adik, mak sedara, awek, jiran, kawan dan lain-lain kepada orang lain. Aku tak berminat untuk bermusuh atau bergaduh dengan sesiapa. Aku rasa orang lain pun sama jugak kan? Tapi cara aku berbeza. Makin aku tau orang tu tak suka aku, makin gemar pulak aku nak mendekati dia. Sebab aku nak tau, apa yang buat dia tak suka aku. Sekurang-kurangnya aku dapat mengubah tingkah laku supaya tidak canggung di mata orang lain. Aku hidup dengan manusia yang punya perasaan dan aku cuba untuk menjaga setiap perasaan tersebut.



Tapi maklumlah..akukan manusia biasa. Kadang-kadang bergaduh jugak dengan orang. Tapi aku marah orang tak lama. Aku cepat sejuk. Aku mudah memaafkan..tapi tak mudah melupakan. Bukan berdendam atau membenci, cuma itu adalah cara untuk buat aku berhati-hati.



Apa yang aku biasa dengar, orang selalu kata aku sombong, poyo, overconfident.. ntahlah..mungkin betul kutt apa yang diorang cakap. Kadang-kadang mungkin aku yang tak perasan. Aku mintak maaf lah secara terbuka kat mereka-mereka yang kata aku macam tu. Cuma apa yang aku nak cakap, kawan dengan aku dulu, then baru judge aku macam mana. Hehehe...



Kat sini biarlah aku explain...



Mereka selalu kata aku sombong sebab selalu buat tak tau dengan diorang walau pun diorang senyum dengan aku...Hehehe..aku ngaku..memang aku selalu macam tu. Bukan setakat dengan orang yang aku tak rapat, malahan dengan best fren aku sendiri. Buat bodoh je kalau selisih dengan sesapa..Huhuhu...



Aku bukan sombong la wweeeyyy..aku rabun ayam..kikiki..aku rabun sejak tingkatan 1 lagi..tapi tak suka pakai spek atau lens.. tu yang aku selalu tak perasan orang tuh..hehehe...



Hanya orang yang rapat dengan aku tau masalah aku yang satu nie...



So sorry kalau aku tak balas senyuman korang. Aku akan cuba untuk mengatasi masalah aku yang satu nie...



yang kata aku overconfident tu..harus diingat..aku pun macam korang. aku gabra bila berdepan dengan orang ramai. nak2 bila kena bercakap di hadapan orang lain... aku kontrol gabra aku tu..tangan dah sejuk n menggigil tapi aku cuba berlagak selamba..tapi apa yang jadi?? aku nampak over confident plakkkk..hehehe...mintak maaf lah kalau korang meluat dengan sikap aku yang satu neh...gua tak sengaja bebbb..!!



apa pun ni lah fitrah manusia..aku pun ada kelemahan jugak. tapi aku sentiasa terbuka untuk menerima teguran orang lain. katakanlah benar walau pun ianya pahit...



dah byk plak aku mepek nie..nantilah aku sambung...



daaaaa.............

4 comments:

TWEETY BERT said...

po skema bona? tgk cam dern.. ilek yo haha

Nurul Syuhada said...

po namo eh mu..adess..den ngantuk neh

hajar_amoy said...

hahaha... mmg betol.. memule dlu mmg sombong... kite berkongsi masalah yg same.. dulu pon aku slalu kne cop sombong.. mmg nyampah nk pki spek.. tp aku rase klu aku terus cm2, byk owng akan salah paham n nyusahkan aku balik.. so, aku pon amik tindakan yg wajar gak la.. even aku x suke, tp byk ati perlu djage.. ekeke.. klu ko xnk pki spek, ko senyum2 je la slalu, agak2 pasan cm owng pndang ko 2, senyum je.. tp, masalah kt c2 ble owg ingt ko senget.. wakakaka

Nurul Syuhada said...

hehehe..muke biar sombong...hati mst mau baik...ekekeke...