Nuffnang Ads

me&bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

me & bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 30, 2012

Alam dan Manusia 2 - Cintai Haiwan

Haiwan adalah makhluk Allah...x kira apa jenis sekali pun haiwan itu, semuanya Allah yang cipta... Hatta nyamuk yang kecil tu pun ada faedah untuk manusia (kalau tak salah aku nyamuk membantu proses pendebungaan)...

Janganlah sesekali mendera haiwan.... kalau Allah nak turunkan azab atas perbuatan kita, sekelip mata je... Aku penah menitis air mata melihat haiwan diseksa seperti tapak paw nya di potong akibat mencuri ikan, kaki kucing dikerat, kulit anjing mengelupas kerana disimbah air panas.... baca sini

Ada beberapa kisah yang aku dengar daripada pengalaman kawan-kawan aku tentang akibat daripada perbuatan menzalimi haiwan. Cerita ini memang kisah benar kerana kawan-kawan aku bercerita tentang apa yang berlaku terhadap orang sekeliling yang mereka kenali.

Cerita 1 -  Kisah seekor katak
 Seorang perempuan, kite taruk ar nama die Siti Dewi Mastura Kesuma (bukan nama sebenar)....tengah seronok mandi di dalam tandas rumahnya... Sedang leka mandi, kelihatan seekor katak terlompat-lompat di dalam toilet sehingga menyebabkan Siti Dewi Mastura Kesuma Dewi menjerit kegelian...

Die terus keluar tandas dan mengambil segayung air panas dan menyiram katak tersebut hingga katak itu mati menggelupur akibat disiram air panas tersebut...

Selang beberapa bulan, sehingga beberapa tahun berlalu kini, kulit Siti Dewi Mastura Kesuma menggerutu seperti KATAK....

Siti Dewi Mastura Kesuma yang asalnya memiliki kulit cantik dan gebu seperti Zizi Ezette, kini amat menyesal dengan perbuatannya... Sudah puas berubat, namun beliau kini kehilangan punca untuk mengubati penyakit kulit yang beliau alami...
Cerita 2 - Kisah Kucing yang kelemasan

Akibat geram dengan kucing yang suka buat onar dengan membuang hajat di merata2 tempat, Encik Kasim Sarafudin Sulaiman (bukan nama betul jugak) telah melakukan perbuatan yang ekstereme terhadap kucing kebencian beliau...

Pada suatu hari, apabila melihat kucing itu sedang duduk bersantai sambil isap rokok (ni aku gatal tambah) Encik Kasim Sarafudin Sulaiman telah menjerut leher kucing itu dan melemaskan kucing itu di dalam sebuah besen yang penuh dengan air...
Setelah penat bergelut dengan maut, kucing tersebut menemui ajalnya di tangan lelaki puaka tadi.. Setelah puas, Kasim membuang bangkai kucing tersebut entah di mana....

Satu tragedi telah berlaku pada Kasim Sarafudin Sulaiman apabila pada malam itu, rumah beliau telah terbakar dan segala harta benda beliau hangus dijilat api...

Yang lebih menyedihkan, bomba tidak dapat berbuat apa2 kerana tiada punca air untuk disalurkan kepada ruma beliau yang terbakar...Pili bomba tidak berfungsi, sungai pula tiada yang berdekatan...
Kasim Sarafudin Sulaiman hanya mampu menangis melihat rumahnya hangus...........................


Ambillah kedua2 kisah ini sebagai pengajaran.... Sedangkan binatang yang disembelih untuk dijadikan makanan pun dilakukan dengan cara yang terhormat dan berprosedur... inikan pulak kita nak seksa2...mg tak boleh ok... kalau nk bunuh, bunuh terus..itu pun dengan syarat yang tertentu iaitu bukan dengan cara menyeksa.... itupun dengan syarat, binatang itu mendatangkan ancaman kepada kita..kalau tak, x boleh nak bunuh suka2... 

Aku nak sajes kat korang utk google " Cats and dogs killed for Euro 2012" dan lihat bagaimana kezaliman terhadap binatang yang berlalu...menyayat hati sgt...

"AKU PENCINTA ALAM"