Nuffnang Ads

me&bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

me & bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, April 21, 2012

Erra Fazira - The Beauty



Siapa tak kenal dengan wanita cantik yang mula popular dengan Filem Sembilu ni kan? Wah..begitu skema gaya bahasa aku kali ni..kikikiki....
Aku bukanlah peminat fanatik beliau tapi satu benda yang aku agak kagum kepada beliau... Erra Fazira ni seorang yang sangat tabah dan profesional..perasan tak..?

Yelah..dulu masa putus tunang dengan Awie,dia diam dan x berikan apa2 komen dan sampai sekarang aku masih tertanya2 apa punca perpisahan mereka... Begitu jugak apabila rumah tangga dia hancur selepas penceraian dengan Yusry...dan begitu jugak perpisahan beliau dengan Hans Isaac...

Pelbagai tohmahan yang dilemparkan pada si jelita ni...tapi pernah tak kita dengar dia kata apa2 sama ada defend diri atau menyalahkan sesiapa...?? dan akhirnya segala kontroversi yang melibatkan dia, berlalu mcm tu saja...

Itulah yang aku sangat puji si cantik ni... die bijak menyembunyikan kisah hidup dia..walaupun kita selalu nampak die tersenyum...pasti ada sesuatu yang kadang kala mengusik hati...pasti die pernah menangis.... Sememangya aku suka artis yang walaupun ada kontroversi, tapi bijak untuk mengendalikannya...lebih baik diam dari berkata2... :)

Selamat berbahagia hingga ke syurga...amin.... (sumber gambar sini)

Wednesday, April 18, 2012

Annoying things in FB...

Meluat, jelak, menyampah...tapi kata2 tu hanya terbuku di hati bile tgk mende2 yang aku x berapa suke muncul kat wall FB aku....kang nak tulis kat status org kata aku emo ke apa..so aku nak meng'emo'kan diri aku kat sini je...leh aku explain sekali... Perkara yang aku x suke ni pada orang lain may be takde mende...tp pada aku, aku x suke...but kite x leh nak halang orang nak buat apa kat FB diorang ye x... ni pendapat aku je la...kalau korang x bape setuju, x pe lah :)

a) asik status pasal CINTA...
mase ade bf, cerita pasal bf...mase dah bertunang, hari2 status pasal tunang...bile dah kawen..sume hal laki die nak tulis kat FB...please...aku bosan....

Itu belom masuk part2 gambar yang kurang manis dikongsi secara umum di FB...berpeluk cium sume nak letak kat FB.... kalau x jadi kawen mcm mana? x malu erk?

kalau bukak FB orang yg tgh kemaruk cinta ni lagi la...nak muntah rasanya...bwekkkkkkkkkkkkkkkk...!!!

kadang2 ari2 dok nak berjiwang lah sgt kat FB macam die lah pasangan paling bahagia dalam dunia... tapi kalau bergaduh, pasangan dielah yg paling syaitan yang direjam dalam dunia...

kadang2 aku nak je tulis kat FB....

"Hari2 update status pasal cinta..korang mmg tak fikir mende lain ke selain dpd CINTA...??"

yang paling sedih bile ade anak2 muda yang boleh tulis..."sikit2 Allah..eh please la...tlg la bg keutamaan kat BF sendiri..."

agung sgt ke cinta kau tuh..!! (penulis semakin emo di sini..maaf)

b) spesis sume mende nak tulis kat FB...
ni selalunya budak2 la yg suke report kat FB... contohnya...

"bru lepas beyak..uuu..beshnye..."
 2 minit kemudian...

"nak mamam la...uu syedapnyee..."
2 minit kemudian...

"dah kenyang..munsyit pewot titew..."

(aku reka sendiri)

hahaha... for me they are just attention seeker...mana x nya..selang dua minit update status merapu meraban...kalau semggu sekali dgn satu status x best mcm ni ok lah kutt...ni tak,...penuh wall aku dgn muke ko dgn status merapu...hancai tol..!!

c) berdebat tapi.....
aku adelah antara makhluk Tuhan yang suke timbulkan isu yg leh buat berdebat..aku mmg suke berdebat...sebab dari debat kita leh tambah ilmu kita...but aku mmg tak suka berdebat dengan orang yg suke menyerang secara peribadi... contohnya,. kita bukak topik tentang aurat lah katekan... tapi yang berdebat dgn aku menyerang aku balik secara peribadi contohnya...

"kalau kau hebat sgt, asal kau tak pegi je ceramah kat disko2 tu semua..suruh diorang tutup aurat.."

pada aku org2 mcm ni irrational...lawan hujah dengan hujah la..baru nampak cerdik...kalau lawan hujah dengan serangan peribadi, pada aku, aku malas nk layan...aku akan ubah topik atau tak yah layan dah..

Imam Syafie pernah berkata "aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu".

Orang yang faham landasan ilmu dahagakan ilmu, dahagakan maklumat...tp org yg tak faham landasan ilmu, hanya mampu mempertahankan keegoan masing2....

d) tayang muka tahap maksima...
 kalau bukak photo album...dok camwhoring...gambar pulak semua2 muka...adoi....mmg dahagakan pujian ke... dengan gaya mulut senget, mulut muncung itik, bajet comel...

muke yg sama, lokasi yg sama...penuh satu album dengan aksi bajet comel yg pelbagai...... ngaaaaaaaaaaaaaaaaa...!!!

nak tambah lagi, byk la yang komen awak ni cantik la...comel la...terutamanya dpd lelaki2 miang...nak tambah mcm tawaduk sikit, letak le..."kurniaan Allah yang sempurna..."

dan dijawab oleh si bajet comel itu td, takde lah..kite besyer2 jewwww...

kalau kena kutuk contoh nya...

"x cun pun.."
"kalau pakai tudung lagi cun"

selalu nya si bajet comel akan jawab...

"pegi mampos lahh.."
"kalau x suke tak yah la tgk.."

atau...

"dasar dengki punya pompuan...bla la..mcm kau cantik sgt...!!"

e) aku manusia paling best..sila dengki...
orang2 mcm ni selalunya suka update status yang tahapamendeyangkonakberlagaksangat....

"tgh tgu DS Najib Razak nak makan kueh tiaw..."

"Siti Nurhaliza kata die rindu nak lepak dengan aku lagi.."

"Bill Clinton kalah main dam aji ngan aku..hik hikk..."

korang mst penah jmpe org mcm ni kan...adeyyaaiii...!!

kalau campur dengan pic2 yang hari2 nak update gmbr konon2 best sgt tuh...contohnya hari2 letakk kat wall pegi meeting kat Hotel Palace of The Golden Horses...

HARI2 OK..!!

x ke menyampah..adeyaii...

kadang2 org2 mcm ni lupa..ramai lg yg lg best dpd diorang but malas nak tayang...mende2 mcm ni leh timbulkan riak...


apa pun terpulanglah kan..ade mata pandang, ada akal guna, ade mulut diam..hehehe....

Tuesday, April 17, 2012

Hutang PTPTN wajar dihapuskan...

Copied from here


After Pakatan Rakyat announce to abolish PTPTN some people said....."Bayar la.. dah tau berhutang, bayar la". Easier said then done. Kita dulu kalau ada choice di antara belajar berhutang dan belajar tidak berhutang yang mana kita nak pilih?

Persoalan utamanya, kita ada pilihan ke?

Population: 28 million
GDP: USD 238 Billion (RM 761 Billion) stat 2010.

Fact GDP ni pun tak tepat sebab banyak corruption di negara kita. Kalau ikutkan pengiraan GDP yang sebenar ialah : Y = C + I + E + G

Y = GDP
C = Consumer Spending
 I = Investment made by industry
E = Excess of Exports over Imports
G = Government Spending

Kalau sesiapa yang belajar ekonomi dia tentu tahu bahawa sekiranya di tingkatkan kuasa beli rakyat (purchasing power) dengan cara mengurangkan kos sara hidup (kos hidup murah, minyak murah, tol tak ada, education free, etc) maka C akan meningkat lantas meningkatkan GDP negara.

Now, kalau rakyat pun tak cukup duit sebab bayar kos yang mahal, minyak mahal, kena bayar pulak PTPTN dan tol yang semakin mahal, maka apa yang tinggal selepas mendapat gaji?

Jawapannya....... Lepas 1 minggu gaji, 90% dari kita akan kering duit untuk perbelanjaan 3 minggu akan datang.

Government spending (G) tidak akan mampu meningkat sekiranya C tidak meningkat. Teori mikro ekonomi ialah di mana bila mikro kredit di permudahkan di sesebuah negara, ia akan menggalakkan pelaburan, perniagaan dan perbelanjaan lantas meningkatkan pembelian, jualan dan GDP.

Tetapi teori ini hanya akan berlaku bila kos sara hidup rendah. Sistem ini gagal di malaysia sebab mereka hanya memudahkan mikrokredit, tetapi duit mikrokredit itu hanyalah untuk orang ramai membayar hutang yang ada atau dengan bahasa mudahnya gali lubang sana, tutup lubang sini.

Walaupun pendapatan individu meningkat, tetapi kos sara hidup meningkat, ia akan masih gagal meningkatkan local production dan consumption dan akhirnya gagal meningkatkan GDP dari aspek C (Consumer spending). Takkan EKONOMI ASAS NI PUN PEMIMPIN KITA TAK FAHAM (atau buat tak faham) TETAPI C Meningkat G juga meningkat kerana subsidi!

Saya tak tahu sama ada kita faham atau kita memang kena tipu bila kerajaan sebut "bila bagi subsidi, maka negara akan bankrup atau GDP akan menurun". Pertama sekali kita jawab dulu subsidi itu datangnya dari mana?

1. Penjimatan hasil dari perbelanjaan yang dapat dijimatkan dari pembaziran. - Kaedah ini dilakukan dengan menghapuskan perjanjian IPP serta mengkaji semula harga tarif elektrik.
2. Meningktkan C dengan kaedah seperti yang disebutkan di atas.
3. Penjimatan dari korupsi dan ketirisan yang dijangka berjumlah lebih 20 billion setahun.
4. Keuntungan PETRONAS yang sepatutnya BAIL OUT Rakyat dan bukannya BAIL out kroni.
Tang mana subsidi tu datang dari G??? (Petronas bukan G)
5. PALING UTAMA - Diversifying ekonomi negara contohnya kepada pertanian dan perikanan. Di letakkan di bawah badan yang betul2 fokus kepada pertanian /perikanan (ni nak bantu golongan susahlah ni). No more corruption. Reformasikan RISDA, MARDI, MPOB dan badan-badan kerajaan yang berkaitan dengan pertanian dan industri kecil. Cthnya buat pertanian dalam skala yang besar macam Thailand dan Indonesia. Bukan seorang peneroka dapat 10 ekar sahaja. Patut seorang dapat 50 ke 100 ekar ke atas. Bila ini berlaku kemiskinan dapat dikurangkan. Ini hanya salah satu contoh jer. Banyak lagi perkara-perkara lain yang boleh dilakukan.

Jadi kalau pendidikan itu percuma, perlu tak meminjam?

Kalau orang tu dah kaya, dia takkan meminjam PTPTN. Orang miskin meminjam supaya mereka boleh belajar dan dapat ijazah dan berharap dapat keluar dari kepompong kemiskinan. Tapi kalau lepas graduate rupanya nak dapat kerja dan pendapatan yang setimpal dengan kelayakan dia orang pun susah dalam masa yang sama terpaksa pula menanggung jumlah hutang yang tinggi ini bukan keluar dari kepompong kemiskinan....ini buat lagi tambah-tambah jadi miskin. Cthnya dapat kerja dan gaji yang ditawarkan sekitar RM1500, tolak epf jadilah RM1300 duduk di Kuala Lumpur sewa bilik jer RM600 tinggallah RM700, nak kirim kat mak bapak yang miskin di kampung lagi nak tolong tanggung adik-adik yang masih belajar....belum lagi tolak nak bayar PTPTN..mana nak fikir nak gunakan kenderaan lagi (kalau tak ada kenderaan guna pengangkutan awam dan itu pun melibatkan kos juga..belum lagi fikir soal nak bina keluarga ... Jadi baik tak payah la belajar dan keluar dari kepompong kemiskinan. Dapat SPM, dok kampung tak perlu berhutang. Kan senang.

Monday, April 2, 2012

Dream Theme for my BIG day... :)

Dulu aku penah share pasal dream lace for my engagement day...dan alhamdulillah..semuanya berjalan seperti mana yang aku fikir... :)

Kali ni aku nk share my dream theme for my BIG day... Actually nothing new pun pasal dream wed aku ni..biasa2 je...sebabnya tema yg aku nak ni susah nk cari kat butik2 kampung...
almaklumlah aku ni dok kampung je..Hari tu g survey pun die kata warna yg aku nak tu takde... :(

But kalau dapat, aku nak kaler mcm ni :)
Kaler mcm ni may be aku leh apply untuk hantaran je la..pakaian susah la...hurmmm...
Aku sebenarnya minat pelamin mcm ni...
New design untuk pelamin tahun ni..but butik yang aku pegi tu takde plak..aku terpaksa la amek jenis lain..dabel wuwuwuuwuwuww... ;'(

and baju persandingan aku, aku nk warna ni...
Akak kat butik tu kata warna yg die ade purple putih n purple garang je...ermm...terpaksa la amek je yg mana ade..aku ni dah la jenis malas nk survey2....akak tu janji ngan aku bulan 7 aku datang balik, die bawak sume baju kaler ungu yg dia ade so that aku leh pilih...mintak2 la warna yg aku nak ni ada...wuwuwuw....
aku dah berangan nak tema mcm dia ni....

atau mcm ni....
Tengok je la apa rezeki yang aku bakal dpt nti... :)