Nuffnang Ads

me&bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

me & bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, July 31, 2010

aku tak puas hati...

semalam aku nk g site visit bawak rombongan kampeni aku...

disebabkan aku mmg seorang yang malas drive bila Aril ade, die la jadi driver...

so aku dok kat sebelah driver, nani kat belakang...

mase lalu kat Keramar AU, ade traffic light,ade satu simpang ke kiri dan kami nak terus...gila ke hape pompuan yang bawak keta tuh, die leh pancung jalan n aril hit keta die...berdentum bunyinyeeeee...DDDUMMMM..!!!

DAMN!!!

keta aku calar balar, bumper jatuh, keta die kemek teruk..gila ke bawak keta..??pastu leh kata kitorang lak yg salah pasal tak bg signal nak terus...WTF??

aku nak terus, aku nye pasal la..pesal nk bg signal lak kan?yang die tetiba pancung jalan org bajet mafia tu pasal??



tak puas hati nye pasal, g la report polis...

yang tak bestnye...polis tu kata kami sama2 salah..kitorang mmg berada di lane ke kiri n minah tu mmg pancung jalan..kami takde hak nak claim apa2 kat die....

ape lak??

aku nak terus, pe masalahnye...minah tu la yg salah...lane yg salah...i dun think so...apa kata anda?

part ni la yang sebenarnya buat aku malas nak buat report kat balai smpi naik mahkamah sekali pun pasal selama ni aku g balai pun, utk beberapa kes, harapkan menang kes pun, nasib org awam mmg jarang dibela...mcm tu je jaga keamanan??

laptop aku hilang dulu pun terus senyap mcm tu je...ermmm...

pasni malas aku nk ke balai lg dah,..bak kata aril ngan Nani, sejak kawan ngan aku la derang asek ulang alik ke balai utk mcm2 kes...sudahnye yang adooo jugak..

keta aku yang jahanam tu sapa nak bayar???????????????????????

Friday, July 30, 2010

lunch tadi...

baru je bla dpd berkarok...aku terserempak lak ngan minah dorang neh...cun nye mereka..slim gitu..gila berbeza ngan aku yang debab neh..hehehe...dah la aku tak ready, serabai je..mekap pun takde..hehee...

layann..


cikgu vokal..



oit tokey ayam...pandang kamera laaa...

Thursday, July 29, 2010

bila kita gaduh

Bila kita bergaduh, kita akan mengalami macam2 situasi..aku rase sesapa pun sama je..mesti penah gaduh kan...lain orang, lain lak cara derang bergado...dengan kawan2, ngan bos, ngan mak ayah, ngan pasangan dan sebagainya...

Menurut idea lam pale aku, ade beberapa jenis tindakan orang yang bergaduh neh...

1. Salah, tapi tak ngaku salah n salahkan orang lain

yang ni paling ramai rasenye...asik salahkan orang lain je. Mana la orang lain tak sakit hati..tak caya? Cuba tengok kat status Facebook orang2 yang bergaduh kat FB tuh. asik mengeluh je contohnya...

"Bingai punye budak, keje kau tanak buat, keje orang kau sibuk pulak"

hah..kan?rasenye diri die tak perasan die buat silap...sebab tu orang asik nak pantau keje die..sebabnya kita jarang rasa diri kita salah n yang salah hanyalah orang lain..ni kira macam sara diri "I'm the great..!!

atau pun orang tu bergaduh ngan kawan die sebab kawan die kurang ajar...pastu budak yang kena saun tu leh cakap pulak

"kau tau ke kenapa aku kurang ajar, ni semua pasal kau la..mulut kau pun macam tutttt.."

haa,...tu tak nampak salah sendiri la tuh..salahkan orang lain plak bila kena tegur.


2. salah, tapi ngaku salah n mintak maaf
part ni pun ramai gak cuma payah nk jumpa...maklumla, manusia ni khilaf dalam hidup...selalunya orang yang salah n mintak maaf ni dalam kehidupan manusia yang ade karier...sebab org yang sedang bekerja akan mintak maaf kalo wat salah dalam keje die..sebab nak baiki reputasi n kredibiliti diri...

cuma segelintir yang jenis macam ni hanya akan mintak maaf mase keje je..lam personal life akan terserlah keegoan die macam kategori pertama tadi..betul x..?

