Nuffnang Ads

me&bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

me & bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 24, 2010

part 2....

ermm..lama tul nak tunggu aku sambung..hahaha..aku sendiri tak sabar2 nak tulis part 2 neh..hahaa....

huh..masih lagi berkisarkan tentang program motivasi pelajar tuh....

**********************************************
ermm...
aku puas memikirkan apa kata2 yang nak wat org sedih..nak kasi bebudak tu insap skett..sama macam kalau aku g kursus motivasi kat mana2..tak sah kalau takder slot nanges2..hahaa...

setelah berfikir secara kreatif n inovatif, aku mula merangka idea dalam medula oblongata neh... (betul ke penggunaan otak aku neh?)

aku pun mula buat2 cerita..kutuk2 mak aku...aku kata la...

"kiter ni kadang2 hidup ade gak rase tak puas hati dengan mak ayah kite kan?asik lebihkan abg2 n kakak2 je..rase mcm diri ni tak berguna je...."

terus deme meluahkan perasaan dengan lajunya..

"a'ah kak..mak kite asik lebihkan abg kite je...mentang2 la abg kiter tu belajar kat U.."

"sama la macam kiter kak...mak kite asek puji adik kite je...kite nk mintak apa2 pun susah..kalau adik kiter tu senangggggggggggg je..."

dan macam2 lagi deme kutuk mak ayah deme...aku plak yg rase bersalah..hehehe...bukan apa..aku saje nk provok je...

kemudian aku bertanya...

"adik2 ade kawan ramai tak?"

"ade kak..ramai..kalau geng sy je ade 5 orang.."

ade yg jawab geng die 3 org je, ade yang kata berempat n mcm2 lagi lah....

kemudian aku bertanya lagi..........

agak2 leh tak kita layan kawan2 kita sama rata?

deme kata

".........x"

"kenapa?kan semuanya kawan2 korang?"

deme kata...

"ye la kak..kawan kite tu suke ckp besar.."

"sebab kawan kite tu kuat menipu"

"sebab kawan kite tu suke kutuk kite'

n mcm2 lagi jawapan yang aku terima....

"kalau kawan yang paling korang rapat tu kenapa lak?kenapa suke rapat dgn die?"

"sebab die selalu belanja makan..'

"sebab die tu tak byk cakap"

"sebab kite suke pinjam barang die"

n mcm2 jugak jawapan deme.....

pastu aku kata laaa....

"korang sedar tak mak ayah korang tu manusia sama macam korang..??"

erkk....deme terkedu kejap..mgkin deme tak paham apa yg aku cuba nk sampaikan..heheehe...

hahaha...pastu aku kata la...ye la...sedangkan korang pun tak dapat nak layan kawan2 korang sama rata, mcam tu jugak dengan mak ayah korang...mana nak dapat sama rata layan korang...

knapa mende2 mcm ni berlaku?

dah korang suke sakitkan hati mak ayah korang...bila suruh sikit, mengeluh, bising2...pastu suke merayap..tak nak tolong mak ayah korang...

that's why laaa...korang pun lebih suke layan kawan korang yg menyenangkan hati...sama la mcm mak ayah korang...lebih suke layan anak yang menyenangkan hati diorang..bukan mcm korang..asik menyakitkan hati je...cemana die nak lebihkan korang???

hahaha...jahatnye mulut aku tyme tuh...

dan sekali lagi..............air mata mereka melimpah............

Saturday, March 13, 2010

sekadar berkongsi pengalaman / part 1

hmm..tetiba je aku teringat pada suatu peristiwa lalu...kenangan mase aku cuti sem berapa tah...aku dijemput menjadi fasilitator utk program motivasi utk membentuk akhlak ke ape benda tah...

actually ni la first time aku diberi peluang utk bagi motivasi kat bebudak sekolah...mcm eksaitet lak..aku kan kuat bercakap..huhu...ni la can aku nak bercakap byk2..

so, aku diberi satu kumpulan yang terdiri dpd 7-8 pelajar perempuan..huhu...lepas aku habis membebel pasal dunia Universiti, derang nmpak eksaitet sgt..huhu..

........................................................................................................

tapi bukan tu yg aku nak cerita sebenarnya...aku nak share tentang konsep bersyukur kepada bebudak tu...

aku suruh bebudak tu listkan 10 kelebihan yang mereka ada dlm hidup derang...apa2 je la yang korang rase korang lebih dpd org lain....

so, mcm2 la budak tu tulis...n deme smpi tak tau apa nak tulis...so, aku kata la..ok, kiter stop...kemudian, aku mintak derang terangkan apa yang deme rase deme lebih dpd org lain...

deme listkan tak smpi 10 pun..ader la lebih kurang dalam 5-6 je...itu pun kelebihan yang biaser2 je...cthnye, pandai masak la, pandai melukis, suke melancong, suka berkawan n so on....

kemudian aku kata....

adik2...kalau lah akak diminta tulis 1o kelebihan yang ada pada akak...akak rase 10 tu terlalu sikit..mcm mana adik2 leh kata yang tak tau nk tulis apa...akak boleh tulis beribu2 kelebihan yang akak ade...

derang tanye..."nak tulis apa kak?sy tak tau.."

ok..aku bertanya kat deme..ade tak kat sini yang dah kehilangan ibu...

