Nuffnang Ads

me&bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

me & bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 29, 2012

Lelaki pilihan mengikut kategori Lelaki

Mari kita baca entry ini sambil layan lagu Jejaka Idaman - Raja Ema... ;) Aku tulis entry ini selepas membaca entry daripada Prince Noob..ni kira kenyataa balas dari aku ler ni...to Prince Noob, happy reading .. ;)

Dalam Islam, ada 4 ciri2 wanita yang telah diberikan garis panduan oleh Rasullah untuk memilih pasangan hidup.

Tapi pada zaman moden sekarang ni, dah macam2 pulak kriteria yang wujud bagi perempuan pulak untuk memilih pasangan.... Mari kita lihat kriteria popular yang selalu dipilih wanita....

Kategori 1 - Perempuan budak sekolah

a) Lelaki jambu
Pelajar lelaki yang memiliki kulit mulus, cerah, ala2 cute seringkali menjadi pilihan utama budak2 sekolah. Dulu masa aku zaman sekolah, pelajar lelaki yang mempunyai wajah jambu seringkali menjadi bualan pelajar2 perempuan sekolah. Lihat zaja zaman kegemilangan Tomok dulu... Sampai jadi kes bergaduh-gaduh berebut si Tomok tu...hehehe...

b) Atlet sekolah
Pelajar lelaki yang aktif bersukan juga sering menjadi siulan pelajar2 gedik perempuan. Selalunya mereka minat pelajar lelaki yang macam ni sebab kononnya jadi heroinlah pasal hero sekolah ni selalu mengharumkan nama sekolah...hehehe... May be sebab ini lah atlet2 seringkali dikaitkan dengan sifat playboy sebab lelaki kategori jenis ini mudah menarik perhatian...hehehe...tak tau la kan... ;)

c) Pengawas sekolah
 Ha...ni lagi satu kategori yang jugak selalu diberikan perhatian.... Maklumlah, pengawas kan selalu ke depan berbanding pelajar lain... Kononnya para pengawas ni ada ciri2 kepimpinan...wah gitu kan... dan extra bonus kalau si pengawas ni ade dua ciri2 sebelum ini...lagi dabel up die punye 'saham'. ;)

Zaman berlalu, usia meningkat....naik pula ke level kedua...

Kategori 2 - Penuntut IPT

Pada kategori ini, faktor X selalunya diberikan keutamaan...

a) Yang stylo
Lelaki jenis ini selalunya dipanggil lelaki metroseksual dimana lelaki mcm ni selalunya mementingkan gaya dan kekemasan diri... tapi bagi kaum Lelaki plak, selalunya lelaki mcm ni dipanggil poyo... ade ke patut...Ok lah tu, jaga kekemasan diri, bersih, kemas dan wangi kan? Tapi kadang2 itulah orang kata pandangan mata selalu menipu... lelaki jenis ini sesetengahnya minat pada kaum sejenis...aduhhh...!!

b) Yang bawa kereta
(baca ni sambil dengar lagu Jimmy Palikat) Di IPT, x semua pelajar mampu bawa kereta sendiri. So, kalau yang ade kancil pun dah dipandang hot di mata wanita...hahaha... yelah, mudah la sikit awek die nak gerak ke mana2 kan? nak g kelas x yah beratur panjang nak naik bas.... Nak g jalan2 pun mudah.... ni kira permulaan untuk jadi materialistik di kalangan wanita lah ni... ;)

c) Member sekelas
 Asalnya kawan sama2 buat assignment... Lama, dah x leh tipu perasaan lah kononya, jatuhlah hati... Hahahaha... mesti ramai yang terlibat dalam kes yang macam ni kan? Biasanya keadaan ni muncul apabila kedua2 belah pihak mula rasa selesa dan satu kepala dalam banyak hal... Luaran tidak diberikan keutamaan, keserasian yang penting...wahhh gitu kan... ;)


Zaman berlalu, usia meningkat....naik pula ke level ketiga...

