Nuffnang Ads

me&bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

me & bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, May 17, 2012

Tertegakkah Syiar Islam...?

Kita mungkin menganggap dan mengandaikan bahawa bangsa lain bertepuk tangan dan ketawa apabila umat Islam bertelagah dan berselisih pendapat.

Namun adakah kita sedar perselisihan pendapat itu bukanlah sesuatu yang dilarang oleh Islam…?
Sedangkan dalam Islam juga mempunyai 4 mazhab yang terwujud kerana perbezaan pendapat. Perselisihan faham dalam Islam juga boleh berlaku kerana terdapatnya perpecahan dua golongan dalam Islam iaitu umat yang benar-benar Islam yang mengamalkan cara hidup Islam dan satu lagi golongan ialah golongan munafik.

Munafik bermaksud orang yang tidak menzahirkan apa yang disembunyikan di dalam hatinya. Berpura-pura mengaku Islam tetapi dalam hati menafikannya. Dalam erti kata lain, zahir yang tergambar tidak melambangkan apa yang ada di dalam hatinya.

 Manusia yang mempunyai sifat-sifat munafik ialah seperti di bawah ini..

1. Apabila mereka berbicara, mereka berdusta
2. Apabila berjanji, mereka memungkiri
3. Apabila diberi kepercayaan, mereka mengkhianati

Sedar tak kita bahawa golongan munafik ini amat bahaya kepada umat Islam? Mereka seringkali mengaku bertakwa sedangkan hakikatnya tidak…

Kita cuma mampu melihat pada zahir sedangkan kita tak tahu apa yang berada dalam hati dan fikirannya. Sedangkan zaman Rasullah dulu ada puak munafik seperti Abdullah bin Ubay yang telah belot pada perang Uhud dan banyak menghina nabi dengan pelbagai tohmahan.

Inikan pulak pada akhir zaman seperti sekarang.................

Dalam pada kita asik menuduh bangsa lain bersorak keriangan melihat umat Islam bertelagah, kita seringkali terlupa bahawa puak Yahudi dah lama ketawakan kita kerana strategi mereka berkesan…
Jarum sulit yahudi dah lama tersebar luas dalam masyarakat kita pada hari ini. Sedangkan kita seringkali lupa dan terjerumus dalam jarum sulit yahudi, kita pula leka menuduh bangsa lain macam2…

Lihatlah sikap segelintir anak2 muda kita hari ini.. Dengan pakaian ala2 barat, tonggak arak, berparti sampai pagi, maksiat berleluasa, bayi dibuang akibat kelakuan sumbang…

Adakah itu yang mahu kita pertahankan? Jahat sangatkah bangsa Cina dan India di Malaysia ni? Adakah bangsa mereka ini jahat sehingga kita tidak boleh bekerjasama dengan mereka bagi menuntut keadilan bagi negara kita yang tercinta ini?
Apalah yang mahu diharapkan pada pemimpin yang bernama Islam, tapi tidak mengamalkan ciri kepimpinan Islam? Adakah menuntut keadilan itu salah pada sisi Islam?

Jika ketika hari perhitungan, sekiranya Allah bertanya, apa usaha kamu untuk menegakkan syiar Islam di muka bumi… apakah jawapan anda?

Cukupkah sekadar bersolat dan berpuasa, dan mengamalkan gaya hidup mementingkan perut sendiri dan membiarkan pemimpin zalim berkuasa?

Pada diri saya sendiri, lebih baik saya ada pemimpin bukan Islam yang lebih adil kepada rakyat daripada memilih pemimpin yang bernama Islam, tetapi zalim kepada rakyat sendiri… Namun, adalah lebih baik mempunyai pemimpin yang mempunyai kepimpinan Islam sejati seperti Ulamak tersohor negara, yang disegani serata dunia..
  Itulah Tuan Guru Nik Aziz bin Nik Mat…...

2 comments:

BERT said...

ooo...

pesal nak komen ko ada iklan...?

Nurul Syuhada said...

x tau...kono virus kot...