......semua diam....

ade tak kat sini yang dah kehilangan ayah?

......semua diam....

so, maknanya semua ada mak ayah la nie yer?

.......semua angguk...

dan aku pun berkata lagi...adik2..itu lah kelebihan yg adik2 ade n adik patut berbangga...tak semua org ade mak ayah mcm adik2..mcm akak sendiri dh kehilangan ayah sejak 10 tahun lepas...akak dh lama kehilangan sayap utk akak terus hidup...

kenapa adik2 tak nak tulis semua tu dlm kelebihan yg adik2 ade??akak tgk adik2 semua ada anggota yg cukup...kenapa tak nak tulis dlm kelebihan adik2?berapa ramai manusia yg cacat dlm dunia ni...kenapa adik2 tak bersyukur??itu suma bukan kelebihan adik2 ke?

n mcm 2 benda lain yang kita ader tapi kita tak perasan...lihatlah insan lain yang lebih malang nasib mereka..hidup dlm negara yang berperang, x cukup makan..sedangkan kita???

itulah kelebihan yang kita ada adik2....apa yang kita ada, jarang kita syukuri, apa yang kita takde tu la yang asik kita risaukan..kenapa yer??

................dan aku tak sangka, mereka menangis.....................

ni adelah yang aku copy paste dpd emel yang diforward oleh sorang kawan..thanks to him..aku suke artikel yg ko kasi neh...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka.. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.

Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.

Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: "Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! "Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!"

Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja! Demikianlah kehidupan ini ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!

Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:

# Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain.. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan 'keseronokan' atau terasa nikmat dengan pemberian itu.

# Kita terlalu banyak 'komplen' dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.

# Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.

# Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah 'kematian' itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.

Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar. Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati? Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: "Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak."

Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah. Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan penciptaNYA

Wednesday, March 10, 2010

apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada sering dirisaukan

Artikel ni aku petik dpd e-mail forward yang aku dapat..thanks to the sender...suke sangat dengan artikel ni...

Assalamualaikum..Renungan bersama.

Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah.
Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan penciptaNYA

Sunday, March 7, 2010

hari yang indah..

selepas 12 tahun tak berjumpa...excited habes aku nak jumpe korang...seawal kul 8 aku dah bangun n bersiap sebab nak jumpe korang taww...

kul 9.30 aku bertolak ke seremban naik bas....kul 11 lebih aku sampai..melonjak2 hati aku nak jumpe korang..bestnyerrrrr..!!

x sangka kite leh jumpe balik..yang si intan tu takde la aku kesah sangat pasal aku dah bape kali g umah die pas aku pindah kampung....jangan marah arr intan...even kiter jarang jumpe, surat, sms, call dll selalu jadi penghubung kita sejak dulu....

kau kenal aku sejak kecik..and as u said, aku tak pernah berubah..hehe..kan?kenal Intan sejak umur 7 tahun..selalu bergaduh..pastu baik balik..g sekolah sama2...urmm...indahnye saat tu..mase ayah aku sakit smpi meninggal pun, kau ngan famili kau la yang paling banyak tolong aku selain famili Jila...

aku sampai seremban, kau bawak sekali 2 awek..Shakila ngan Wanie kecik..hehe..muke derang pun tak berubah sangat...Wanie kecik tu lak aku kenal tadika lagi..urmm..masih kecik jugak..huhu....Syakila tu pulak, satu team hoki ngan aku dulu..tak leh blah dgn statement die tadi...

"dulu aku takut nak tegur kau sebab kau brutal sangat..budak sport la katakan..semua sport kau nak join..hehee..."

rase cam nak gelak je pulak..brutal ekk aku dulu...x perasan lak...
miss u guys...

ye ar..dulu aku kuat lari..asal sukan sekolah je mesti muke aku masuk..tapi tak tau apa yg suwey nye..aku tak pernah jadi juara..mesti naib johan..hehee....

siap jadi pemain import utk hoki sekolah lain mase hoki peringkat negeri...n x sangka..kau masih ingat aku sbg kapten team kiter :p....hahahaha..lawak lah...

aktif jugak aku upenye..haha....dan since masuk sekolah menengah, aku dah tak aktif dah..sebab badan dah gumuk..hehehe....Hazirah, kamu sangat cantikkk...

anyway, majlis perkahwinan tadi tu actually majlis perkahwinan ketua kelas aku mase darjah 6..kecik je orangnye...sejak dulu lagi...comel...tahniah Hazirah...pasni turn sapa lak yeaak...
Hazirah Baharin n Hubbynye...sweett...

aku jumpe jugak ngan hidayaah said..teman sebelah meja aku mase 6 dahlia dulu...teman belajar, teman bergaduh...pastu baik balik...biaselah....budak2....

ermm...terlalu banyak kenangan yang aku lalui sepanjang tempoh kanak2 aku..tapi banyak yang aku dah lupa..Intan la yang banyak ingat..thanks to her!!byk remind aku kenangan yang sampai aku sendiri pun segan nak cerita lagi...hehee....

anyway, Selamat Pengantin Baru buat ketua darjah 6 aku...semoga kau bahagia dengan suami tersayang hingga ke pintu syurga...semoaga jadi wanita solehah yang boleh memimpin anak2 supaya menjadi insan yang soleh dan solehah...aku nak sikit badi kawen kau tu supaya aku pun leh kawen cepat...hahahaaaa....