Nuffnang Ads

me&bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

me & bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, July 28, 2011

Annoying part...

22 Jun yang lepas, lepas berjaya dapat kelulusan cuti, dengan semangat n harapan yang membara, berbekalkan folder sijil2 aku....aku g la interview kat SPA...kat Jalan Cenderasari KL...

Demi demi minggu aku menantikan jawapan, akhirnyaaa....lepas sebulan aku menantikan jawapan pasti....


huwaaa....aku kena tunggu lagi sebulan laaaa jawabnyaaaa........







Wednesday, July 20, 2011

gadis dan bunga

Gadis dan bunga x dpt dipisahkan..chewah...hahaha....

Kt putraya deme wat expo bunge2...chewah..aku ngan budak2 aku g sana tgk bunge...mcm cantik landskaping derang wt..terkagum kejap..heheh...aku nak cite pun xbest...korang layan je pictures lam ni k...yieha..!!


















Aku da x larat da nak upload..tu la korang tanak g sendiri...kalau g sendiri lagi terasa kepuasannya...hehee....

Monday, July 18, 2011

mcm mana aku nk sokong kerajaan?














Aku bukan lah jenis manusia yang suka mengadili sesuatu dgn mendengar sebelah pihak...kalau tgk dalam FB aku sekali pun....semua page politik aku like...tujuannya nak dengar kedua2 belah pihak...aku tanak terdiri dpd kaum yg jumud pemikirannya...but inilah realiti...aku nak info yang bernas...personal attack yg aku dapat.....huu~~~~~~~~

Wednesday, July 13, 2011

terpolitik pulak blog ni :)

Maaf....blog sy ni lately berbaur politik sikit...just sharing sumting....dapat artikel ni dpd seorang kawan....n die dapat dpd FB...bagi menjawab persoalan tentang bersih...sekian :)
_____________________________________________________________________

Persoalan Perhimpunan BERSIH 2.0

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wrt. wbt. Pertamanya, saya mohon maaf kepada seorang sahabat lama saya. Mungkin di saat ini, dia senang lena dibuai mimpi...mungkin juga sedang termenung jauh memikirkan apa yang saya hujjahkan sebentar tadi. Teman-teman FB yang dirahmati Allah, Saya bukanlah ulama' Agung ataupun dikalangan mereka yang beilmu tinggi dalam Jurusan Agama mahupun ukhrawi. Saya hanya berpendidikan Sekolah Agama Rakyat, Pondok dan Hafiz Quran. Saya banyak belajar daripada orang tua saya..Ust Haji Ab Ghani bin Ab Rahman, bekas Pesuruhjaya PAS Melaka dan AJK PAS Pusat. Insya Allah, apa yang cuba saya sampaikan...saya akan bertanggungjawab secara ilmiah. Perkongsian ini, saya dedikasikan kepada sahabat lama saya dan juga teman-teman yang berpandangan Negatif terhadap perjuangan kami menyertai Perhimpunan HALAL Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 09hb Julai 2011 baru-baru ini.

Teman-teman FB yang dirahmati Allah, Di dalam Islam, kita di ajar tentang Perhimpunan Aman. Antaranya, adalah ibadat Wukuf yang dilakukan oleh jemaah yang menunaikan Ibadah Rukun Islam Kelima; HAJI. Hakikatnya, melalui Wukuf di Arafah Allah mahu mendidik umat Islam agar menjadikan perhimpunan aman sebagai satu budaya bagi melaksanakan tindakan progresif ke arah peningkatan diri, umat dan masyarakat. Perhimpunan aman seperti yang dilakukan di Arafah dapat mengukuhkan keazaman umat Islam untuk terus memperbaiki dan melonjakkan masyarakat ke arah kebenaran dan keadilan hakiki. Islam membenarkan ummatnya untuk mempertahankan hak. Hak individu ataupun hak masyarakat. Menjadi kewajipan kepada sesorang Muslim dalam mempertahankan hak dirinya daripada dicabuli oleh orang lain sehinggakan mereka dianggap SYAHID sekiranya mati ketika mempertahankan hak mereka.

