Nuffnang Ads

me&bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

me & bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 3, 2011

Copy paste lagi..artikel menarik kenala share kan?hehehe...

Artikel ini sgt menarik..saja nak share... credit to soscili....

Adakah muslim semalaysia membenci undang-undang islam sepertimana yang sedia termaktub dalam kitab suci umat islam iaitu AL-QURAN? Soalan ini bermain-main di kotak pemikiran saya. Setelah menonton satu berita yang menyayat ahti, saya pasti, memang rakyat malaysia bencikan undang-undang islam.

Tahu kah anda bahawa selama ini kita, selaku rakyat malaysia lebih suka tanggung anak luar nikah daripada banteras gejala maksiat? Ini bukan statement syok sendiri. Cuba kaji berapa banyak pusat pemulihan yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk tanggung masalah sosial remaja pada masakini. Yang sedia ada pun masih tak cukup. Perlu pusat tambahan, itu tak termasuk penambahbaikan infrastuktur di pusat-pusat pemulihan tersebut.

Di selangor paling ramai. Kita ada 24 rumah pemulihan untuk ibu mengandung sahaja. Heh. 24 pusat pemulihan di bawah jabatan kebajikan masyarakat. Yang mana secara langsung, wang-wang cukai ataupun zakat (dipercayai) kita kembali ke mereka. Ya, inilah yang kita buat. Kita kerja susah payah. Kita bersengkang mata cari rezeki. Kita bayar cukai. Kita bayar zakat. Tapi akhirnya kita tanggung anak-remaja yang gila seks.

Ibu yang buang anak yang kemudian nya telah meninggal/mati jika didapati bersalah hanya di hukum penjara selama 18 bulan. Baca betul-betul. 18 bulan. Bukan 18 tahun. 18 bulan, bermaksud kurang dari 2 tahun. Selama mereka dalam penjara, kita juga tanggung mereka. Tanggung kos kehidupan penjara mereka. Kalau terlalu ramai pembuang bayi, perlu upah ramai warden dan polis untuk menjaga mereka. Gaji kakitangan awam juga di biayai oleh rakyat. Heh. Pokoknya selama kita hidup, kerja kita hanya menangung orang yang buat zina. Itu belum masuk bab penagihan dadah.

Yang menjadi persoalan ialah, sampai bila kita nak tanggung mereka yang buat zina neh? Apa kena mengena mereka dengan kita? Sampai bila kita nak bagi muka kat mereka? Sampai bila dan apa keperluan nya? Sedangkan wang yang sedia ada boleh dilaburkan untuk kegiatan yang lebih berfaedah, yang lebih relevant dan lebih baik untuk rakyat yang lebih memerlukan. Tahu kah anda bahawa ikut sistem sekular, semakin pesat pembangunan satu-satu negara, semakin banyak kos yang digunakan untuk mengubati penyakit sosial?

Mereka yang buat maksiat neh, 90% adalah memang saja-saja buat. Bukan takde kesedaran diri. Bukan tak di nasihatkan. Bukan tak di halang. Tapi memang suka ahti nak buat. Bila dah menyesal cari jabatan kebajikan masyarakat. Konon malu nak mengandung sambil duduk dalam rumah takut kena mengata. Tapi malu, malu yang menyusahkan. Menyusahkan rakyat malaysia pasal terpaksa tanggung kos 'malu'. Yang lebey parah, bila ada yang mengandung lepas tue buang anak. Heh. Buang anak, hidup2 pun ada. Muslim yang paling ramai. Kenapa?

Undang-undang islam tak buat semua perkara2 di atas. Kita tak buat sekolah untuk budak mengandung. Kita tak buat rumah untuk simpan budak pregnant yang kemudian nya akan terjebak di alam perzinaan semula. Kita tak buat penjara untuk simpan para pelaku maksiat. Menyimpan mereka, bererti kita menanggung mereka. Siapa mereka neh pun kita tak kenal. Nama pun kita tak tahu, alih-alih kos menangung kemaksiatan mereka terletak di atas bahu kita.

Kalau kita sungguh orang islam, kita kena practise undang-undang islam. Undang-undang islam mencegah, bukan mengubati. Apa yang kita buat sekarang ialah mengubati, bukan mencegah. Sampai bila kita boleh mengubati? Sampai bila wang kita harus tersalur kepada mereka-mereka yang tak kenal erti serik? Darurat ke mereka-mereka neh? Adakah mereka akan mati kalau kena hina dengan masyarakat? Adakah mereka dapat kanser kalau kena ejek dengan masyarakat? Mereka patut di dedahkan dengan sikap bertanggungjawab. Berani buat berani tanggung. Berani main, berani hadap. Berani mengandung, beranilah tanggung akibat.

