Nuffnang Ads

me&bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

me & bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 25, 2012

Berpolitik, berdebat biarlah berhemah :)

Aku suke tgk orang berdebat pasal politik..baik kat blog, begitu jugak kat FB...aku suka dengar hujah kedua-dua belah pihak becoz for me as a Malaysian we have to concern about current issues dalam negara kita...

Adalah sgt tak best sembang ngan orang yg x amek tau langsung tentang perkembangan politik negara sebab pada aku orang2 mcm ni ignorance yg hanya tau "asalkan negara aman, asalkan aku cukup makan" padahal kalau lah 10 000 orang berfikiran mcm dia, negara ni takkan ke mana...sebab masing2 fikir periuk nasik sendiri...that's y politic is very very important...cuba je kita fikir, kalau hari ini kita mampu makan nasik lauk ayam, dengan sikap ketidak pedulian kita terhadap negara, adakah kita yakin kita akan makan lauk ayam pada tahun hadapan?adakah mungkin kita hanga akan makan ikan masin je??

Aku ada terbaca kat satu blog politik yang famous iaitu Amenoworld yang sangat mengutuk hujah2 yang tak cerdik sama ada daripada pihak kerajaan atau pembangkang. Aku nak wat list mende2 yang aku tak suka baca bila orang berhujah tentang politik.

1. Serangan peribadiSerangan peribadi ini banyak dilihat daripada pihak yang tak suka pembangkang bila mana mereka asik gunakan hujah yang sama untuk menghentam seseorang individu..Contohnya isu Anwar Ibrahim yang tak sudah2 tentang isu sex...kamon la haters...tak goyang pendirian penyokong Anwar kalau asik isu yang sama dihujahkan sedangkan kebenaran terbukti beliau tak bersalah dan kalau beliau bersalah pun..apa buktinya? Sebab sesetengah pihak yang menyokong parti pembangkang pun bukan sokong pembangkang semata2 sebab menyokong Anwar, tapi tidak mahu cenderung kepada pihak kerajaan dan mahukan perubahan..and once again...BUKAN SEBAB MANA-MANA INDIVIDU hatta Anwar sekali pun..!!

p/s : Agaknye kalau lepas ni DS Anwar kena fitnah isu sex lagi, die pun tak larat nak dengar dah...hahahaha...mesti die kata.."apa lgi nehhhh...!!!
2. Label dengan nama2 jelik
Yang ni kedua2 belah pihak aku selalu baca..Tolonglah..jijikla dengan nama2 ni...korang mesti biasa dengar tentang DAPig, Parti Ajaran Sesat(PAS), Nik Najis, Umporno, Be End, dan sebagainya...kewujudan nama-nama sebegini mendatangkan kemarahan kepada pihak yang satu lagi...So macam mana kita nak tarik orang yang x sependapat dengan kita supaya setuju dengan kita kalau kita asik guna nama2 jelik untuk memburuk2kan parti lawan..?? Hanya mendatangkan kemarahan adalah...

3. Wujudkan finah untuk menyedapkan jalan cerita.
Paling tak best bila ada pihak2 tertentu yang suka buat2 cerita untuk menyedapkan cerita...Kalau nak kuarkan sebarang cerita pun, biarlah ada bukti yang menyokong..kang x memasal kena tahan dalam Akta Fitnah kang...Kalau x salah aku, pasal DS Rosmah menabung sejak kecil tu pun fitnah sebenarnya sebab siapa tah pegi edit muka depan Utusan dan tulis mcm tu...kamon la..kita berhujah dengan bukti dan kebenaran..bukan fitnah dan penipuan...

Nampak benor nipu...ade ke Utusan nak tulis Bersih 2.0 diiktiraf di dunia luarrr..??

4. Buat lawak bangang yang menghina..
Video joget2 para pemimpin pembangkang tu korang dah tgk? Aku sangat marah..!! Macam tu jugak dengan orang2 yg menyokong kepimpinan DS Najib bila tengok gambar diorang disuperimpose menari kat tiang pe seme tuh...pada aku, this is sooo immature..!! So apa kesan apabila kita buat semua tu, hanya provokasi yang menambah kebencian pihak lawan.....

Antara gambar TGNA yang disuperimpose...aku kalau dpt org yg buat ni mmg aku lempang...berani ko hina ulamak...!!!

5. Cakap penyokong parti lawan sebagai bodoh, bangang, tolol dsbg...
Setiap orang ada pandangan mereka yang tersendiri..May be cara diorang fikir lain dengan apa yang kita fikir. Contohnya mak ayah kita sokong Parti A, kita plak sokong Parti B...korang sanggup x nak kata mak ayah korang bodoh? Mesti taak kannn...mesti korang explain kenapa korang sokong parti B...mcm tu la seeloknya kalau nak berhujah..baru la yang menerima pun tak rasa kecil hati malah semakin semangat nak tau...kenapa kau sokong sgt Parti B tu..?? Dari situ perbincangan bermula dan kita kena kawal emosi kalau berhujah..jgn cepat sgt marah sebab mana2 pun ada kelemahannya tersendiri..kita bukan maksum begitu jugak pemimpin2 kita....
Ini jela yang dapat aku listkan wat masa neh sebab mende ni berulang2 kali berlaku dan aku sgt menyampa baca hujah x cerdik... Berhujah lah secara bijak..Gunakan akal untuk berfikir dan bukan emosi yang mengawal diri....heyy...salah tuu..!!hehehe....

P/S: Aku teringat masa aku berdebat dengan ex bos aku, die kata kalau u tak sokong kerajaan BN, u keluar je dpd Malaysia ni...

Aku tanye kenapa then die kata, kalau u tak setuju dengan Dato' XXXX (means tokei besar syarikat aku) u buat apa? Then i said, i keluar la dpd company ni cari keje lain... then die kata, then u x setuju dengan kerajaan BN kenapa u tak nak keluar?

Aku jawab....Dato' XXXX bukak syarikat ni dengan duit die, usaha die, modal dia sedangkan kerajaan BN diberi mandat ketika pilihanraya untuk memegang tampuk pemerintahan negara...kalau saya tak setuju dengan kerajaan yang ada sekarang, saya boleh memilih kerajaan lain..kenapa saya plak yang kena keluar dpd negara ni...?
Renung2kan... :)

3 comments:

mOon jOhari said...

sangat setuju lah dengan perenggan last sekali tu ...

ArulchelseA said...

pencacai mana tau berkhemah..ari2 layan utusan meloya..kih kih kih..

btul..sikit2 ugut suh keluar negara..dia tk tau kalau PR dpt perintah malaysia..umngok yg rasuah tu lari dulu keluar negara..tk yah suk klaur pun..dia sndiri yg lari..kih kih kih..

anwar mcm2 kena ..masih duk malaysia..apa mau takut..

ArulchelseA said...

eh org batu kikir ke ni.. kih kih kih..dokek dah tu..se org joseh..kih kih kih..