Nuffnang Ads

me&bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

me & bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 25, 2012

Berpolitik, berdebat biarlah berhemah :)

Aku suke tgk orang berdebat pasal politik..baik kat blog, begitu jugak kat FB...aku suka dengar hujah kedua-dua belah pihak becoz for me as a Malaysian we have to concern about current issues dalam negara kita...

Adalah sgt tak best sembang ngan orang yg x amek tau langsung tentang perkembangan politik negara sebab pada aku orang2 mcm ni ignorance yg hanya tau "asalkan negara aman, asalkan aku cukup makan" padahal kalau lah 10 000 orang berfikiran mcm dia, negara ni takkan ke mana...sebab masing2 fikir periuk nasik sendiri...that's y politic is very very important...cuba je kita fikir, kalau hari ini kita mampu makan nasik lauk ayam, dengan sikap ketidak pedulian kita terhadap negara, adakah kita yakin kita akan makan lauk ayam pada tahun hadapan?adakah mungkin kita hanga akan makan ikan masin je??

Aku ada terbaca kat satu blog politik yang famous iaitu Amenoworld yang sangat mengutuk hujah2 yang tak cerdik sama ada daripada pihak kerajaan atau pembangkang. Aku nak wat list mende2 yang aku tak suka baca bila orang berhujah tentang politik.

1. Serangan peribadiSerangan peribadi ini banyak dilihat daripada pihak yang tak suka pembangkang bila mana mereka asik gunakan hujah yang sama untuk menghentam seseorang individu..Contohnya isu Anwar Ibrahim yang tak sudah2 tentang isu sex...kamon la haters...tak goyang pendirian penyokong Anwar kalau asik isu yang sama dihujahkan sedangkan kebenaran terbukti beliau tak bersalah dan kalau beliau bersalah pun..apa buktinya? Sebab sesetengah pihak yang menyokong parti pembangkang pun bukan sokong pembangkang semata2 sebab menyokong Anwar, tapi tidak mahu cenderung kepada pihak kerajaan dan mahukan perubahan..and once again...BUKAN SEBAB MANA-MANA INDIVIDU hatta Anwar sekali pun..!!

p/s : Agaknye kalau lepas ni DS Anwar kena fitnah isu sex lagi, die pun tak larat nak dengar dah...hahahaha...mesti die kata.."apa lgi nehhhh...!!!
2. Label dengan nama2 jelik
Yang ni kedua2 belah pihak aku selalu baca..Tolonglah..jijikla dengan nama2 ni...korang mesti biasa dengar tentang DAPig, Parti Ajaran Sesat(PAS), Nik Najis, Umporno, Be End, dan sebagainya...kewujudan nama-nama sebegini mendatangkan kemarahan kepada pihak yang satu lagi...So macam mana kita nak tarik orang yang x sependapat dengan kita supaya setuju dengan kita kalau kita asik guna nama2 jelik untuk memburuk2kan parti lawan..?? Hanya mendatangkan kemarahan adalah...

3. Wujudkan finah untuk menyedapkan jalan cerita.
Paling tak best bila ada pihak2 tertentu yang suka buat2 cerita untuk menyedapkan cerita...Kalau nak kuarkan sebarang cerita pun, biarlah ada bukti yang menyokong..kang x memasal kena tahan dalam Akta Fitnah kang...Kalau x salah aku, pasal DS Rosmah menabung sejak kecil tu pun fitnah sebenarnya sebab siapa tah pegi edit muka depan Utusan dan tulis mcm tu...kamon la..kita berhujah dengan bukti dan kebenaran..bukan fitnah dan penipuan...

Nampak benor nipu...ade ke Utusan nak tulis Bersih 2.0 diiktiraf di dunia luarrr..??

4. Buat lawak bangang yang menghina..
Video joget2 para pemimpin pembangkang tu korang dah tgk? Aku sangat marah..!! Macam tu jugak dengan orang2 yg menyokong kepimpinan DS Najib bila tengok gambar diorang disuperimpose menari kat tiang pe seme tuh...pada aku, this is sooo immature..!! So apa kesan apabila kita buat semua tu, hanya provokasi yang menambah kebencian pihak lawan.....

Antara gambar TGNA yang disuperimpose...aku kalau dpt org yg buat ni mmg aku lempang...berani ko hina ulamak...!!!

5. Cakap penyokong parti lawan sebagai bodoh, bangang, tolol dsbg...
Setiap orang ada pandangan mereka yang tersendiri..May be cara diorang fikir lain dengan apa yang kita fikir. Contohnya mak ayah kita sokong Parti A, kita plak sokong Parti B...korang sanggup x nak kata mak ayah korang bodoh? Mesti taak kannn...mesti korang explain kenapa korang sokong parti B...mcm tu la seeloknya kalau nak berhujah..baru la yang menerima pun tak rasa kecil hati malah semakin semangat nak tau...kenapa kau sokong sgt Parti B tu..?? Dari situ perbincangan bermula dan kita kena kawal emosi kalau berhujah..jgn cepat sgt marah sebab mana2 pun ada kelemahannya tersendiri..kita bukan maksum begitu jugak pemimpin2 kita....
Ini jela yang dapat aku listkan wat masa neh sebab mende ni berulang2 kali berlaku dan aku sgt menyampa baca hujah x cerdik... Berhujah lah secara bijak..Gunakan akal untuk berfikir dan bukan emosi yang mengawal diri....heyy...salah tuu..!!hehehe....

P/S: Aku teringat masa aku berdebat dengan ex bos aku, die kata kalau u tak sokong kerajaan BN, u keluar je dpd Malaysia ni...

Aku tanye kenapa then die kata, kalau u tak setuju dengan Dato' XXXX (means tokei besar syarikat aku) u buat apa? Then i said, i keluar la dpd company ni cari keje lain... then die kata, then u x setuju dengan kerajaan BN kenapa u tak nak keluar?

Aku jawab....Dato' XXXX bukak syarikat ni dengan duit die, usaha die, modal dia sedangkan kerajaan BN diberi mandat ketika pilihanraya untuk memegang tampuk pemerintahan negara...kalau saya tak setuju dengan kerajaan yang ada sekarang, saya boleh memilih kerajaan lain..kenapa saya plak yang kena keluar dpd negara ni...?
Renung2kan... :)

Wednesday, January 18, 2012

Tidur dan cara mengejutkan orang

Tidur memang indah dan saat paling tak indah apabila kita kena bangun dari tidur sebab kena pergi kerja/kelas. Zaman aku belajar dulu jadual kelas tak tentu,kadang2 pagi, kadang2 petang dan kadang2 malam...semua itu akan menentukan time tidur aku...dan apabila tiba time exam,waktu tidut akan menjadi lebih lewat tapi tidak bermakna duration aku tidur menjadi singkat...hahaha...Tersangatlah tidak best apabila semasa kita sedang tidur lena, orang kejut kita macam nak pergi berperang...Contohnya gegarkan pintu macam nak roboh sambil panggil nama kita mcam nak cari gaduh...it is soooo anoyying...

Aku teringat dulu cikgu aku pernah cakap which aku pun x sure betul ke tak, semasa kita tidur, roh kita akan keluar dari badan dan akan keluar... Kalau kita bangun tidur secara tergesa2 aku secara mengejut, silap2 roh masuk ke dalam badan secara tidak sempurna dan boleh menyebabkan kita meninggal dunia...wallahualam...aku pun rasa mcm nak gugur jantung kalau dikejutkan secara macam tu..kalau tak sakit jantung pun may be leh kena heart attack kalau asik kena mcm tu...

Ketika aku berjalan2 merentasi blog lain,aku jumpe mende ni..menarik gak...mohon share ye tuan tanah....
Entry kali ini, Azuan razi dot com ingin berkongsi tips ataupun cara-cara untuk kejutkan orang supaya bangun dari tidur. Jadi, kalau anda semua mahu kejutkan orang bangun tidur, cara-caranya adalah seperti:
  1. Pegang anak jari kiri atau kanan sambil tu panggil nama dia perlahan-lahan.
  2. Sentuh bahu orang yang tidur itu, dan goyangkan perlahan-lahan sambil panggil nama dia.
  3. Renjis air kat muka dia sambil panggil nama dia.
  4. Tampar-tampar manja pipi dia, sambil panggil nama dia.
  5. Tutup kipas atau air cond.

Tapi kalau cara tersebut masih gagal, teruskan kepada cara yang kedua;

  1. Jerit nama dia kuat-kuat.
  2. Gigit ibu jari kaki dia macam hantu toyol gigit tu.. Macam mana? korang fikirlah sendiri.
  3. Simbah air sebaldi, kalau boleh air rendam baju dalam korang.
  4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam.
  5. Goyang badan dia kuat-kuat kemudian jerit gempa bumi! gempa bumi! tsunami! tsunami!
  6. Jerit api! api! api!
  7. Letak kfc ke mcd ke ataupun ikan patin masak tempoyak yang baru dibeli, letak sebelah hidung dia..bagi ambik bau sikit.