Lebih baik kena mengata. Perit, pedih tapi benar. Mungkin mereka akan rasa sengsara tetapi itulah yang mereka kena bayar setelah berzina. Ya, memang betul, kita kena beri mereka peluang. Tetapi sampai bila? Dari tahun ke tahun, pusat pemulihan semakin bertambah, bukan semakin berkurangan. Kalau mereka hargai peluang yang kita berikan, pusat pusat pemulihan neh akan berkurangan. Tetapi mereka tidak. Mereka berani buat, sebab mereka tahu, apabila mereka terdesak, mereka boleh aje lari ke rumah pemulihan akhlak, ataupun buang bayi di baby hatch, ataupun kalau dah kejam sangat, mengandung then buang bayi. Sebab undang-undang yang sedia ada langsung tak menakutkan mereka pun. Yang paling ramai terlibat pun orang islam. Heh. Nak masuk world record gamaknya.

Tolong tengok carta kat bawah ;

Korang tahu apa kesan nya kalau seluruh muslim di malaysia bergabung untuk melaksanakan undang-undang islam? Korang tahu apa yang akan terjadi kalau seluruh umat islam di malaysia berdemo di jalanan demi mempertahankan undang-undang Allah swt? Yang paling drastik, masalah sosial pasti akan berkurangan. Ramai la anak-anak muslim takut nak berzina pasal kena sebat.

Jangan. Jangan sesekali meletakkan negara majmuk sebagai penghalang undang2 islam terlaksana kat malaysia. Jangan. Jangan sesekali menyalahkan parti pemerintah. Umat islam lebih ramai kat malaysia neh. Pemimpin tertinggi kita pun orang islam. Ketua tertinggi negara kita pun orang islam. Kalau kita mahu, kita boleh mendesak kerajaan kita. Tetapi, sayangnya kita memang tidak mahu undang2 islam. Itu masalahnya. Bukan masalah, samada boleh terlaksana ataupun tidak, tetapi masalahnya kita memang tidak mahu. Jangan tipu diri sendiri.

Kita lebih suka berperang pasal kuasa politik. Kita lebih suka berperang pasal perkara yang sia2. Pernah kah kita berdemo untuk mendesak kerajaan melaksanakan undang2 islam? Apa yang menghalang gerak langkah kita? Adakah non-muslim? Tanya balik pada diri masing2. Bukan siapa2. Tetapi kita yang menghalang diri kita sendiri. Kemahuan kita tidak kuat. Keinginan kita tidak teguh. Kita kata kita cinta Allah swt, tetapi setiap perbuatan kita tidak menjurus ke arah sepatutnya.

Oleh itu, langkah mudah, kita salahkan kerajaan kita. Sedangkan kita lupa pada pepatah lama, bagaimana acu, begitulah kuihnya. Bagaimana pemerintah, begitulah rakyatnya. Heh. Yang pilih pun kita. Yang pangkah pun kita. Kenapa bila pemerintah kita salah, kita taknak selidik kelemahan dan kesalahan diri kita? Semua pemimpin pun sama. Kalau PAS, UMNO dan PKR bergabung, esok pun boleh laksanakan undang2 islam. Boleh. Mmg boleh. Tapi dengan syarat, kita kena desak mereka.

Jangan lupa juga, Allah swt tidak akan mengubah satu2 kaum, selagi kaum itu tidak mengubah diri mereka sendiri. Mesej jelas dan dalam. Bukan pemerintah yang kita kena takut. Bukan ISA yang kita kena gerun. Bukan Polis yang kita kena cuak. Kalau kita berani kerana Allah swt, esok pun kita boleh berdemo demi undang2 Allah swt. Asal kita mahu. Masalahnya kini, ada yang tidak mahu. Yang tidak mahu ini, bukan orang lain. Tapi orang islam. Orang islam reject undang2 islam. Orang islam sendiri benci undang2 islam.

Kesimpulan nya, kita kena tanya balik dalam diri masing2. Betul ke kita benar-benar nak laksanakan undang2 Allah swt ataupun kita sekadar berpura-pura untuk nampak baik dan alim di mata orang lain? Sebab apa, suka atau tidak, kita kena mengaku, walaupun tanpa lafaz mulut, terdapat rakyat muslim di malaysia memang benci undang2 Allah swt.

Ameno : Manusia memang hipokrit.

Sumber gambar : Rakan facebook.

2 comments:

Riffzam said...

setuju!semua pemimpi sama.nak harapkan ini.pun sama.yg harapkan itu.pun sama.2 kali 5.kita kena desak dan terus desak.bkn bergaduh sesama agama di dlm Facebook.Twitter.bangsa dan agama lain tgk kat dlm sana.dan mungkin juga bergembira melihat pergaduhan sesama Islam. :)

Nurul Syuhada said...

yup...kita ni emo je lebey..huhuuh..