Nuffnang Ads

me&bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

me & bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 21, 2010

membebel di pagi hari....

Ramai orang suke kumpul barang branded... dari jam tangan, kasut, handbeg, waima tudung pun nak yang Ariani saje...huhu... Kalau pasal jenama, ramai yang berbakat membentangkan segala tok nenek brand baik yang tempatan mahupun yang antarabangsa... Sedangkan aku? Mana ade barang branded yang aku ada..huhuhu... Kalau ade pun... hadiah dpd orang lain... Kalau nak kata tak mampu sangat tu takde la..cuma kurang eksaitet nak mengumpulkan barang2 branded yang konfem2 mahal...

Reason...just imagine...kalau beli handbeg, kasut atau tudung dengan harga more than 100 per item...ak u leh dapat 3-4 barang dengan harga yang sama...

Sebab...(aku pecahkan rahsia aku skett) handbang aku yang berharga RM 20 neh..dengan RM 100, aku boleh beli lima handbag... kasut... beli kat pasar malam atau downtown..paling hebat pun RM 18..dengan RM 100 tu aku boleh beli berapa pasang? Terer tak aku matemat ik?hahaha....

Tu belum citer pasal tudng baju dan lain2..hahaha...

Nak kata ni habit aku sorang, aku rase kebanyakan kawan2 perempuan aku pun perangai macam a ku gak...bila ada antara kami yang balik dpd shopping, masing2 mula la menayang barang2 yang dibeli...kalau ade barang yang cantik tapi harga yang sangat murah, akan kembang la hidung die kerana berbangga kerana berjaya menjumpai barang yang cantik...tetapi sangat murah...hahahhaa...

Tapi yang sedihnye..penah jugak aku berkawan dengan sorang hamba Allah neh...die kutuk aku...

"alah, pakai baju pun murah, x branded"

sedih jugak die cakap aku mcam tu..tapi nak buat mcm mana kan?die mmg dibesarkan dalam keluarga orang senang...aku lain..family bukan orang senang..that's y aku dah biasa hidup cara sederhana...Even sekarang ni aku dah bekerja pun, dah mampu tanggung hidup sendiri dan tak tanggung sesapa...aku masih tak leh nak biasakan hidup aku dengan cara hidup macam tu...

sebab for me, kesederhanaan tu lebih baik...buat apa nak berbangga dengan barangan mewah, mahal dan branded..lepas tu kita mula bersikap riak dan menunjuk2...

Dan sebenarnye aku kagum dengan seorang kawan aku... die sangat merendah diri...kalau tengok cara die berpakaian..alah..biasanya die...kalau berbelanja pun, takde pulak nak boros aku berlagak beli barangan mewah, makan tempat mahal2...

aku pun fikir kehidupan die sederhana seperti aku...

tapi persepsi aku berubah lepas aku berkunjung ke rumah die untuk beraya...aku terkedu...

"DIA ANAK ORANG KAYA..!!"

Melihat kepada umah die yang amat besar, perabot yang mewah., kereta mewah yang menjalar...langsung aku tak terfikir die sekaya itu....

At that time, aku mula pasang azam utk jadi mcam dia... aku nk lebih merendah diri...(walau pun susah sebab dah biasa poyo..hahaha...)

Dan sebenarnya, antara isu atau hal yang boleh buat aku x leh nak berkawan lama dengan seseorang ialah apabila perbuala kali pertama orang tersebut dah sebut pasal kemewahan hidup, besar nya pangkat dia, tingginya gaji die...

sebab for me..itu semua dunia...that's not the right way to start any relationship with me....aku lagi suke dengan orang yang merendah diri sebab dari situ kita boleh melihat kerendahan hati die...


Itulah bebelan aku di pagi hari..sekian =)

3 comments:

Putera Helmei said...

org yg kaya dgn hati budi adlh org yg sbtul2nya kaya.. xkira d dunia dan akhirat.. klu dia kaya harta serta budinya juga.. lagi bagusla org tu..

Nurul Syuhada said...

yup...betul apa awk cakap tu.. sy byk jugak jumpa orang yang kaya gila tapi rendah diri...dan org yg sebenarnye sederhana tapi lagak je lebih..hehe...

bila dia kaya n rendah diri...die kelihatan sgt mulia...

misztickusz said...

sokong.
buat apa beli yg mahal kalau ada yg murah dan sama? nak brand? xperlu. biar bijak membeli, bukan boros membeli ;p