Nuffnang Ads

me&bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

me & bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 18, 2012

Tidur dan cara mengejutkan orang

Tidur memang indah dan saat paling tak indah apabila kita kena bangun dari tidur sebab kena pergi kerja/kelas. Zaman aku belajar dulu jadual kelas tak tentu,kadang2 pagi, kadang2 petang dan kadang2 malam...semua itu akan menentukan time tidur aku...dan apabila tiba time exam,waktu tidut akan menjadi lebih lewat tapi tidak bermakna duration aku tidur menjadi singkat...hahaha...Tersangatlah tidak best apabila semasa kita sedang tidur lena, orang kejut kita macam nak pergi berperang...Contohnya gegarkan pintu macam nak roboh sambil panggil nama kita mcam nak cari gaduh...it is soooo anoyying...

Aku teringat dulu cikgu aku pernah cakap which aku pun x sure betul ke tak, semasa kita tidur, roh kita akan keluar dari badan dan akan keluar... Kalau kita bangun tidur secara tergesa2 aku secara mengejut, silap2 roh masuk ke dalam badan secara tidak sempurna dan boleh menyebabkan kita meninggal dunia...wallahualam...aku pun rasa mcm nak gugur jantung kalau dikejutkan secara macam tu..kalau tak sakit jantung pun may be leh kena heart attack kalau asik kena mcm tu...

Ketika aku berjalan2 merentasi blog lain,aku jumpe mende ni..menarik gak...mohon share ye tuan tanah....
Entry kali ini, Azuan razi dot com ingin berkongsi tips ataupun cara-cara untuk kejutkan orang supaya bangun dari tidur. Jadi, kalau anda semua mahu kejutkan orang bangun tidur, cara-caranya adalah seperti:
  1. Pegang anak jari kiri atau kanan sambil tu panggil nama dia perlahan-lahan.
  2. Sentuh bahu orang yang tidur itu, dan goyangkan perlahan-lahan sambil panggil nama dia.
  3. Renjis air kat muka dia sambil panggil nama dia.
  4. Tampar-tampar manja pipi dia, sambil panggil nama dia.
  5. Tutup kipas atau air cond.

Tapi kalau cara tersebut masih gagal, teruskan kepada cara yang kedua;

  1. Jerit nama dia kuat-kuat.
  2. Gigit ibu jari kaki dia macam hantu toyol gigit tu.. Macam mana? korang fikirlah sendiri.
  3. Simbah air sebaldi, kalau boleh air rendam baju dalam korang.
  4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam.
  5. Goyang badan dia kuat-kuat kemudian jerit gempa bumi! gempa bumi! tsunami! tsunami!
  6. Jerit api! api! api!
  7. Letak kfc ke mcd ke ataupun ikan patin masak tempoyak yang baru dibeli, letak sebelah hidung dia..bagi ambik bau sikit.

Tapi jika masih juga tidak berkesan, anda teruskan ke tips yang ketiga;

  1. Pergi dekat telinga dia…then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia banyak kali.
  2. Pergi kat dia, baca surah yaa sin! hehehe

Tapi masih juga tidak berkesan, maka inilah cara terakhirnya;

  1. Panggil sahaja orang masjid ataupun surau untuk uruskan…kerana tuhan lebih menyayanginya.

Tips ini hanyalah rekaan untuk hiburan semata-mata sambil membawa maksud yang tersirat, boleh dikatakan hidup perlu berani untuk menghadapi kematian, jadi lengkapkanlah diri anda sebelum Dia menjemputmu.. Sekian.

2 comments:

Anonymous said...

Hope dpt dikejutkan dgn ketukkan pintu yg perlahan......lalalalalala......n xdikejutkan dgn hempasan pintu yg kuat!!.....lalalalala....

Nyamuk Terbang said...

Yang baca yasin tu selalu jd kalau tido dalam kelas haha