3. yang tak salah tapi mintak maaf
ni yang paling payah nak jumpa neh...die tak salah apa pun, tapi die tetap akan mintak maaf atau sekurang2nya think positif bila perbalahan berlaku..normally die akan cakap

"aku mintak maaf sebab kecikkan hati kau"

"aku mintak maaf sebab mungkin aku tak begitu memahami kau"

"mungkin ini berlaku kerana kelemahan yang ada pada aku"

bila hal2 macam ni berlaku, biasanya pihak yang satu lagi akan rasa menang sebab kategori yang ketiga neh mengalah....

tapi pada pendapat aku, orang mcm ni bukan mengalah, tapi dia lah yang menang sebenarnya sebab berjaya mengatasi sifat marah, ego dan keras hati...die berjaya melawan semua hasutan syaitan yang suka manusia bergelut sesama sendiri..tak gitu?

jom muhasabah diri..aku pun tengah berusaha jadi orang yang pemaaf dan penyabar.........pergaduhan hanya memutuskan silaturahim dan mencetuskan permusuhan...

Tuesday, July 27, 2010

kopi pes - peringatan buat diri sendiri

sebab kadang kala kita "terlebey sudah"..hehehe...

saya tak ingat sudah berapa lama saya menggunakan Facebook. Walaupun pada mulanya teragak-agak untuk membuka akaun di Facebook, namun disebabkan oleh jemputan rakan-rakan dan dikatakan ramai pula boleh dijumpai rakan-rakan lama di sana, maka saya pun membuka akaun Facebook.
Memang canggih sungguh Facebook ni. Jika dimanfaatkan betul-betul, memang agak pasti boleh memberikan kebaikan buat diri sendiri dan rakan-rakan yang berada di dalam rangkaian Facebook itu. Maksud saya dalam hal:
• tolong menolong dalam hal kebaikan & taqwa
• mengajak kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran.
• nasihat menasihat dengan kebenaran dan kesabaran

platform sudah tersedia, tinggal mahu digunakan sahaja. Adakah bakal memberi kebaikan atau sia-sia begitu sahaja. Sayang sekali jika platform tersebut dibiarkan begitu sahaja tanpa digunakan untuk menambah amal kebaikan.
Berikut disenaraikan secara ringkas beberapa perkara yang digalakkan kita melakukan dan juga perkara yang tidak wajar dilakukan:

Jangan tak:
• malu
• fikir sebelum berbuat sesuatu
• ingat bahawa perbuatan kita dicatit, dan akan dipertanggungjawabkan setiapnya
• tegur-menegur
• nasihat-menasihat
• saran buat baik
• kongsi link/tips/cerita/berita yang baik
• ajak kepada ma’ruf, cegah kemungkaran
• awas dengan mudharat yg berpotensi diwujudkan oleh Facebook
• rekomen perkhidmatan & produk keluaran ummat Islam yang bagus
• set di privacy setting ikut keperluan anda supaya bukan semua maklumat/gambar anda boleh dilihat/diceroboh
• dan banyak lagi…sila sambung

Jangan:
• kutuk-mengutuk
• fitnah-menfitnah / gossip
• gedik-menggedik
• ejek-mengejek
• upload foto yang menimbulkan fitnah, terutama foto wanita
• upload foto anda (sekiranya anda wanita), foto adik perempuan anda, isteri anda, anak perempuan anda, rakan perempuan anda atau lain-lain wanita bagi menjaga kehormatan, kemuliaan & maruah mereka.
• buka aib diri sendiri & orang lain
• terlalu berkongsi maklumat diri & keluarga
• bermain dengan kuiz yang boleh merosakkan aqidah dan tidak berfaedah
• bermain dengan permainan (games) yang hanya membuang masa
• bebas sangat
• berlebih-lebihan dalam bergurau
• berkhayal dengan foto2 rakan Facebook anda
• memuji diri sendiri, nanti orang menyampah
• taksub & lalai dengan Facebook
• terus percaya & sebarkan semua khabaran orang
• dan banyak lagi….sila sambung.

Sebenarnya nasihat di atas adalah nasihat umum yang patut insan ingat selalu. Namun, disebabkan oleh insan ini selalu lupa (saya terutamanya), jadi sebab itulah tulisan ini ditulis. Apatah lagi sekarang ini, Facebook sudah menjadi kegilaan orang ramai. Dan didapati ada yang agak lalai dan terjatuh dari landasan kemuliaan akhlaq. Mudah-mudahan tulisan ini bermanfaat.

