Nuffnang Ads

me&bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

me & bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, February 21, 2010

menyayat hati...................



sehingga kini aku masih rasa marah terhadap individu yang bangang membuang bayi..kalau tak nak bayi tersebut sila kasi kat aku..aku suke sangat dengan bayi taww....

buang bayi, bayi mati, kena gigit semut api..ade yang mati terapung di besin, mati dicekik, mati digigit gagak di tong sampah, mati terbakar, mati ditanam hidup2 dan macam-macam lagi...bayi2 tersebut bukanah anak haram..tetapi dilahirkan oleh manusia yang macam HARAM..!!

aku ingin memetik kata2 seorang wanita negara neh..malas la nk cakap sapa tapi korang pun leh agak siapa kowtt...

"kegiatan buang bayi harus dibanteras.."

"kita wajar mewujudkan banyak lagi institusi atau rumah kebajikan kepada remaja2 yang terlanjur.."

aku rase statement ni macam bodo....bukan mende tu tak baik tapi kan lebih baik kalo cakap macam ni............

"kita wajar memerangi maksiat habis-habisan.."

"kita gantikan konsert merdeka atau ambang tahun baru kepada majlis doa selamat..."

"jangan adakan lagi sebarang konsert yang menggalakkan hubungan terlarang......."

"PLKN digantikan dengan Kem Anjakan Rabbani kepada semua remaja Islam selepas SPM dan Kem Moral dan Sahsiah kepada yang bukan beragama Islam........"

atau yang palingggggggggggggggggg aku nak dengar...

"kita laksanakan hukum HUDUD dengan segera..!!!"

ni lah akibat bila hukum Allah dipersendakan, kegiatan maksiat menjadi2... perempuan rasa tak selamat bila jalan sendiri....jenayah menggila...

tapi tindakan...??

Bila bayi kena buang menangis, bila org kena bunuh dengan kejam, kesal pulak, bila org kena ragut, geram!!

tapi kenapa semua ni makin menjadi2??penah pk tak kenapa?

cuba kalau dpd dulu buat je HUDUD ni..aku rase takde yg berani nak curi duit org walau pun seposen....lelaki akan lebih menghormati wanita, manusia akan takut untuk melakukan kekejaman...betul tak??

ade yang kata HUDUD ni kejam...tapi adakah mereka pernah kaji cara pelaksanaan yang dituntut Islam??

seseorang itu mencuri kerana terlalu lapar dan x mampu nak beli makanan...die tak dikenakan HUDUD kerana dia terpaksa.........

tapi kalau die pecah masuk kedai emas, curi duit dan emas2..mmg kena la HUDUD...!!

dan die takkan dipotong kedua2 tangannya tapi akan dipotong sehingga pergelangan tangannya di sebelah tangan yang kurang digunakannya...contohnya kalau die kidal, tangan kanan yg akan dipotong...kalau die bukan kidal, maka tangan kiri yang akan dipotong.........

dan bukan leh potong2 macam tu je beb...Islam itu indah dan sempurna, kita sebagai hamba yang kerdil tak layak langsung nak pertikaikan hukum Allah..

aku pernah terbaca orang kata HUDUD tu tak sesuai di jalankan pada masa sekarang....

gila ke apa??HUDUD tu ajaran Islam dan takkan outdated sampai bila2...

kejam ke HUDUD??yang kena bunuh, bayi kena buang, wanita di ragut,dirogol diraba tu aku rase lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii kejam!!!

malahan bukan sekali sekala mende macam ni berlaku..boleh dikatakan hari2 keluar kat media massa...

aku yang naik bas hari2 ni pun rase tak selamat jeee...

dan aku nak mendedahkan fenomena biasa yang berlaku........
kalau nani tak dok sebelah aku, dan kalau ade laki yg dok sebelah aku, aku dah tak heran kalau laki tu mintak raba, mintak romen, mintak cium, pegang peha aku n macam2 lagi...!!!

banyak kali dah berlaku dan tak terhitung lagi di jari aku nie!!

rase hormat lelaki terhadap wanita terhakis!!!

langkah yang biasa aku buat ialah blah dpd kusi terbabit..!!

Gov, please do sumting..........

tengok jela filem2 mahu pun drama tempatan selamba je memaparkan aksi2 perpelukan tak agak2...
Ya Tuhan..jauhkanlah aku daripada mendatangkan kemurkaanmu..................Kau ampunilah segala ketelanjuran ku.....

lindungilah aku, keluargaku, sahabat handaiku, jiran2 ku daripada segala kemaksiatan dan kemunafikan..aku berlindung pada-Mu ya Rahman.............

No comments: