Nuffnang Ads

me&bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

me & bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, December 26, 2011

Review Movie : Suatu Malam Kubur Berasap

Mari kita bercerita tentang sinopsis dulu..ini pun aku tgk kat http://www.mygosip.com/2011/12/filem-suatu-malam-kubur-berasap.html

sebab kalau nak harapkan aku cerita tentang sinopsis..mmg aku x tau nk citer mcm mana sbb plot citer ni melompat2..:p

Sinopsis Suatu Malam Kubur Berasap:- Bertempat di ‘Kampung Angan Tak Sudah’, filem ‘Suatu Malam Kubur Berasap’ ini mengisahkan cerita tentang tiga sahabat kampung iaitu Atan, Bun, Pet dan seorang sahabat dari bandar yang baru dikenali iaitu Mie. Atan (Angah Raja Lawak) seorang yang lurus bendul, rajin, ringan tulang dan bekerja sebagai penggali kubur. Bun (Along Raja Lawak) seorang kutu rayau yang gemar merempit dengan motor kapcainya. Hampir setiap malam beliau akan mengacau gadis-gadis kilang yang baru pulang dari bekerja. Pet (Azrul Raja Lawak) merupakan pemandu lori ayam yang sering bekerja lewat malam. Beliau mempunyai suara yang sengau, suka berlagak dan bercakap besar terutamanya melibatkan perkara mistik dan hantu. Ketiga-tiga mereka sering diganggu oleh Jerdil dan Tocai, Geng Beduk, samseng kampung.

Mie (Zac Diamond) seorang lelaki yang kacak dan segak dari Kuala Lumpur, mula rapat dengan ketiga-tiga sahabat ini selepas kereta beliau rosak di kampung. Beliau mempunyai tunang bernama Lola. Sejak kedatangan Mie, pelbagai peristiwa pelik dan menakutkan berlaku. Mereka juga berkenalan dengan seorang gadis bernama Siti yang menjemput mereka ke kenduri rumahnya. Atan tertarik dengan keayuan Siti dan mula mahu mengenalinya. Mereka berempat ini juga sering diganggu oleh Hantu Cempaka.

Pengarah: Ernie Chen

Penerbit: Outloud Studios Sdn Bhd

Dipawagam: 22 Disember 2011

Pelakon Suatu Malam Kubur Berasap:
Angah Raja Lawak
Along Cham
Azrul Zaidi
Nurul Ain
Zami Ismail
Acappan
Ruminah Sidek

Ok..itu kata sinopsis..tapi aku nak kata sesuatu tentang citer ni....

Ahad lepas, aku ngan Bam saje nak buang masa..so kitorang tgk la kat website http://www.gsc.com.my/ sbb nak tgk ada apa citer best skrg ni..so ternampak la cerita ni..melihat trailer yang ade muke Angah, Along n beberapa orang peserta Raja Lawak, kami pun decide la nak tgk citer ni...

Konon2 nak gelak puas2 la...mase nak beli tiket, awek yang jual tiket tu pun kata citer ni best..kami pun terpengaruh...

Namun harapan hanya tinggal impian...citer ni agak melompat....jalan cerita x teratur....dan byk potong stim sebab citer die mcm tersangkut...nak gelak pun jadi mcm teragak2....derang ada idea menarik wat lawak...cuma disebabkan jalan cerita yang berterabur...mood nak gelak dah hilang...aku gelak ade 1 part je..iaitu mase Zack kena kejar ngan hantu..die x tau nak baca surah agaknye..die bantai nyanyi lagu 'sepohon kayu'.

Kualiti lakonan setiap pelakon aku leh puji la...lakonan memang menjadi..cuma sayang la....die x susun cerita ni dengan kemas...tajuk die pun mcm lari tema cerita..x de pun die cerita pasal kubur berasap....

aku kasi 2 bintang je la...

aku leh kasi korang 3 sebab untuk menonton cerita ni

1. Ade pelakon komedi yang selalu jadi pelaris filem iaitu Along n Angah
2. Ade awek seksi yang jadi kontroversi iaitu Nurul Ain Nordin

3. Nak sokong filem Melayu...


But for me..aku takkan tonton filem melayu selagi takde 80 % positive feefback dpd penonton..aku serik!!

3 comments:

abah khalisha said...

seksinya..kn tgk ni.hehehe

model pakaian grosir said...

woww great post good luck

Aswani said...

abah khalisha tu klu seksi mekci dia trs nk p tgok..hahaha(gataii)