Akhir sekali, mari kita renung semula perkataan dari Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam dalam hal ini. Semoga ia dapat mengingatkan kita tatkala kita leka, asyik dan lupa.
"Kalau kamu sudah tidak punya malu lagi, lakukanlah apa yang kamu kehendaki." (HR. Bukhari)
"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah berbicara yang baik-baik atau diam." (HR. Bukhari)
Tahukah kamu apa ghibah itu? Para sahabat menjawab, "Allah dan rasulNya lebih mengetahui." Beliau bersabda, "Menyebut-nyebut sesuatu tentang saudaramu hal-hal yang dia tidak sukai."(HR. Muslim)
"Seorang mukmin bukanlah pengumpat, pengutuk, berkata keji atau berkata busuk." (HR. Bukhari dan Al Hakim)
"Semua umatku diampuni kecuali yang berbuat (keji) terang-terangan yaitu yang melakukannya pada malam hari lalu ditutup-tutupi oleh Allah, tetapi esok paginya dia membeberkan sendiri dengan berkata, "Hai Fulan, tadi malam aku berbuat begini…begini." Dia membuka tabir yang telah disekat oleh Allah Azza wajalla."(Mutafaq’alaih)

sambung..jangan tak sambung..

Monday, July 26, 2010

lagu best....

tah pesal tah...asik lagu ni je yang bermain kat otak aku sejak pagi tadi...layannn...

Sekian lama kita terpisah
Rindu hatiku
Kian membara
Padamu.. lalala..lalalala

Maafkan daku tanpa relamu
Pamerkan cinta dalam lagu
Cinta pertama payah ku lupa
Makin menghimpit remuk di dada

Rasanya..
Berulang kali ku mencuba
Untuk melupakanmu
Berulang kali kau pun jua
Risik-risik rinduku

Kini kita dibayangi
Mimpi-mimpi kebahgiaan
Namun hakikat segalanya
Diulit kedukaan

Sunday, July 25, 2010

mimpi ku di suatu malam...

di suatu malam...

aku mimpi best...aku mimpi aku pimpin tangan seorang lelaki yg aku sayang and rindu...aku bawak die ke seluruh pejabat...dan aku kenalkan beliau kepada suma orang...sungguh erat genggaman aku terhadap beliau...die pandang muka aku dan tersenyum...semakin manja aku membawa beliau dengan perasaan yang sangat bangga...

ramai yang memandang kami dan tertanya2..siapa lelaki di sisiku itu...die hanya mendiamkan diri namun senyumannya yang manis buat aku bertambah rindu n sayang...

aku menghampiri semua orang...dan aku kenalkan...

Dia ayahku..aku bangga kerana memiliki beliau sbg ayah ku....


melihat wajahnya yang cerah dan manis tersenyum tanpa berkata apa2...aku harapkan beliau aman di alam sana...

mizz him soooo much... al-fatihah buat Allahyarham Mohd Norawai b Idris...




Thursday, July 22, 2010

sedetik perbualan menyakitkan hati...

Macik : Nurul ni makin lama makin gemuk macik tengok
Aku : Biarlah...dah Tuhan anugerah sy badan macam neh...
Macik : Yela tapi macik tengok kau gemuk sangat..mak kau mesti marahkan,sampai kata takut baju pengantin tak muat
Aku : Biarlah...mak sy bukan marah..die bergurau je...
Macik : Yela..hati kau mesti senangkan..tu pasal badan gemuk dan tembam..
Aku : Tak senang mana pun...tapi badan sy gemuk macam ni pun ramai yg minat kat saye

dan terkemudian macik berlalu pergi............dah tak tau nak cakap apa lah tu...vavi tol..........ni adalah dialog yg sama yang asik berulang tah bape juta kali....macam sial.........pas ni kalo die cakap aku gemuk lagi aku nak guna ayat yg lebih menyakitkan hati lagi...

contohnya..