Teman-teman FB yang dirahmati Allah, Sepatutnya perhalusi konsep BERSIH baru boleh menghukum halal atau haram. Buat meja bulat untuk meneladanii kehendak rakyat. Apa yang pasti Majlis Fatwa tidak mengeluarkan apa-apa keputusan. Dalam kaedah fiqh ada menyatakan : Hukum terhadap sesuatu perkara itu hanyalah satu juzuk daripada maksud keseluruhannya. Maksudnya, menjatuhkan hukum halal haram terhadap sesuatu adalah satu juzu’ daripada pengenalan keseluruhannya. Ulamak mengajar sesuatu itu perlu diperhalusi konsepnya secara menyeluruh. Kemudian barulah proses meletakkan hukum dilakukan. Apa yang berlaku sekarang, mereka hanya memahami BERSIH daripada pihak yang bukan penganjur. Pihak itu pula tiada kaitan dengan pihak yang dituntut oleh BERSIH. Atau mereka sudah faham tujuan BERSIH tapi sengaja tidak mahu faham kemudian cuba menghasut dan membenci BERSIH. Akhirnya melangkah dan meloncat-loncat sambil terpekik-terlolong mengatakan BERSIH itu haram. Akal selekeh inikah yang layak menjulang amanah kepemimpinan ? Bersih bukan gerakan mengguling kerajaan atau UMNO atau PERKASA atau POLIS. BERSIH sekadar menuntut lapan (8) perkara kepada SPR. Ia juga dikira sebagai amal makruf iaitu memberi nasihat kepada SPR. Ini dituntut dalam Islam.

Teman-teman FB yang dirahmati Allah, Hadis riwayat Bukhari dan Muslim : الدين نصيحة...... لله ولرسوله وللموءمنين. ْ Agama islam itu adalah nasihat….. BERSIH juga boleh dikira sebagai suatu usaha tolong-menolong yang dianjurkan dalam islam. Tolong menolong dalam merangka dan menambah baik kualiti SPR. Surah Al Maaidah ayat 2 berbunyi : وَتَعَاوَنُواْ عَلَى الْبرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى الإِثْمِ….. وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). BERSIH menyatakan idea –idea yang boleh meletakkan SPR dalam kedudukan yang terbaik. Sekaligus mengharumkan nama baik kerajaan BN di mata dunia dalam soal memperjuangkan keadilan dan prinsip demokrasi. Anda perlu rujuk 8 tuntutan BERSIH. Jelas idea-idea hasanah ini sangat terpuji. Ia ke arah keamanan yang sememangnya diidam-idamkan oleh rakyat marhaen dalam konteks demokrasi. Melalui intipati di atas, BERSIH halal disisi syara’. Adapun pihak yang menyatakan haram pula berdasarkan kepada kebarangkalian mudharat yang belum pasti timbul. Tetapi mudharat itu tidak berlaku dan tidak pernah berlaku. Mudharat itu pula dilihat datang dari pihak PERKASA, Pemuda UMNO, Patriot, Persatuan Silat, dan lain-lain. Mereka ini secara jelas memprovok dan menakut-nakutkan rakyat. Mencabar dengan angkuh perkara asal / intipati asal 8 tuntutan BERSIH. Mereka ini terlampau emosional. Cuba menghalang 8 perkara kebaikan yang dicadangkan BERSIH dengan alasan-alasan kebudak-budakan atau alasan yang gila babi. Langsung tidak menunjukkan cara berfikir seorang pemimpin. Inilah modul perjuangan politik buta yang perlu disanggah oleh rakyat marhaen. Nah! Terbukti. Tiada kenderaan yang dipecahkan. Tiada pejabat yang dibakar. Tiada kekecohan yang berlaku. Kontroversi yang berlaku apabila peserta terpaksa bertempiaran lari kerana dibedil dengan GAS Pemedih Mata serta air jijik pancutan Lori Water Cannon. Soalnya...menjatuhkan hukuman itu dibuat sebagai gambaran bukan perbuatan yang terbukti. Syaitan bisu yang bertopengkan sebagai Ulama' Hadhari sanggup melondehkan maruah sendiri sehingga sanggup mencoret hukum BERSIH itu HARAM untuk dibaca oleh sekalian Khatib yang tidak berdosa. Teman-teman FB yang dirahmati Allah, Bersih kononnya akan diresapi anasir luar juga suatu alasan yang tidak munasabah. Sebenarnya mereka yang menghalang perarakan Bersih yang aman adalah kerana takut bayang-bayang sendiri. Mereka fobia dengan perarakan rakyat kerana mood seluruh dunia kini mempertontonkan kejatuhan pemimpin zalim berlaku melalui perarakan rakyat. Tapi BERSIH bukan bertujuan menggulingkan kerajaan. Sebaliknya adalah bertujuan untuk sama-sama memperkukuh ketelusan proses pilihanraya.

Teman-teman FB yang dirahmati Allah, Pihak kerajaan mendakwa Pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga pernah mencabar islam satu ketika dulu. Betul ke ? Pada tahap ini,jelas mereka kontang idea untuk menyatakan hujjah BERSIH itu haram. Dalam isu Lina Joy, saya melihat Datuk S Ambiga, adalah non-muslim dan berlatar belakangkan profesion peguam dan hanya menyatakan pendiriannya mengikut saluran yang ada. Dalam demokrasi dia berhak mencuba sebarang tuntutan berpandukan saluran demokrasi. Ideanya kemudian disanggah. Rakyat muslim juga menolak. Saya juga secara keras menentang habis - habisan! Yang celakanya pula, Si Melayu mengejek Datuk S Ambiga keling paria. Saya sangat malu dengan akhlak Melayu Keris Tidak Bersarung ini. Jelas mereka inilah dalang yang menghuru-harakan rakyat. Dalam isu BERSIH, idea-idea yang terkandung di dalamnya adalah merujuk kepada pengukuhan sistem demokrasi negara. Isunya adalah keadilan untuk semua lapisan rakyat samaada muslim atau non muslim. Isunya SPR perlu adil. Oleh kerana ini, kita wajib bersama dalam perkara-perkara kebaikan untuk rakyat. Kalau itu dijadikan sebagai ukuran menjatuhkan hukum...Bagaimana pula tindakan kerajaan Barisan Nasional yang membeli peluru GAS Pemedih Mata daripada Negara HARAM Israel. Peluru yang sama digunakan untuk membedil Rakyat Palestin. Peluru itu jualah yang digunakan semasa nak menjatuhkan kekuatan mujahidin di Palestin. Adakah mereka merestui perjuangan ISRAEL dan sanggup sekiranya kita melabelkan mereka sebagai pengikut rejim zionis sial itu? Teman-teman FB yang dirahmati Allah, Keegoan Umat Islam untuk tidak menyertai non-muslim dalam perkara kebaikan yang tidak menyanggah syarak adalah suatu kedunguan. Akhirnya islam akan dipandang sinis oleh penganut agama lain.Sebenarnya sejarah telah menceritakan bahawa yang kuat merosak kesucian islam adalah bangsa muslim sendiri. Kononnya nak jaga kesucian islam tapi keluarga sendiri tak ikut syariat. Suami yang bacul...hingga tidak mampu untuk menyuruh Isteri bertudung walaupun dalam Program Majlis Tilawah AlQuran. Langsung tidak ada perasaan malu kepada DYMM Seri Paduka Permaisuri yang bertudung litup. Sang isteri pula dengan bangga mendakap dan menyentuh pipi Hindustan pujaannya hingga boleh dapat Dato'. Tanpa perasaan malu..turun tangga dipimpin oleh TV3 suku. Sang anak terang-terang beraksi dengan adegan panas dan minuman keras. Adakah ini boleh dianggap sebagai mempertahankan HAK Islam? Kekuatan sebenar sistem demokrasi adalah undang-undang perlembagaan negara. Syariat juga adalah dasarnya. Jika sesiapa melanggar syariat tiada lagi kepatuhan buatnya. Perlembagaan mana yang menghalang hak berhimpun secara aman ? Dalil syarak mana yang mengharamkan usaha kebaikan ini ?Jika adapun dalil pengharaman, ia adalah diluar konteks tajuk perbincangan. Adapun gosip2 liar yang menyatakan tentang KEBODOHAN Peserta Bersih yang beragama Islam kerana menyertai Kumpulan yang diketuai oleh India yang memerangi Islam. Saya ingin membawa anda kepada perkara pokok supaya perkara ini dapat kita perhalusi dengan sempurna. Bagaimana kisah penghijrahan Baginda SAW ke Madinah. Selepas tiga malam Nabi s.a.w dan Abu Bakar r.a bersembunyi di Guar Thur, pada paginya mereka memulakan perjalanan Hijrah ke Madinah. Pada pagi itu Abdullah bin Ariqat seorang musyrik yang boleh dipercayai, datang membawa dua ekor unta seperti yang diamanahkan oleh Abu Bakar untuk menjaganya, sehingga datang perintah hijrah. Abdullah ditugaskan sebagai penunjuk jalan ke Madinah. Abdullah memilih jalan yang tidak sering digunakan orang, supaya kafir Quraisy tidak dapat mengesannya. Ibnu Hisham berkata bersumber dari Ibnu Ishak daipada Asma’ Binti Abu Bakar r.a. , rombongan hijrah Rasulullah di sertai oleh Abu Bakar r.a, Amir bin Fuhairah bekas hamba Abu Bakar dan Abdullah bin Ariqat, penunjuk jalan. Oleh yang demikian, tidak timbul persoalan Datuk S Ambiga kafir yang mengetuai. Ini berlaku pada zaman Nabi. Nabi memilih Abdullah kerana kepakarannya memilih jalan dan Bersih memilih Ambiga kerana kepakarannya juga. Bukan kita tidak mahu kedepankan Peguam dari PAS. Ini bukan perjuangan kepartian. Ini perjuangan HAK Asasi Manusia. Tidak boleh dikepalai oleh mereka yang cenderung atau ahli parti kerana dikhuatiri akan merosakkan niat perjuangan asal.

Teman-teman FB yang dirahmati Allah, Dalam islam perlu taat kepada pemimpin pemimpin . BERSIH menghasut rakyat tidak taat pada pemimpin ? BERSIH menganjurkan idea- idea dengan saluran yang dihalalkan oleh perlembagaan persekutuan. Datuk S Ambiga berkali-kali menyatakan keterbukaannya dan telah berbincang berkali-kali dengan polis. Terakhir Ambiga memohon cadangan lokasi perhimpuan yang sesuai untuk rakyat berarak secara aman. Tapi polis menolak dengan angkuh sambil berkata pintu rundingan telah ditutup. Kita juga tidak boleh salahkan polis seratus peratus kerana mereka terpaksa mengikut arahan pemerintah yang gentar dengan bayang-bayang sendiri. Tapi polis sepatutnya menghormati akal dan imannya sendiri. Jangan bersekongkol dengan kezaliman.

Teman-teman FB yang dirahmati Allah, Saya juga pecinta keamanan. Saya menjunjung kasih Kebawah DYMM Al Watiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin. Sebagai rakyat marhaen, patik menjunjung titah Tuanku di atas isu ini. Campurtangan dan keperihatinan Tuanku amatlah hamba rakyat nanti-nantikan."..... “Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat. Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin. Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara. Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan. Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun. Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran’. Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik. Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora. Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara..." Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Patik mewakili Rakyat Marhaen menjunjung tinggi Titah Tuanku dan junjung di atas jemala patik sekaliannya. Kami tidak pernah berniat melanggar titah Tuanku. Namun, campur tangan Tuanku tidak diambil peduli oleh DS Perdana Menteri dan konco-konconya. Malah, kami yang mengangkat warna kedaulatan Tuanku pula DIHARAMKAN. Hak kami berpakaian dinafikan. Hak kami berhimpun dinafikan walaupun di Stadium Merdeka bukan dijalanan. Bersih hanya mahukan hak yang telah dicabuli. Bukan meminta - minta perkara baru. Ibarat konco dan kroni yang minta projek mega diadakan semata-mata mengaut keuntungan. Kerana itulah banyak projek Mega namun sekadar menjadi lambakan wang rakyat yang bersifat sia-sia. Projek bukan kerana keperluan, tetapi sengaja diadakan. Lihat! Bagaimana mereka menggunakan sehabisnya rezab kerajaan dan "mengADA-ADAkan" Projek Mee Segera ketika PRK dan PRN Sarawak. Semuanya bukan kerana keperluan, tetapi permintaan kronisme yang korup lagi jahat! Keamanan dan kesentosaan negara ini bergantung kepada perjalanan pemerintahan dan agensi kerajaan di dalamnya termasuklah SPR dan PDRM. Patik menjunjung titah Tuanku yang menyebut bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini. Namun setakat ini, patik dan rakyat sangat dukacita apabila kerajaan menafikan langsung hak rakyat untuk berhimpun secara aman dan sengaja dilabelkan sebagai himpunan haram sedangkan ia dijamin oleh perlembagaan Malaysia sendiri dalam Perkara 10. Ia juga diakui oleh pihak NGO seperti Suhakam dan lain-lain pertubuhan. Patik menjunjung titah Tuanku ini sambil sentiasa mendoakan kesejahteraan Tuanku sebagai payung buat rakyat mengadu hal mereka dan kesejahteraan negara ini dari mereka yang tidak sukakan keBERSIHan hati dan masyarakat, keamanan dan keadilan.

Teman-teman FB yang dirahmati Allah, Melalui keadaan ini, tiada pun satu alasan bahawa BERSIH tidak taat pada pemimpin. Bahkan mereka cuba mengikut saluran perlembagaan dan berkerjasama dengan polis. Tapi semuanya dibakul sampahkan bahkan tangkapan semakin galak dilaksanakan. Sudahnya...kita pula pelik dengan tindakan polis. Merka bertindak diluar batasan hak dan kuasa mereka. Adakah mereka sudah lupa dengan Kertas Kerja Suruhanjaya Penambaikan Polis yang pernah menggemparkan Malaya suatu ketika dahulu. Imej Polis belum bersih...terus dikotorkan dengan perbuatan perbuatan SIALAN mereka secara membabi buta! Dalam bab taat pada pemimpin, kitab hadis banyak membicarakananya. Kena ingat taat yang wajib adalah pada pemimpin yang adil. Hadis ada menyatakan dengan maksud : Taatlah pada pemimpin tapi bukan pada perkara maksiat atau perkara yang menyanggah keadilan. Rakyat wajib menasihati dan mencegah kerosakan daripada pemimpin zalim. Bukan menyokong kerana termakan budi dan kerana kepentingan peribadi. Ingatlah! Rezeki yang kita makan adalah hak Allah Yang Maha Agung!

Teman-teman FB yang dirahmati Allah, Selepas berbelas tahun pilihanraya, mengapa baru sekarang mendakwa SPR tak telus. Tidakkah PR pada pilihanraya umum yang lalu telah mendapat kemenangan besar ? Sebelum ini sudah disuarakan. Tapi caranya terhad, kempennya terbatas kerana kekangan-kekangan sekeliling. Pihak SPR buat bodoh je. Tiada tindakan. Rakyat semakin di bodoh-bodohkan. Bila isu ketidakadilan semakin menyengat, rakyat semakin terhimpit, rakyat semakin bosan dengan alasan bodoh, rakyat semakin bijak dan akhirnya rakyat bangkit sekali lagi dalam suasana dan cara yang baru. Tindak balas rakyat ini adalah suatu yang normal dalam sejarah tamadun manusia. Dunia dulu dan kini telah mempertontonkan kejatuhan sistem-sistem yang menzalimi rakyat. Rakyat dengan berani menzahirkan kuasanya untuk menolak sistem-sistem ini. Rakyat semakin bijak menuntuk hak-hak mereka. Apapun rakyat Malaysia perlu sedar bahawa perhimpunan BERSIH bukan seperti Perhimpunan Tahrir di Mesir.Perhimpunan Tahrir memakan hari menuntuk Husni Mubarak meletak jawatan.

Teman-teman FB yang dirahmati Allah, BERSIH memobilisasi rakyat dengan pakejnya tersendiri. Fokusnya adalah SPR. Perarakannya adalah secara aman dan kemudian menyerah memorandum kepada Agung. Selepas 9 Julai keadaan menjadi seperti biasa. Tiada lagi kesesakan. Bukan soal menang pilihanraya atau tidak. Soalnya SPR perlu sungguh mengkaji dan melaksana 8 tuntutan bersih. Menang kalah parti politik bukan kerja utama SPR. Soalnya SPR perlu kelihatan lebih bebas dan bukan ejen BN. SPR sangat buruk prestasinya. Macam-macam penyakit. Ada pengundi hantu, nama alamat bertindan, dan macam-macam lagi. Kenapa susah sangat nak terima tuntutan BERSIH ?. SPR ni maksum kah ? atau SPR ada calon sendiri dalam pilihanraya..? Persoalannya lagi , jika SPR telus sudah lama sistem pemerintahan zalim hancur dan sistem pemerintahan adil terus mengambil tempat.

Teman-teman FB yang dirahmati Allah, Dalam hadis yang ke-13 daripada hadis 40 Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: "Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri". Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim. Hadis di atas saya tujukan khas buat teman-teman yang menjawat seragam Polis DiRaja Malaysia. Saya tidak berniat mengKAFIRkan Polis. Namun, ianya hadis sahih yang perlu dipandang berat oleh semua pihak. Saya berat untuk menyatakan perihal dan situasi yang berlaku, cukuplah dengan dua contoh di bawah; 1. Kami sedang bersolat jemaah di tengah jalan. Mohon perlindungan Allah. Datang FRU tembak GAS Pemedih Mata dan arahan bersurai. Ada sahabat yang tidak sempat lari, terus disepak ketika sedang berdoa....Apa reaksi anda? 2. Seorang TUA yang sedang sesak nafas, perlukan antuan pernafasan....bukan dibantu untuk ke hospital. Namun, gari buatan plastik pula tidak dibuka. Orang tua itu dibiarkan terus meronta dan.....meraung kesakitan. Apa reaksi anda?

Teman-teman FB yang dirahmati Allah, Oleh yang demikian...Marilah kita bermuhasabah! Merenung jauh kehadapan demi mendapatkan keredhaan Allah SWT. Apa yang saya dan teman2 BERSIH perjuangkan adalah bertepatan dengan syariat. Kami hanya mahukan hak kami dikembalikan. Kami mahukan negara yang aman sentosa. Kami mahukan Kepimpinan Yang Adil... Perjuangan Rasulullah SAW yang terpaksa mengharungi liku2 perjuangan.....kematian Abu Thalib, Ummul Mikminah Siti Khadijah RA...dipulaukan..dihalau...dib​edil batu hingga berdarah di Thaif serta terpaksa berhijrah kerana Konspirasi BUNUH oleh Bapa Saudara sendiri...Perjuangan baginda juga tidak semudah yang dimimpikan kita. Oleh kerana itu! Kami tidak gentar dipenjara! Kami tidak gentar ISA! Kami juga tidak gentar dibunuh sekalipun...kerana kami berpegang kepada JANJI ALLAH......pasti akan tiba. Patik hamba rakyat yang kerdil, menjunjung Kasih DYMM Tuanku Yang DiPertuan Agung. Selawat serta Salam buat Junjungan Tercinta serta mengharapkan keredhaan Allah SWT! Amin Ya Rabbal 'Alamin. Wallahu'alam. AMIR MUTTAKIN BIN AB GHANI

By: Ibnu Ghani




Wednesday, July 6, 2011

Apa beza perhimpunan aman 'BERSIH' dengan perhimpunan lain?

Copied from here
Perhimpunan aman tu tak salah. Sama seperti perarakan dan perhimpunan sewaktu Kemerdekaan, Maulud Nabi, Jom Heboh, perlawanan bola sepak dan sebagainya. Jika mahu dibuat di jalanan sekalipun, pihak berkuasa kena mainkan peranan menyediakan jalan dan mengawal jalan. Kalau larian-larian yang selalu kita lihat, bukankah pihak berkuasa beri kerjasama menyediakan laluan dan bagi tahu berapa lama akan digunakan jalan tersebut.
Bila pihak berkuasa tak mahu beri kerjasama, maka akan berlakulah pelbagai perkara yang tidak diingini. Jangan fikir negatif sahaja. Lagipun matlamat perhimpunan ni untuk rakyat juga. Dalam islam sendiri tak menjadi suatu yang haram jika berhimpun secara aman. Oleh itu pihak berkuasa dan sesiapa pun jangan mulakan prvokasi apabila rakyat mahu bersuara.
Banyak contoh kalau nak tunjuk yang perhimpunan aman ni takde masalah selagi takde provokasi. Tengok macam Jomheboh atau konsert-konsert yang diadakan dalam negara, walaupun kebanyakkannya bertentangan dengan syarak kerana melanggar hukum islam, tapi ia masih lagi diadakan. Dan tak ada apa-apa terjadi dalam perhimpunan itu bukan? Kerana apa? Kerana tiada provokasi. Lagipun ada pihak yang tolong kawal.
Jadi, fikirlah dengan lebih meluas. Rakyat ada hak bersuara. Rakyat ingin bersuara secara aman. Rakyat ingin menuntut kerajaan supaya berlaku adil. Di bawah tuntutan rakyat.
1. BERSIHKAN SENARAI UNDI
2. MENREFORMASI UNDI POS
3. GUNA DAKWAT KEKAL
4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI
5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL
6. KUKUHKAN INSTITUSI AWAM
7. HENTIKAN RASUAH
8. HENTIKAN POLITIK KOTOR

