Nuffnang Ads

me&bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

me & bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, November 24, 2011

warnakan rambut??

Ada seorang sahabat request aku untuk beri pandangan aku tentang mewarnakan rambut.. Aku ni kalau bab2 Islam aku x lah pandai sangat..kalau nak kasi pandangan tu boleh la sikit...

Rasullullah dulu berdakwah pun cuma gunakan 20% daripada kata2 dan 80% lagi daripada perbuatan (ustaz malam tadi kat semanis kurma yg cerita)..

makanya, kalau nak berdakwah pun kena kurangkan berkata2 dan lebihkan dengan perbuatan...supaya kelak tak lah timbul isu..alahhh..kau cakap je lebih...tapi kau x buat ponn~~

Itulah yang dikatakan action talk louder than words...

Tapi demi memenuhi permintaan member aku tu, aku share lah pandangan aku tentang mewarnakan rambut....kalau ade terkasar bahasa atau kesilapan dalam penulisan aku, sila la tegur...kerana aku bukan maksum seperti Kekasih Allah~~~

Apa pandangan Nurul Syuhada tentang mewarnakan rambut atau dye???


Aku memang x minat melihat terutamanya orang Melayu mewarnakan rambut lebih2 lagi warna perang2 tuh..nak tau sebab apa..??

1. Tak sesuai dengan warna kulit...
Adalah biasa melihat mat saleh yang berkulit cerah dengan rambut kaler perang..dengan mata biru...sebab Tuhan dah cipta kan warna kulit sepadan dengan warna rambut sepadan pulak dengan warna mata...Itulah identiti Mat Saleh...
Begitu jugak dengan orang Melayu yang berkulit selalunya sawo matang yang selalunya dilahirkan dengan rambut hitam...may be ade yang hitam keperangan but x de lagi yang warna rambut betul2 mcm mat saleh tu...Itulah identiti Melayu...

Tuhan dah cipta kan diri kita sebaik2 kejadian...kenapa kita suka nak ubah??
2. Tidak telap air
Pewarna rambut selalunya bersifat permanent..bermakna warna rambut itu akan hilang apabila kita potong rambut tu...kalau sifatnya pun permanent, maknanya die akan menghalang air daripada terkena rambut...Kalau dah air x leh kena rambut maknanya wudhu dan mandi wajib kita tak sah...kalau x sah..maknanya ibadah kita sia...

Rujukan

3. Logo halal yang dipergunakan untuk menghalalkan cara
Kita mesti perasan yang ade logo halal pada setiap pewarna rambut...dan adakah logo ini menghalalkan hukum mewarnakan rambut? Sudah pasti jawapannya tidak...

Logo halal itu hanya diletakkan mungkin hanya kerana dari segi zatnya...Dulu aku pernah bergaduh dengan seorang promoter sebab die paksa aku beli pewarna rambut yang die jual...aku cakap kat die, aku taknak sebab x leh..dosa...die kata ni ade tanda halal ni dikk...

X lama lepas tu aku terbaca kat mana tah yang mengatakan halal hanya sebab zatnya bukan najis...die buat dpd bahan2 yang bukan najis atau merbahaya...tapi hukum mewarnakan rambut itu masih kekal haram...Ada ulama menghukumkan haram kerana menyerupai budaya orang kafir....

4. Hanya buat suami atau berjuang di medan perang
Mungkin ada para isteri yang mewarnakan rambut untuk suami yg suka lihat rambut isteri itu berwarna...maka dibolehkan..cumaaa!!! menggunakan warna yang tidak kekal dan boleh dihilangkan....atau paling mudah, guna la inai...

Begitu juga dimedan perang...kalau pihak musuh tengok kita ni dah tua n rambut beruban, sudah pasti kita dah mendedahkan kelemahan kita....

Jadi para pahlawan di medan perang dibolehkan mewarnakan rambut dengan warna hitam supaya kelihatan muda...supaya barisan pejuang nampak lebih bertenaga... (maaf aku x jumpe sumber sebab dulu pernah dengar ceramah daripada ustaz yang aku x ingat siapa)

Sesungguhnya wanita yang cantik itu tidak melihat dan tidak dilihat :)
Sumber Gambar : Google

Jadi , kesimpulannya, aku x suke mewarnakan rambut aku.....orang lain nak buat jugak dengan pelbagai alasannya tersendiri itu, terpulanglah...Itu tanggungjawab peribadi sebagai seorang Muslim...anda buat, anda dapat (buat gaya Ustazah Bahyah)..hehe...manisnya kurma ini~~

No comments: