Nuffnang Ads

me&bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

me & bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 11, 2012

Kata Pemeri Ialah dan Adalah

Semalam masa meeting Finalization untuk sebuah buku manual yang akan diterbitkan, aku bgtau kat semua yang dekat meeting tentang penggunaan ialah dan adalah...Bos aku, Puan Pauziah kata die tak pernah tau yang ialah dan adalah tu ada beza...

Hehehe...apa yang aku dapat tu aku share lah..sebab dalam hidup kita sehari2 mmg banyak buat silap dalam tatabahasa Melayu...

Kalau sesapa amek BM mase STPM memang ada belajar secara terperinci tentang penggunaan kata dalam BM cuma kadang2 kita je yang tak sure cara penggunaan yang betul...

So hari ini aku nak share tentang kata pemeri yang aku petik dpd wikipedia

Kata pemeri terdiri daripada dua perkataan sahaja iaitu ialah dan adalah yang digunakan untuk memberi penerangan di hadapan frasa nama.

Contoh : Minah adalah kakak saya. Meja ini ialah plastik.

So macam mana nak beza? The simple way is adalah lebih merujuk kepada orang iaitu memberi penerangan terhadap subjek seperti


Ibu saya adalah seorang guru
Filem itu adalah filem pertama lakonan beliau.


Bersama cikgu BM aku sejak aku form 4 sampai upper six :)

Sementara ialah lebih digunakan untuk memberi takrifan, maksud atau definisi kepada sesuatu subjek.

Contohnya,


Kertas litmus ialah untuk menguji sifat bahan.

Pen merah ialah untuk menanda kertas soalan.


So diharapkan kita semua dapat belajar sesuatu hari ini..hehe...lain kali aku nak share menda lain plak tentang tatabahasa Melayu..sekian :)






1 comment:

YAYA AZURA said...

tau ialah dan adalah ada bezanya..
tp cuma keliru bila nak guna...