Perhimpunan kemerdekaan

Perhimpunan Maulidur Rasul

Perhimpunan Jom Heboh

Perhimpunan bola sepak

Perhimpunan konsert
Nak tahu hukum, mari baca, dengar dan tonton:
Artikel:
1. http://layarminda2.blogspot.com/2011/06/hukum-demonstrasi-bersih-20-antara.html
2. http://layarminda2.blogspot.com/2011/06/aksi-demonstrasi-dalam-pandangan-islam.html
3. http://suffer.frenzyfm.my/2011/07/sabtu-ini-ramai-rakyat-di-jalanan.html
4. http://drmaza.com/home/?p=1436
Video:
1. http://www.youtube.com/watch?v=Ziq38NAYhys
2. http://www.youtube.com/watch?v=F2b8Vi9cCJQ
3. http://www.youtube.com/watch?v=SR8WkaHSE0M
Audio:
1. Ceramah Ustaz Zaharuddin: http://www.mediafire.com/?yad1dkyad3jah4q
2. Soal jawab: http://www.mediafire.com/?7h9003x1x7yy46p
p/s: Agong dah bagi lampu hijau, Bersih dah mengalah untuk buat kat stadium pun masih lagi ada banyak alasan ke dari pihak berkuasa?
- nak buat di jalanan, pihak berkuasa tak bagi, alasan takut mengganggu ketenteraman awam dan merosakkan harta benda. Bukankah pihak berkuasa boleh beri kerjasama dengan mengawal keadaan seperti perhimpunan lain yang pernah di buat di seluruh negara?
- bila dah jumpa Agong dan diminta buat di stadium, Bersih akur. Tetapi tiba-tiba pihak berkuasa mengemukakan alasan pula, tak boleh guna stadium merdeka, mereka bagi alasan lagi tiada permit, mereka kata lagi ia masih haram. Apa yang mereka nak? Adakah rakyat tak berhak bersuara?
- berpakaian baju Bersih dikatakan haram kerana menyokong pergerakan itu, apa bezanya dengan penyokong bola sepak yang memakai baju jersi sewaktu di stadium untuk menyokong kumpulan mereka? relavenkah? Bukan sahaja dikatakan haram, tapi siap kena rampas dan tangkap lagi. Wajarkah?
- dan banyak lagi isu yang telah pihak berkuasa beri alasan, boleh lihat di: http://www.malaysiakini.com/bm/
Bukankah pihak berkuasa melampau begini?

Monday, July 4, 2011

Macam mana nak teruskan kehidupan neh??

Kt umah aku, kitorang duduk bertiga....Aku, Nani n Suha...

But aritu Nasuha dah kawen..kurang dah geng aku sorang nak berhuha huha....huhuhu...

Kenduri beliau kat Quantan aku g..siap tumpang Nana pasal tenggiling aku merajuk..ni sume gara2 aku sibuk plan nak trade in die...merajuk bukan main da tenggiling aku tuh...
Ni la suasana kenduri kat Kuantan...simple tapi meriah yang amaaattt...bayangkan...lembu je 4 ekor...

Dan disebelah asben die, buat kan Kelana Jaya dan aku bertanggungjawab kena jadi perapit die...wah...amek berkat sudah aku neh....Anyway...tahniah kepada Nasuha n Ejam...korang mmg kapel yg sempoi...semoga ikatan ini berkekalan hingga ke akhir hayat