Nuffnang Ads

me&bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

me & bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, June 29, 2012

Irma Hasmie...semoga berbahagia....

Dahulunya, aku bukanlah seorang peminat Irma Hasmie...minat pun tak, benci pun takde lah... Bila die mula bertudung pun, aku wat tak endah je...

sebab kadang2 aku tengok perempuan yang mula berubah ni setakat pakai tudung belit2 kepala je....pakai tudung hanya nak jadi fesyen je...segelintirlah..bukan semua...
 Tapi semakin banyak aku lihat penampilan Irma Hasmie ni, semakin aku akui keikhlasan die untuk berubah... Cuba tengok paras tudung dia...melebihi dada kan?

Ini maknanya die faham konsep menutup aurat tu... Tudung labuh dengan baju besar yang langsung tak menampakkan susuk badan... Alhamdulillah...sejuk mata memandang...

Dia yang dahulunya lebih dikenali dengan imej seksi, kini mula beralih menjadi muslimah sejati...Inilah yang dinamakan Hidayah Allah...

Syukur ya Tuhan....

Perubahan Irma Hasmi ni bukan sahaja menyejukkan mata, malah mampu menukar persepsi sesetengah gadis yang enggan menutup aurat kerana menganggap ianya menyekat kebebasan berfesyen....
 Walhal sebenarnya menutup aurat itu tampak lebih manis dan memikat...

Aku doakan Irma Hasmi akan berbahagia bersama dengan asbennya yang kacak (sgt secocok..!!!) dan dirahmati Allah hingga ke syurga....amin.... (Sumber gambar ; Hatta Dolmat)

Thursday, June 28, 2012

"GiveAway Contest Gila Buasir Otak: Watak Kegemaran"

 AWAS...!! Ini adalah entry BLUE....!!

Aku memang rajin membaca blog orang lain walau pun aku kesuntukan masa untuk update blog sendiri..since aku mmg baca sume entry Prince Noob ..aku cam tertarik dengan contest ni...aku pun bukanlah minat sgt nak join contest sebab kekangan masa (chewah..) but tajuk contest ni buat aku mencuri2 mase lunch yang lama di hari Jumaat yang mulia ini untuk berkongsi rasa dan minat dlm blog aku neh....hehehe...

Muke orang cari idea...hehehehe...
  Mukadimah je baru tu...

Oleh hal yang demikian, aku telah mengambil inisiatif untuk join jugak dan selongkar gambar2 lama sebagi bukti terhadap segala fakta yang aku bagi..huhu...

Sebenarnye aku penah tulis pasal watak kartun kesukaan aku but takpe lah...aku menulis lagi untuk kali kedua...ngee~~~ sila baca entry ini..

Fist step aku dah buat sebulan lepas dengan memfollow blog beliau.. (DONE)

Second, 



Buat tajuk tentang "GiveAway Contest Gila Buasir Otak: Watak Kegemaran" dan letak header di atas... (DONE)

Third, letak 1 (HANYA SATU sahaja) gambar Watak Kegemaran tidak kira daripada mana2 Anime, Manga, Game, Filem, Drama, Kartun, Komik dan lain2 tidak kisah samada dari Malaysia, Jepun, US atau dari mana2 sahaja.

Okeh Prince Noob...ini entry saya tentang watak kartun kegemaran saya iaitu...
Comel kan...?hehehe....

Rasanya ramai yang minat kartun doremon neh...tapi sekarang selalu sgt miss rancangan ni sebab dia siarkan time maghrib...asal la tak wat pukul 6.30 ke...aduh....

PERTAMA, aku minat doremon sebab doraemon adalah watak yang bagi aku agak unik dan kreatif..menurut abang aku, pencipta watak Doraemon ni Mr Fujiko kalau x salah mendapat idea untuk mencipta watak kartun ini ketika beliau masih kecil... Ketika zaman kanak2, die selalu kena buli dengan kawan2...bila kena buli..die selalu menangis sambil membayangkan ada makhluk yang baik hati yang akan sentiasa berada di sisi apabila die dalam kesusahan....
Sebab tulah banyak siri dalam cite doraemon ni banyak kisah Nobita kena buli kan..? Sebenarnya itu membayangkan keadaan diri pencipta watak ini ketika kecik...

Sebab KEDUA minat doremon ialah aku rasa awet muda...perasan tak watak ni x pernah berubah usia...Nobita tetap kanak-kanak, mak ayah die x tua2..dan itu sajelah watak die dpd dulu sampai sekarang...dengan aku-aku sekali feeling muda mase tengok citer ni..heheh...x dpt bayang muka derang tua...ade mcm ni x agaknya?hahahaha....
Minat yang mendalam terhadap watak kartun ini menyebabkan aku dihadiahkan seekor Kucing Biru yang kini berada di kamar beradu ku..hehehe...

Hadiah ini diberikan oleh tunang aku beberapa bulan lepas..aku sendiri pun xtau apa motif die hadiahkan mende ni sebab time tu bukan besday aku atau apa2 tarikh penting pun..hahaha...but, TQ so much Bam.. :)
                                    ** Kesian teddy bear pink aku..hak die dinafikan...hahaha

Rasanya tu jelah kutt yang boleh dikongsikan...nak baca lagi kenapa aku minat doremon, leh refer entry aku sebelum ni..huhuhu... http://luvayoie.blogspot.com/2011/09/suka-doraemon.html

Kuiz...senaraikan beberapa persamaan antara mereka...kiki..jangan marah bam...gurau2 jaa...hahahhahaa..!!!

Monday, June 4, 2012

Aku Melayu kerana.....

Aku Melayu kerana perkara berikut.... 

a) Aku bercakap lebih dalam bahasa Melayu berbanding bahasa lain...
b) Aku makan nasik, sama mcm org melayu yang lain....
c) Aku ikut adat melayu sikit2....mcm tunduk bila jalan depan orang tua, cium tangan bila bersalam...
d) Aku melayu sebab aku susah nak terima masakan budaya lain...mst rasa tak kenyang/./mesti nak cari Melayu jugak....
e) Aku suka pakai baju kurung

Dalam lima2 perkara ni, kenapa orang sibuk nak pertahankan Melayu..?sebab bahasa..? sebab makanan..? sebab adat..? sebab budaya...?sebab pakaian..?

Cuba kita tengok...budaya mat rempit banyak bangsa apa..?
buang anak banyak anak bangsa apa..?
kat pusat serenti banyak bangsa apa...?
Inilah akibat terlalu taksub kepada bangsa sahaja...Melayu..melayu..melayu..bosan lah...kalau hidup cara melayu mmg ada dalam bangsa kita yang kuat mengata, mengumpat, dengki mendengki...sebab dalam bangsa melayu kita takde kitab yang boleh kita jadikan panduan...
Kan lebih baik hidup cara Islam...cubalah bayangkan, ajaran Islam tu bermula daripada kita tidur sampai lah kita tidur balik...

Kita mula dengan tidur..ade panduan...baca doa, tidur mengiring, jangan terlentang..jangan terlangkup...Bangun je tidur, baca doa  pulak, ucap alhamdulillah...

Pastu mandi pulak, masuk tandas mula dengan kaki kanan, baca doa lagi...mandi pun kena beradap..takleh mandi mcm toyol...

Keluar tandas, baca doa lagi, mula dengan kaki kiri.....itu baru lebih kurang 30 minit selepas kita bangkit dari tidur....
Bayangkan dalam urusan dunia kita yang lain, ekonomi, politik, sosial dan segalanya ada diterangkan dalam Quran dan hadis...

Islam itu perlu lebih dipertahankan berbanding bangsa...sebab Islam tu merangkumi semua aspek kehidupan manusia...dalam erti kata lain..syumul....

So, perlu ke bersyukur jadi orang Melayu? aku rasa tak...cuma aku bersyukur dan berbangga dilahirkan sebagai salah satu umat Islam di muka bumi Allah ini....

Tapi adat tu boleh je nak ikut selagi tak bercanggah dalam Islam..maka tak salah kalau kita lalu depan orang tua dengan menundukkan diri sebagai tanda hormat....
Macam tu jugak kalau dilihat dalam adat merisik/bertunang di Negeri Sembilan, ada kain yang menutup dinding utk ketua suku dan ketua rombongan meminang ketika berbincang tentang majlis perkahwinan yang bakal diadakan....
Kain yang direntang adalah simbolik kepada adat menghormati tetamu...menurut mak aku, asalnya kain ini diletakkan di dinding dan di gantung di siling kerana pada zaman dahulu kan org kampung tu orang susah...rumah dah usang...jadi disebabkan ade tetamu nak datang, maka dinding papan dan siling yang usang itu dilindungi dengan kain supaya menutup keaiban rumahnya utk menghormati tetamu yang hadir...

Sebab tu kena utamakan Agama sebelum menda lain..mende basic mcm ni kalau x faham mmg susah untuk kita menilai tentang kepentingan memperjuangan Islam lebih daripada memperjuangkan bangsa sendiri.



Friday, June 1, 2012

kenyataan balas dpd Tunang aku...

Selepas meneliti blog aku tempoh hari, tunang aku menyatakan aku patut rasa beruntung sebab memiliki beliau.... Mari kita hayati alasan beliau...

Kategori 1 - Perempuan budak sekolah

a) Lelaki jambu

 "Aku memang jambu mase sekolah dulu.... ramai gadis tergila2kan aku..kau je tak tau...dan aku masih jambu hingga kini..."

b) Atlet sekolah
 "Aku kat sekolah dulu main bola tau tak...haaa...ko tgk la aku masih aktif main bola...huh..!!

c) Pengawas sekolah

 "Bagi melengkapkan pakej lelaki idaman..aku jugak pengawas sekolah kalau kau nak tau.."
Zaman berlalu, usia meningkat....naik pula ke level kedua...
Kategori 2 - Penuntut IPT

Pada kategori ini, faktor X selalunya diberikan keutamaan...

a) Yang stylo
 
"aku mase zaman student stylo...rambut style taw takk!!"
b) Yang bawa kereta

"Aku ade kerete...ko jangan la risau walau pun kampeni yang kasi...ahhahahaa..."

c) Member sekelas
"Aku ni kelas takde pempuan..so ko takyah risau aku takde rekod kapel ngan kawan sekelas...hahaha..."
Zaman berlalu, usia meningkat....naik pula ke level ketiga...
Kategori 3 - Dah kerja
a) Bad boy
"Aku kan dikenali dengan nama budak nakal..ishhh..tu pun nak aku bg tau lagi...ishhh.."

b) Karier yang teguh
"Aku ni walau pun bergaji takde la beribu2...takat nak tanggung kau sorang leh sangattt lah..insyallah.. :) "

c) Yang lucu
"Bukan ke aku selalu buat kau ketawa???aku ni kelakar betul tak..."

d) Romantik
 "Alah..takat nak romantik ngan kau, celah gigi je beb...tapi aku setia tau tak..bukan playboy..."

e) yang warak
  "Semoga dengan kewarakan aku leh membimbing kau ke jalan yang benarrr..."


"So, moral of the story ko kira beruntung dapat aku.."


Ni semua statement die yang aku olah semula...hahaha..yelah Bam oi...aku bertuah dapt ko..hahaa...cuma  rase tukujut sikit tgk ko kurus zaman dulu2...hahahahaha....