Tapi jika masih juga tidak berkesan, anda teruskan ke tips yang ketiga;

  1. Pergi dekat telinga dia…then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia banyak kali.
  2. Pergi kat dia, baca surah yaa sin! hehehe

Tapi masih juga tidak berkesan, maka inilah cara terakhirnya;

  1. Panggil sahaja orang masjid ataupun surau untuk uruskan…kerana tuhan lebih menyayanginya.

Tips ini hanyalah rekaan untuk hiburan semata-mata sambil membawa maksud yang tersirat, boleh dikatakan hidup perlu berani untuk menghadapi kematian, jadi lengkapkanlah diri anda sebelum Dia menjemputmu.. Sekian.

Tuesday, January 17, 2012

Sunday, January 15, 2012

Kelebihan berpayudara kecil..ops :p

Tadi aku melawat blog peberet aku...menarik plak baca info ni..hehe... jom kita tengok..!!

Kepada wanita diluar sana ,anda tidak perlu risau atau bimbang dengan wanita yang mempunyai payudara lebih besar daripada anda.Jangan sesekali berasa rendah diri dengan saiz payudara anda yang kecil. Setiap kejadian pasti ada kebaikan.Begitu juga dengan payudara yang kecil.Berikut merupakan beberapa faedah payudara kecil:

1. Elak gangguan seksual Kepada wanita berpayudara kecil, anda dapat mengelakkan diri daripada sekumpulan lelaki yang selalu memandang payudara dan suka membuat gangguan seksual terhadap wanita.
Ya memang betul sebab lelaki memang mudah tertarik melihat bahagian "itu" dan memiliki aset yang sedikit kecil memudahkan untuk menyembunyikannya :p

2. Penyayang dan setia Kebiasaannya wanita yang mempunyai payudara kecil lebih penyayang dan setia terhadap kekasih atau suami dan jarang berlaku curang.
Ni aku x sure..hahaha...

3. Kepuasan seks lebih cepatKepada kaum lelaki, anda tidak perlu bimbang jika tidak dapat memuaskan isteri pada detik malam pertama.wanita payudara kecil lebih cepat teransang dan mempunyai waktu klimaks dengan cepat berbanding wanita payudara besar.
Yang ni lagiiiiiiiiiiiii la aku tak sure..aku lom kawen..hahaha... OPPPSSS...!!4. Berpakaian lebih sopanWanita payudara kecil berpakaian lebih bersopan dan tidak terlalu mendedahkan payudara seperti wanita berpayudara besar.
Haah memang betul...sebab bila pakai baju besar dan tudung yang menutupi dada dah menghilangkan kewujudannya disebalik pakaian..hahaha....
5. Bebas melakukan aktiviti sukanMelakukan aktiviti sukan seperti olahraga dengan tenang kerana tidak perlu risau kerana payudara kecil lebih ringan. dan senang dibawa kemana-mana.
Yang ni aku setuju sebab kalau "aset" besar kena plak pakai sports bra untuk menyokong "aset" tersebut....
6. Tidur pelbagai posisi Payudara yang kecil lebih memudahkan seseorang untuk tidur dengan pelbagai posisi sekalipun.Contohnya tidur meniarap dan menyiring.
Haah....sebab tak perlu nak kontrol sangat posisi tidur...hehehe...

7. Selesa tanpa coliPayudara kecil lebih selesa walaupun tanpa memakai coli dan bentuk payudara tidak begitu ketara disebalik pakaian.
Mungkin la selesa cuma aku rasa kena pakai jugak walau pun x nampak... :p

Wednesday, January 11, 2012

Kata Pemeri Ialah dan Adalah

Semalam masa meeting Finalization untuk sebuah buku manual yang akan diterbitkan, aku bgtau kat semua yang dekat meeting tentang penggunaan ialah dan adalah...Bos aku, Puan Pauziah kata die tak pernah tau yang ialah dan adalah tu ada beza...

Hehehe...apa yang aku dapat tu aku share lah..sebab dalam hidup kita sehari2 mmg banyak buat silap dalam tatabahasa Melayu...

Kalau sesapa amek BM mase STPM memang ada belajar secara terperinci tentang penggunaan kata dalam BM cuma kadang2 kita je yang tak sure cara penggunaan yang betul...

So hari ini aku nak share tentang kata pemeri yang aku petik dpd wikipedia

Kata pemeri terdiri daripada dua perkataan sahaja iaitu ialah dan adalah yang digunakan untuk memberi penerangan di hadapan frasa nama.

Contoh : Minah adalah kakak saya. Meja ini ialah plastik.

So macam mana nak beza? The simple way is adalah lebih merujuk kepada orang iaitu memberi penerangan terhadap subjek seperti


Ibu saya adalah seorang guru
Filem itu adalah filem pertama lakonan beliau.


Bersama cikgu BM aku sejak aku form 4 sampai upper six :)

Sementara ialah lebih digunakan untuk memberi takrifan, maksud atau definisi kepada sesuatu subjek.

Contohnya,


Kertas litmus ialah untuk menguji sifat bahan.

Pen merah ialah untuk menanda kertas soalan.


So diharapkan kita semua dapat belajar sesuatu hari ini..hehe...lain kali aku nak share menda lain plak tentang tatabahasa Melayu..sekian :)






Sunday, January 8, 2012

Friday, January 6, 2012

aku dan soya


Air soya adalah minuman peberet aku... Hari2 minum air soya pun takpe..Kalau bulan pose tak citer lah..mmg aku suka cari air soya...But bukan sume orang pandai wat air soya mengikut taste aku..Kadang2 beli air soya kat pasar malam rase tawar hebehhh je...hehehe...

Mase aku tingkatan 6 dulu mase hari sukan sekolah, aku ngan kawan2 aku jual air soya untuk masuk dalam tabung persatuan Tingakatan 6 dan air tu aku yang buat...Jangan x caya...larissss nyahh~~~
Sebahagian daripada kenangan zaman sekolah dan air soya yang aku jual berada di sebelah air oren...can't u see?? dah kosong...larisss~~~
But sebelum ini aku ada dengar beberapa fakta atau auta tentang khasiat soya ni..mereka kata khasiat soya hanya rekaan..ye ke?

Sebenarnya yang lebih baik ialah kopi...aku pun x berani nak kata pasal fakta2 neh..aku bukan saintis pun..hehee...

Nak buat air soya ni takde lah susah sgt...cuma rendam je bijik soya tu.....aku selalu rendam dalam 5 jam jugak lah...lepas dah kembang tu, blend...lepas blend, masak jew...pastu anda akan dapat soya panassss...nak sedap? tambah la gula..

Kalau minum soya kat pasaran ade gak yang campur dengan gula merah..sedappp sgt...ades...

Soya jugak adalah kandungan utama bagi tempe...aku suke tempe goreng yang garing2....hehehe..selain daripada tu, soya jugak boleh buat kicap...but aku x pasti mcm mana soya yang putih tu boleh bertukar jadi hitam...kicap juga adalah makanan tambahan yang berkhasiat untuk Nani..hehehehe...Nani tak leh makan tanpa kicap...
Nama budak ni Nani

Tuesday, January 3, 2012

Triple A yang gempar....

kalau lelaki dikatakan jatuh atau bejaya kerana 2 TA..iaitu Takhta Harta dan Wanita, aku nak share ngan korang 3 A yang terhangat di Malaysia..hehehe... Aku pun tak faham apa kaitan tapi sana nak rhymekan ayat aku..hahaha....
1. Ariff Alfian - Kisah perkahwinan songsang tergempar di Malaysia..tak penah dibuek kek orang dooo.... Kita ni Islam...yang ko pegi kawen dalam gereja secara songsang tu pe kess....ishh...Takpe la..aku doakan mamat neh insaf dengan kesilapan dia.... Mana ada orang x pernah buat silap kan? Tapi rata2 warga beragama Islam memang marah dengan beliau... aku pun marah..but nasik dah jadi bubur..kita pakat2 doa ramai2 semoga die kembali ke pangkal jalan...aminnn...

2. Adam AdliSiyes..mamat ni hensem..hahahaha... But bukan itu isu dia.... Aku follow gak la kisah mamat ni dan aku x sokong dia 100% atau menentang 1oo%...aku sokong dia 98% dan menentang 2%...hehehe... baik aku sokong adam adli yang semangat nak tegakkan hak die sebagai mahasiswa daripada join budak2 seusia dia yang hanyut dalam dunia yang fana neh..chewah...hahaha... aku dah dengar ulasan TV dan jugak tengok pengakuan die...he has some good points but the way he want to throw the idea tu aku tak sure cara tu betul ke tak... But for him, kalau niat anda baik, Allah akan bantu dan saya akan doakan anda berada di jalan yang lurus...

Antara yang sempat aku capture daripada pengakuan dia, dia ada cakap yang dia tak takut sekiranya dibuang universiti sebab ini jalan yang dia pilih...kena tanggung la risikonya dan apa beliau lakukan ini adalah untuk mahasiswa..bukan untuk diri sendiri atau mewakili mana2 pertubuhan parti politik... (u've got my admiration)

"Kalau Takutkan Risiko Usah Bicara Soal Perjuangan !!!! Kalau Takutkan Perjuangan Usah Bicara Soal Keadilan !!!


3. Amalina Che BakriDahulu dia pernah menggemparkan Malaysia apabila menjadi orang pertama dapat 17 A...aku pun kagum...die ditaja oleh Bank Negara untuk belajar kat Scotland..tah u apatah..aku lupa...but apa yang menggemparkan tentang dia dialah apabila gambar2 dia x bertudung dalam dalam suasana yang bleh mendatangkan fitnah tu tersebar...aku malas nak share kat sini but the point is...kenapa kebijaksanaan die belajar x digunakan sebagai penampan dugaan dunia ni...dia ni dulu jadi idola pada yang mahu berjaya dalam pelajaran but apabila menda2 mcm ni jadi, kesan die amat besar..nanti ade plak yang kasi statement tak yah susah2 belajar, nanti jadi mcm Sufiah dan Amalina..x ke kes naya tu~~~

Apa2 pun sekiranya berita yang tersebar itu benar, aku doakan Amalina segera sedar kerana anda idola kepada yang mahu berjaya seperti anda..jangan hancurkan harapan anak2 Malaysia...

Semua A yang aku cerita neh tak mewakili sesiapa melainkan pendapat aku sendiri tentang situasi yang berlaku yang melibatkan anak2 Malaysia di Menara Gading dalam menempuh realiti hidup.... Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan....kebetulan je kan nama semua A? hehhee...

Monday, January 2, 2012

aku benci driver tak beradab..!!

Kalau korang biasa bawak keta, mesti ade jenis2 driver yang korang menyampah kan?
Ni ar antara yang sempat aku snap sepanjang karier aku sebagai pemandu kat Malaysia neh...

1.Korang sakit hati tak kalau jalan jem..pastu boleh plak ade keta dengan selamba parking tepi jalan...korang nampak x dalam gambar yang nani snap ni, kereta beratur panjang tapi ade satu keta yang rilek tanpa perasaan bersalah parking kat tepi tu..buat tambah SESAKKKKK je...hampeh tul... Lokasi : Ampang

2. Ruang parking merupakan HOD (Hot On Demand) lebih2 lagi kat kawasan pekan...hati mana x sakit bila kita dok berebut tempat parking, dan sebuah kereta bajet hot leh parking dalam dua petak kosong..korang ade rasa nak lempang x driver neh?Mase ni aku dalam keta tengah tunggu akak aku bayar pe benda tah kat Ambank tu... Lepas die park, sempat aku snap mase die baru nak keluar tu...dan lepas die keluar, die terus bla dpd situ..byk jugak driver lain dok tercari2 parking mase ni...die takde rasa bersalah ke? Lokasi : Bahau3. Parking Senget..mase ni aku masih dalam kereta tunggu acik aku...van kat depan aku ni agaknye nak rebut parking, die masuk parking dengan amat laju sampai aku melatah selaju2nya...terkejut sangatttt..!!! dan korang tengok la mcm mana die parking...makan space, menyusahkan kenderaan lain nak lalu n melihat view depan...Lokasi masih sama : Bahau

4. Ada lagi satu yang aku meluat iaitu driver yang suka buang sampah dari dalam kereta...Ya rabbi...selekehnyeeee lah....inilah yang dikatakan takde sivik..dalam kepala mungkin fikir, takpe la..nanti ada org lain kutip...Kalau ade orang kutip takpe...kalau sampah yang dibuang tu masuk dalam longkang mcm mana? Dan kemungkinan yang terjadi may be menyebabkan longkang tersumbat...bila longkang tersumbat pulak, may be akan jadi pembiakan nyamuk aedes yang menyebabkan denggi...dan bayang kan pulak kalau hujan lebat, longkang yang tersumbat menyebabkan air melimpah ke jalan raya...dan korang bayangkan situasi adik korang bawak motor, tapi die nak mengelak lopak kat tepi jalan...lepas tu die kena langgar sebab nak mengelak lopak tu....ishh..mcm2 kemungkinan boleh terjadi sebenarnya walau pun kita hanya buang tisu, puntung rokok dan sebagainya....

Janganla asik fikir diri sendiri je..orang lain pun kena fikir jugak...kalau pun x peduli nasib orang lain, bayangkan kalau perkara itu terjadi kepada diri kita sendiri~~~~