Kategori 3 - Dah kerja

Selalunya di level ini, wanita dah kurang menumpukan kepada aspek fizikal, tetapi lebih kepada sifat2 peribadi seseorang lelaki itu... 

a) Bad boy
 Lelaki nakal juga selalu menarik perhatian... Tah apa yang best pun aku tak tau...hahaha... Lelaki mcm ni selalunya di anggap lebih bebas berfikir dan bertindak serta lebih enjoy. Yeke? Aku tak pernah ade experience kenal laki macam ni...hehehe... Kononnya dengan kenakalan dia hidup akan lebih thrill... Apa2 lah hai....

b) Karier yang teguh
 Ha...yang ni siapa pun suka.. Aku pun suka... Lelaki yang mempunyai karier mempunyai kelebihan tersendiri di mata wanita... Lebih2 lagi yang bekerja dengan tali leher...wah...nampak sematttt...contoh karier yang selalu disebut untuk menjadi pilihan ialah seperti pegawai kerajaan, cikgu, doktor, jurutera atau apa2 jelah kerjaya profesional yang memerlukan pemakaian tali leher...semaat beb... ;) 

Keteguhan kerjaya juga boleh membantu dari segi ekonomi lah yang pastinya kan... ;) tambah lagi extra mark kalau pakai kereta mewah dan gaji yang tinggi..wah...ni mata aku tengah ade simbol $$$$$ dah neh...hahahaha....

c) Yang lucu
 Lelaki yang lucu boleh menghilangkan stress...hehehe... Lelaki seperti ini walau pun kurang kacak, boleh menyebabkan wanita tertarik untuk mendekati dan mengenalinya... Lucu itu memang perlu, tapi bukan sepanjang masa nak memain lak..ini akan mendatangkan perasaan meluat...huhu... Lihat saja pengaruh Saiful Apek, Johan, Zizan....berapa ramai peminat wanita diorangkan.... 

d) Romantik
Aiseh..inilah part favourite perempuan yang juga sering kali jadi kelemahan bagi perempuan...dulu aku minat gak...but sekarang dah mula kurang berminat pada lelaki romantik... Kawan2 lelaki aku yang romantik kebanyakkannya romeo atau dalam erti kata lain playboy....huhuhu...but bukan lah semua...segelintir lah kan.... 

Lelaki yang romantik dikaitkan dengan lelaki yang mempunyai sikap yang lembut terhadap wanita... kata2 indah selalu bermain dibibir...but awas ya wanita...lelaki yang suka berkata2 indah kadangkala hanya dijadikan satu umpan untuk mempermainkan anda.... Jangan anda buat2 lupa pada kes awang hitam...

e) yang warak
 Aku tengok sekarang ni dah ramai kawan2 perempuan yang lebih meminati lelaki kategori jenis ini.... Ustaz Don antara yang paling top diperkatakan sekarang. Ramai yang nak bersuamikan lelaki yang macam ni... But kalau nak lelaki yang macam ni, silalah bertudung labuh, cukupkan sembahyang, jaga batas pergaulan, rajin tahajud....baru lah dapat lelaki yang mcm ni... kalau tak, silalah bermimpi di siang hari....huhuhuu....


Ok dah habis dah....semua kategori2 yang aku letak ni adalah hasil imaginasi aku je...x tau la kalau ade kategori lain yang aku terlupa nak masukkan... 

Ok aku ada satu soalan, dalam semua-semua kategori yang aku maksudkan di atas, yang mana satu kategori yang jadi pilihan aku sekarang ni..sila rujuk tunang aku mcm mana rupa dia...hehehe... 

5 comments:

Prince of Noob said...

thanks for the entry balas... ooo patutlah saya dulu selalu kena reject... sbb takde dalam mana2 kategori pilihan wanita tu huhuhu... btw tunang awak tu saya tengok ada ala2 gambar mcm kat gambar kategori bad boy tu hehehe... takderlah, mcm kategori lucu je... btw tengok kat sini ada update hehehe http://buasirotak.blogspot.com/2012/05/lelaki-pilihan-mengikut-kategori-wanita.html.

KhaiRin : anies said...

salam,,terjah dr blog prince noob

hahahhaa.. ada betul nyer...selari dgn peningkatan umur, beitu jg dgn tahap pemilihan / taste kite... x gitu?

Nurul Syuhada said...

betul tu betul...hahaha... masing2 ade citarasa...makin dewas makin berbeza, tahap jambu hensem kaya kacak semua tu penting but still base on masing2 punye rate..hahaha...

ewan firna said...

best la entry nie :)

Hikaru Yui said...

kahkahkah part syarat2 nak dapatkan lelaki warak tu serius lawak..