Nuffnang Ads

me&bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

me & bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, March 13, 2010

sekadar berkongsi pengalaman / part 1

hmm..tetiba je aku teringat pada suatu peristiwa lalu...kenangan mase aku cuti sem berapa tah...aku dijemput menjadi fasilitator utk program motivasi utk membentuk akhlak ke ape benda tah...

actually ni la first time aku diberi peluang utk bagi motivasi kat bebudak sekolah...mcm eksaitet lak..aku kan kuat bercakap..huhu...ni la can aku nak bercakap byk2..

so, aku diberi satu kumpulan yang terdiri dpd 7-8 pelajar perempuan..huhu...lepas aku habis membebel pasal dunia Universiti, derang nmpak eksaitet sgt..huhu..

........................................................................................................

tapi bukan tu yg aku nak cerita sebenarnya...aku nak share tentang konsep bersyukur kepada bebudak tu...

aku suruh bebudak tu listkan 10 kelebihan yang mereka ada dlm hidup derang...apa2 je la yang korang rase korang lebih dpd org lain....

so, mcm2 la budak tu tulis...n deme smpi tak tau apa nak tulis...so, aku kata la..ok, kiter stop...kemudian, aku mintak derang terangkan apa yang deme rase deme lebih dpd org lain...

deme listkan tak smpi 10 pun..ader la lebih kurang dalam 5-6 je...itu pun kelebihan yang biaser2 je...cthnye, pandai masak la, pandai melukis, suke melancong, suka berkawan n so on....

kemudian aku kata....

adik2...kalau lah akak diminta tulis 1o kelebihan yang ada pada akak...akak rase 10 tu terlalu sikit..mcm mana adik2 leh kata yang tak tau nk tulis apa...akak boleh tulis beribu2 kelebihan yang akak ade...

derang tanye..."nak tulis apa kak?sy tak tau.."

ok..aku bertanya kat deme..ade tak kat sini yang dah kehilangan ibu...

......semua diam....

ade tak kat sini yang dah kehilangan ayah?

......semua diam....

so, maknanya semua ada mak ayah la nie yer?

.......semua angguk...

dan aku pun berkata lagi...adik2..itu lah kelebihan yg adik2 ade n adik patut berbangga...tak semua org ade mak ayah mcm adik2..mcm akak sendiri dh kehilangan ayah sejak 10 tahun lepas...akak dh lama kehilangan sayap utk akak terus hidup...

kenapa adik2 tak nak tulis semua tu dlm kelebihan yg adik2 ade??akak tgk adik2 semua ada anggota yg cukup...kenapa tak nak tulis dlm kelebihan adik2?berapa ramai manusia yg cacat dlm dunia ni...kenapa adik2 tak bersyukur??itu suma bukan kelebihan adik2 ke?

n mcm 2 benda lain yang kita ader tapi kita tak perasan...lihatlah insan lain yang lebih malang nasib mereka..hidup dlm negara yang berperang, x cukup makan..sedangkan kita???

itulah kelebihan yang kita ada adik2....apa yang kita ada, jarang kita syukuri, apa yang kita takde tu la yang asik kita risaukan..kenapa yer??

................dan aku tak sangka, mereka menangis.....................


ni adelah yang aku copy paste dpd emel yang diforward oleh sorang kawan..thanks to him..aku suke artikel yg ko kasi neh...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka.. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.

Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.


Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: "Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! "Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!"

Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja! Demikianlah kehidupan ini ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!

Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:

# Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain.. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan 'keseronokan' atau terasa nikmat dengan pemberian itu.

# Kita terlalu banyak 'komplen' dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.

# Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.

# Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah 'kematian' itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.

Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar. Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati? Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: "Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak."

Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah. Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan penciptaNYA

No comments: