Nuffnang Ads

me&bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

me & bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, November 20, 2011

kebaikan air kelapa

Saje nak share apa kebaikan air kelapa ni..tu pun pasal tadi opis mate aku bg cadangan kat Nani..dan tanpa segan silu aku cilok idea tu..boleh?hehehe... :p

Tengahari tadi mcm beser aku menjamu selera kat satu kedai makan peberet aku yg berlokasi di depan opis aku...kat sebelah kedai makan tu ade kedai buah...



Nani yang teruja....hehehe... :p
Opis mate aku order air kelapa kat sebelah kedai makan tu...mase minum2 tu aku teringat mase aku tingakatan 6..aku kena chicken pox...hehe..berbintat2 muke aku...dah tua bangka baru kene...wekkk :p

Mase tu aku byk petik buah kelapa muda kat belakang rumah aku...kupas dengan geng2 aku n minum...

Makcik2 area umah aku le nasihat...jgn makan kicap (leh ke makan kicap?) dan bykkan minum air kelapa muda... Ahha...tu je la yg aku tau pasal khasiat air kelapa muda neh...

Tadi dok google la..jumpe la khasiat minum air kelapa muda neh..mari kita saksikann~~

Diambil di sini
Pokok kelapa sememangnya terkenal dengan seribu satu kegunaan. Selain daripada itu, airnya juga turut memberikan khasiat kepada tubuh badan manusia. Antara kebaikan air kelapa terhadap tubuh badan anda adalah……

(1) Khasiat air kelapa membantu untuk menyejukkan tubuh seseorang dan menormalkan suhu didalam badan.

(2) Air kelapa mampu untuk menambahkan lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi. Selain itu, khasiat air kelapa juga boleh dijadikan minuman tenaga.

(3) Air kelapa juga adalah merupakan ejen pengangkut khasiat seperti nutrien dan oksigen ke sel tubuh seseorang.

(4) Apabila seseorang bersenam, tubuh mereka akan mengeluarkan air dari dalam badan (peluh), air kelapa boleh dijadikan minuman berkhasiat untuk menambah semula kandungan air didalam badan anda.

(5) Khasiat yang ada didalam air kelapa membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang.

(6) Air kelapa boleh dijadikan sebagai minuman diet. Ia kerana khasiatnya juga turut membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang.

(7) Khasiat air kelapa turut membantu untuk menyahtoksik dan juga melawan kuman didalam tubuh anda.

(8) Air kelapa turut boleh digunakan sebagai rawatan sembelit. Ini kerana khasiatnya membantu untuk membersihkan laluan sistem pencernaan seseorang dan mengelakkan daripada tersumbat.

(9) Seorang peminum air kelapa juga akan meningkatkan sistem imunisasi didalam badan mereka. Khasiat ini berguna untuk melawan penyakit.

(10) Kajian saintifik juga menunjukkan khasiat air kelapa mampu untuk mengawal penyakit diabetis.

(11) Khasiat air kelapa terkenal untuk membantu tubuh melawan panyakit selesema, demam dan juga AIDS.

(12) Air kelapa membantu untuk menstabilkan PH tubuh seseorang dan juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko kanser.

(13) Khasiat air kelapa turut digunakan untuk merawat penyakit buah pinggang dan juga batu karang.

(14) Khasiat air kelapa membantu untuk melancarkan lagi peredaran darah didalam tubuh seseorang.


2 comments:

Nani Din said...

klu mcm nie....ari2 minum air kepala nk kurus...hahahhahaha

abah khalisha said...

semangat orang ini makan