Nuffnang Ads

me&bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

me & bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 22, 2012

PTPTN mansuh?? Free education? Oh I like..!!

Susulan daripada debat malam tadi, macam2 pendapat dan pandangan yang aku baca tentang PTPTN... daripada kaca mata aku sendiri, aku setuju hutang PTPTN dimansuhkan, pendidikan percuma diberikan... Ini sebab kenapa aku cakap mcm ni...

1. Rakyat dah lama susah...
 Betul... ini betul...kita dah lama susah dalam pada kita tak sedar kita mampu menikmati hidup yang lebih baik daripada hari ini. Hidup bergelumang dengan hutang dah lama menjadi sebahagian daripada hidup kita. Habis je belajar, kita dah ada hutang berpuluh ribu. Sakit mata bila kita terpaksa bersusah payah membayar hutang tapi segelintir pihak yang berkepentingan dalam negara, hidup mewah sedangkan mereka inilah yang melaung2kan supaya kita hidup berjimat cermat. Lihat saja isu NFC, Hutang TS Taib Mahmud, gaya hidup mewah para menteri sedangkan kita rakyat biasa dihimpi dengan desakan hidup.

Itu belum dikira harga kereta yang melampau, harga rumah yang mencekik leher, tol2 bersepah di jalan raya, kos makanan yang juga meningkat setiap tahun... Aku tanya kat korang yang gaji lebih kurang sama mcm aku (2000-2500) setiap bulan yang bekerja di KL dan duduk menyewa, memiliki kereta...cukup ke gaji korang tu? Mampu tak nk bayar PTPTN berpuluh ribu?

Itu pun kalau graduan tu betul2 dapat kerja dengan gaji yang setimpal dengan kelulusan...kalau gaji lagi rendah dari tu mcm mana? Tak tercekik ke rasanya?

2. Graduan penggerak ekonomi dan pembangunan negara
Habis saja belajar, graduan akan bekerja. Mereka akan menjadi penyumbang kepada ekonomi negara. Dengan segala cukai yang ada dalam negara ni, dengan keringat mereka menyumbang kepada pembangunan negara... Sepatutnya graduan ini menjadi satu bentuk pelaburan kepada negara yang akhirnya nanti akan memberi pulangan dalam bentuk pembangunan. Betul tak?

Segala ilmu dan kepakaran mereka akan digunakan oleh pelbagai sektor... Negara jugak yang untung kan? Bukan bagi belajar percuma tu nak suruh mereka jadi biawak hidup...

3. Ilmu tetap dihargai
Kenapa perlu prejudis terhadap masyakat sendiri? Kadang2 kita sendiri yang kata...alah, kalau pendidikan percuma, mesti x hargai..ye lah menda free...sebenarnya aku rasa diorang ni cakap pasal diri sendiri je... Adik beradik aku 8 orang. yang sulung sampai yang no 6 semuanya tanggungan kerajaan semasa belajar. tapi Alhamdulillah semuanya grad... Aku tak nampak kat mana yang mereka main2 sebab semuanya dah berjaya dalam bidang masing2... Cuba plak kita lihat pelajar2 yang jadi tanggungan  FELDA yang dihantar sambung belajar ke IPT... berapa percent yang main2? kalau melebihi 50% yang main2, aku leh setuju pendidikan percuma ni mengarut...but hanya may be sorang dua je yang main2, habis semua penuntut IPT tu main2...typical thinking ar mcm tu..!!

Dan aku tak rasa yang melanjutkan pelajaran ke IPT tu betul2 percuma kalau pendidikan percuma dilaksanakan... sebabnya, para penuntut yang mahu melanjutkan pelajaran ni akan berusaha, belajar, hadiri kelas tuisyen, beli buku untuk dapat keputusan cemerlang semasa di sekolah untuk menempatkan diri di IPT...itu lah BAYARAN yang paling MAHAL untuk mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi.

Kalau cakap pasal duit, ada jugak yang dapat keputusan yang baik semasa SPM dan STPM yang tak mahu sambung belajar ke IPT sebab tak mahu tanggung hutang lepas habis belajar... nak tanggung pelajaran sendiri memang tak mampu...........


4. Ketidak adilan dalam pengagihan ekonomi
Pendidikan merupakan satu tanggungjawab yang harus dibekalkan kepada rakyat... Sepatutnya tidak menjadi liabiliti kepada rakyat untuk mendapatkan sesuatu yang akhirnya kembali menjadi pulangan kepada kerajaan. Kenapa tanggungjawab memberikan pendidikan percuma dianggap akan memusnahkan negara sedangkan kada rasuah, kronisme itu lebih membawa kepada kemusnahan negara... Lihat saja penyelewengan yang telah berlaku dalam negara kita... Kalaulah semua figure itu dimasukkan ke dalam dana pendidikan alangkah bagusnya....

Tapi aku setuju hutang PTPTN dibayar sekiranya kita boleh nampak pulangannya kepad rakyat seperti pembangunan nilai modal insan ke, penaiktarafan sekolah2 ke...masalahnya aku tak nampak semua tu...sebab tu aku rasa malas nk bayar PTPTN...(tapi aku bayar gak kadang2walau pun malas...takut doa tak diterima...)

Terpulanglah pada hati yang menilai...........................


Sumber gambar : Malaysian gags

5 comments:

BERT said...

tu pon ade yang buta lagi

nik rosmawati said...

btol.ade yg sanggup tak blaja sebab takut tanggung hutang.sian kan,

Nurul Syuhada said...

hurmmm...sebab ramai kawan sy mcm tu...x nk smbg belajar sbb tanak tanggung hutang... demotivated sudahnya...

Ahmad Shukri Mokhtar said...

when there's a will, there will be a way.. Kalau nak hapuskan PPTN, anda harus mencapai keputusan yg cemerlang , dan ia akan bertukar menjadi biasiswa.. Universiti atau atau kolej bukan jaminan anda mencapai kejayaan dlm hdup, kerana manusia yg makan gaji telah menolak sunnah Rasullulah.. Universiti tempat menimba dan memantapkan ilmu tetapi, skrg ini ia bertukar menjadi seperti Pej. Buruh sahaja. Masyarakat harus mengubah persepsi kejayaan hdup bknlah kpd berapa bnyk gaji anda.. Krn ia cuma apabila anda bleh bkrja. Cuba kira pendapatan yg mampu diraih oleh seorang pakar bedah apabila dia terlibat kemalangan jalanraya yg mengakibatkan beliau kehilangan kedua belah tangannya.. Kosong!. Dan kerja profesional ini tidak boleh diwarisi. Dalam contoh pakar bedah tadi, apakah beliau boleh menyerahkan tugasnya kpd istrinya, anak nya, atau sesiapa melainkan yg menggantikannya adalah seorang yg layak menggantikan tugasnya.

Nurul Syuhada said...

kalau kedua2 tangan dia kudung...x de punca rezeki...mcm mana nk bayar PTPTN....huhuhuhu...