Nuffnang Ads

me&bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

me & bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, May 6, 2012

alam dan manusia... ;)

Tanpa segan silu di sini aku ingin mengaku bahawasanya aku adalah seorang pencinta alam... subjek geografi merupakan subjek feberet mase aku STPM dulu walau aku x score subjek tu...hahaha...
 dulu mase aku budak2, aku suka buang sampah dalam longkang..mende ni org selalu pandang remeh...padahal impaknya besar...dah besar gajah ni baru aku sedar, terdapat beberapa kesan buang sampah dalam longkang... mari kita kaji...
 i) Longkang akan tersumbat dan mengotorkan kawasan.
ii) gangguan bau busuk...bwekkkk..!!
iii) air yang bertakung boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes...nyamuk aedes tu apa kawan2? ya betull..penyebar virus denggi...
iv) air yang bertakung dan melimpah boleh menyebabkan banjir ketika musim hujan...

aku letak kat sini 4 je..yang lain kita boleh fikir sendiri... menyebut perihal banjir, sedar x bahawa pokok boleh mengurangkan risiko banjir...?
  mari kita kaji apa fungsi pokok dan kaitan dengan banjir... (maaf, aku bukan cikgu geog...aku share ilmu yg aku masih ingat untuk subjek geog...kalau salah mintak maaf ya...)

Akar pokok : berfungsi untuk merenggangkan partikel tanah...(betul ke ayat aku ni)...just imagine, akar pokok tu dalam tanah kan...so, partikel tanah tu akan mempunyai rongga2 tanah apabila akar itu semakin menembusi tanahbila wujudnya rongga2 ini, air mudah meresap ke dalam tanahsehingga ke lapisan yang tidak telap air (tidak telap air ni lapisan yang air dah x leh masuk lagi dah...) so, risiko banjir semakin berkurangan di sini...yelah..takde la die bertakung kan? sebaliknya meresap ke dalam tanah...

Daun-daun pokok :berfungsi sebagai penangguh air hujan...kita mcm die tadah air hujan la...korang penah x gegar pokok lepas hujan dan korang mst tau mcm mana byknya air yang turun dpd pokok tu kan..? ha...itu la maksud penangguh air hujan...kiranya daun2 pada pokok ni menadah air hujan tu sementara jatuh ke tanah atau kembali diserap ke udara...

so penting x pokok sebenarnya?

mestilah penting... tengok je la bandaraya KL kalau hujan lebat....disebabkan jalan raya banyak, pokok kurang, ketelapan air pun jadi rendah disebabkan permukaan jalan dah di turap dengan bitumen, asphalt, tar dan sebagainya....

Tapi aku agak kesal...di Malaysia ni kurang kempen2 kesedaran supaya rakyat mencintai alam sekitar...menda yang remeh akan menjadi besar kalau di pandang remeh.... sesetengah pihak media lebih suka memberi fokus kepada cerita2 kurang penting dan mengaibkan sesetengah pihak daripada memandang isu2 masyarakat setempat yang seringkali menjadi masalah harian...

masalah banjir kilat di KL x penah surut... masalah denggi masih berulang2...semua ni berlaku kerana kurangnya kesedaran dalam kalangan masyarakat kita...

sekian hujah saya ;)

No comments: