Nuffnang Ads

me&bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

me & bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 6, 2011

Apa beza perhimpunan aman 'BERSIH' dengan perhimpunan lain?

Copied from here
Perhimpunan aman tu tak salah. Sama seperti perarakan dan perhimpunan sewaktu Kemerdekaan, Maulud Nabi, Jom Heboh, perlawanan bola sepak dan sebagainya. Jika mahu dibuat di jalanan sekalipun, pihak berkuasa kena mainkan peranan menyediakan jalan dan mengawal jalan. Kalau larian-larian yang selalu kita lihat, bukankah pihak berkuasa beri kerjasama menyediakan laluan dan bagi tahu berapa lama akan digunakan jalan tersebut.
Bila pihak berkuasa tak mahu beri kerjasama, maka akan berlakulah pelbagai perkara yang tidak diingini. Jangan fikir negatif sahaja. Lagipun matlamat perhimpunan ni untuk rakyat juga. Dalam islam sendiri tak menjadi suatu yang haram jika berhimpun secara aman. Oleh itu pihak berkuasa dan sesiapa pun jangan mulakan prvokasi apabila rakyat mahu bersuara.
Banyak contoh kalau nak tunjuk yang perhimpunan aman ni takde masalah selagi takde provokasi. Tengok macam Jomheboh atau konsert-konsert yang diadakan dalam negara, walaupun kebanyakkannya bertentangan dengan syarak kerana melanggar hukum islam, tapi ia masih lagi diadakan. Dan tak ada apa-apa terjadi dalam perhimpunan itu bukan? Kerana apa? Kerana tiada provokasi. Lagipun ada pihak yang tolong kawal.
Jadi, fikirlah dengan lebih meluas. Rakyat ada hak bersuara. Rakyat ingin bersuara secara aman. Rakyat ingin menuntut kerajaan supaya berlaku adil. Di bawah tuntutan rakyat.
1. BERSIHKAN SENARAI UNDI
2. MENREFORMASI UNDI POS
3. GUNA DAKWAT KEKAL
4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI
5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL
6. KUKUHKAN INSTITUSI AWAM
7. HENTIKAN RASUAH
8. HENTIKAN POLITIK KOTOR

Perhimpunan kemerdekaan

Perhimpunan Maulidur Rasul

Perhimpunan Jom Heboh

Perhimpunan bola sepak

Perhimpunan konsert
Nak tahu hukum, mari baca, dengar dan tonton:
Artikel:
1. http://layarminda2.blogspot.com/2011/06/hukum-demonstrasi-bersih-20-antara.html
2. http://layarminda2.blogspot.com/2011/06/aksi-demonstrasi-dalam-pandangan-islam.html
3. http://suffer.frenzyfm.my/2011/07/sabtu-ini-ramai-rakyat-di-jalanan.html
4. http://drmaza.com/home/?p=1436
Video:
1. http://www.youtube.com/watch?v=Ziq38NAYhys
2. http://www.youtube.com/watch?v=F2b8Vi9cCJQ
3. http://www.youtube.com/watch?v=SR8WkaHSE0M
Audio:
1. Ceramah Ustaz Zaharuddin: http://www.mediafire.com/?yad1dkyad3jah4q
2. Soal jawab: http://www.mediafire.com/?7h9003x1x7yy46p
p/s: Agong dah bagi lampu hijau, Bersih dah mengalah untuk buat kat stadium pun masih lagi ada banyak alasan ke dari pihak berkuasa?
- nak buat di jalanan, pihak berkuasa tak bagi, alasan takut mengganggu ketenteraman awam dan merosakkan harta benda. Bukankah pihak berkuasa boleh beri kerjasama dengan mengawal keadaan seperti perhimpunan lain yang pernah di buat di seluruh negara?
- bila dah jumpa Agong dan diminta buat di stadium, Bersih akur. Tetapi tiba-tiba pihak berkuasa mengemukakan alasan pula, tak boleh guna stadium merdeka, mereka bagi alasan lagi tiada permit, mereka kata lagi ia masih haram. Apa yang mereka nak? Adakah rakyat tak berhak bersuara?
- berpakaian baju Bersih dikatakan haram kerana menyokong pergerakan itu, apa bezanya dengan penyokong bola sepak yang memakai baju jersi sewaktu di stadium untuk menyokong kumpulan mereka? relavenkah? Bukan sahaja dikatakan haram, tapi siap kena rampas dan tangkap lagi. Wajarkah?
- dan banyak lagi isu yang telah pihak berkuasa beri alasan, boleh lihat di: http://www.malaysiakini.com/bm/
Bukankah pihak berkuasa melampau begini?