"sy gemuk pun bukan nyusahkan makcik"
"sy gemuk pun sebab duit sy banyak, gaji sy besar"
"sy gemuk tapi sy lagi cun dpd macik"

kalau korang ade idea apa2 nak sakitkan hati org tua tu sila bgtau aku k...

aku tak kisah kalau org tegur badan aku nampak naik...tapi aku tak leh terima penghinaan..........ayat2 poyo di atas cuma nak sakitkan hati die je..i do not mean it..

aku bukan berlagak..aku cuma nak macik tu diam...!!

Tuesday, July 20, 2010

petua hilang jerawat...

ade idea x nak hilangkan jerawat neh...

adeyy...makin byk lak jerawat kat muke neh...ni sebab aku tukar produk la agaknye....
kalo jerawat ni tumbuh tak sakit tak pe jugak..ni pedih je...adey...





ermm...nak kulit gebu, putih n licin mcm dak ni leh tak?hehehehe......


tak tau dan tak mahu atau tak kuasa akuu.....

aku dah tak tau nak tulis apa dalam blog smpi aku tanye suha...

"Nak tulis mende lam blog neh erkkk..."

ye ar...makin byk aku menulis, dan semakin tak terkontrol dan terhandle intipati apa yg aku nak tulis tu kang, habis la pecah sume rahsia aku kan?hahaha....

lam facebook pun da malas aku nak set status apa2...kadang2 dgr lagu kat radio, terus aku taip kat FB..hehhee...bukan sebab ade kena mengena dgn sesapa atau apa2...

ermm....btw, act aku dah agak dah hal yg satu neh..bro, lu tak yah tipu gua laaa beb...aku pun penah wat mcm mana yg minah tu buat...ayat2 cover line tu suma aku dah lalui...hahaha...ade hati nak kelentong aku kunun...bla la ko..hahhaa

takde aku nak bunuh minah tu derrr..hhahaha...if u r happy with her, just go on...but dun forget to invite me in ur wedding...nanti aku bawak Aril sekali mcm yg aku janji ngan ko eah...hehehe...

lalala...nti aku smbung g ah...malas nak ngadap natang ni lelama...tak jadi keje aku kang.............. :)

Sunday, July 4, 2010

pasrah je la...

tekanan kerja..bukan setakat kerja yang byk, bos yg cerewet, persekitaran yang tak best..malah lebih dpd tu.......

ermm..keje oh keje..aku dah pun failed lam voice test B 41 aku...baru je berangan nak keje kat sana...takpelah..mungkin takde rezeki...

tapi tu la namanya kehidupan..tak semestinya apa yang kita nak tu kita akan dapat kan?yang penting, kita kena sabar, tekun berusaha dan terus berusaha...Tuhan dah aturkan kehidupan kita dah cukup baik...mungkin Tuhan nak aku berada di sini untuk 'belajar sesuatu' lagi...belajar sifat dan sikap manusia...

avoiding..that word sangat kejam..kejammm sgt..ermm...

daripada avoiding, baik leaving..meaning : angkat kaki dan terus blah kan?

susah sgt ke nak jaga hati aku?tak susah sgt kot?

ermm..ke aku yg tak sedar susah sebenarnya nak jaga hati aku?

ke aku yang tak pandai jaga hati orang...usuallay i'm just say sorry kalau ade yg bgtau yg aku da sakitkan hati derang...beserla..aku dah beser cakap kasar...

tapi kalau...........

ermm...tak semuanya leh tulis kat sini...

tak pe la kan?hati aku pun dah biasa sakit..orang pun leh je nak mungkir janji dgn aku...leh je nak maki aku...

silap sendiri tak penah nak peduli..yang ketara hanya aku yang salah..time kasih..tu tanda prihatin kowtttt....

so, to all readers, lain kali tak yah jaga hati aku langsung...agak2 dah boring, blah je dpd hidup aku..tak yah semakkan otak aku k?penat la terasa..........

yang karut marut

yang cantik itu kamu, yang hodoh itu aku
yang baik iku kamu, yang jahat itu aku
yang santun itu kamu, yang degil itu aku
yang lembut itu kamu, yang biadap itu aku
yang sabar itu kamu, yang baran itu aku
yang lembut itu kamu, yang kasar itu aku
yang ramah itu kamu, yang sombong itu aku
yang rajin itu kamu, yang malas itu aku
yang bertimbang rasa itu kamu, yang selfish itu aku
yang betul itu kamu, yang salah semuanya aku..!!