Nuffnang Ads

me&bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

me & bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, June 4, 2012

Aku Melayu kerana.....

Aku Melayu kerana perkara berikut.... 

a) Aku bercakap lebih dalam bahasa Melayu berbanding bahasa lain...
b) Aku makan nasik, sama mcm org melayu yang lain....
c) Aku ikut adat melayu sikit2....mcm tunduk bila jalan depan orang tua, cium tangan bila bersalam...
d) Aku melayu sebab aku susah nak terima masakan budaya lain...mst rasa tak kenyang/./mesti nak cari Melayu jugak....
e) Aku suka pakai baju kurung

Dalam lima2 perkara ni, kenapa orang sibuk nak pertahankan Melayu..?sebab bahasa..? sebab makanan..? sebab adat..? sebab budaya...?sebab pakaian..?

Cuba kita tengok...budaya mat rempit banyak bangsa apa..?
buang anak banyak anak bangsa apa..?
kat pusat serenti banyak bangsa apa...?
Inilah akibat terlalu taksub kepada bangsa sahaja...Melayu..melayu..melayu..bosan lah...kalau hidup cara melayu mmg ada dalam bangsa kita yang kuat mengata, mengumpat, dengki mendengki...sebab dalam bangsa melayu kita takde kitab yang boleh kita jadikan panduan...
Kan lebih baik hidup cara Islam...cubalah bayangkan, ajaran Islam tu bermula daripada kita tidur sampai lah kita tidur balik...

Kita mula dengan tidur..ade panduan...baca doa, tidur mengiring, jangan terlentang..jangan terlangkup...Bangun je tidur, baca doa  pulak, ucap alhamdulillah...

Pastu mandi pulak, masuk tandas mula dengan kaki kanan, baca doa lagi...mandi pun kena beradap..takleh mandi mcm toyol...

Keluar tandas, baca doa lagi, mula dengan kaki kiri.....itu baru lebih kurang 30 minit selepas kita bangkit dari tidur....
Bayangkan dalam urusan dunia kita yang lain, ekonomi, politik, sosial dan segalanya ada diterangkan dalam Quran dan hadis...

Islam itu perlu lebih dipertahankan berbanding bangsa...sebab Islam tu merangkumi semua aspek kehidupan manusia...dalam erti kata lain..syumul....

So, perlu ke bersyukur jadi orang Melayu? aku rasa tak...cuma aku bersyukur dan berbangga dilahirkan sebagai salah satu umat Islam di muka bumi Allah ini....

Tapi adat tu boleh je nak ikut selagi tak bercanggah dalam Islam..maka tak salah kalau kita lalu depan orang tua dengan menundukkan diri sebagai tanda hormat....
Macam tu jugak kalau dilihat dalam adat merisik/bertunang di Negeri Sembilan, ada kain yang menutup dinding utk ketua suku dan ketua rombongan meminang ketika berbincang tentang majlis perkahwinan yang bakal diadakan....
Kain yang direntang adalah simbolik kepada adat menghormati tetamu...menurut mak aku, asalnya kain ini diletakkan di dinding dan di gantung di siling kerana pada zaman dahulu kan org kampung tu orang susah...rumah dah usang...jadi disebabkan ade tetamu nak datang, maka dinding papan dan siling yang usang itu dilindungi dengan kain supaya menutup keaiban rumahnya utk menghormati tetamu yang hadir...

Sebab tu kena utamakan Agama sebelum menda lain..mende basic mcm ni kalau x faham mmg susah untuk kita menilai tentang kepentingan memperjuangan Islam lebih daripada memperjuangkan bangsa sendiri.



3 comments:

KhaiRin : anies said...

bkn org x fhm tp buat2 x fhm

Ahmad Shukri Mokhtar said...

haaa. Nampak nya kalau kita tak mementingkan bangsa kita jugak gagal menghayati sunnatullah. Anda pasti jumpa ayat al Quran tentang kpntingan bangsa. Namun harus ada keserdehanaan bukan melebih2 atau tiada langsung.. Kita harus bersyukur dilahirkan sebagai org melayu krn jika anda benar2 bergaul dgn pelbagai bangsa anda akan sedar betapa tingginya tamadun melayu.. Namun kita tertinggal jauh kerana sering mengambil mudah suatu keputusan. Samaada penting atau biasa biasa. Iaitu bijaksana, berpandangan jauh.

Nurul Syuhada said...

Allah sengaja mencipta manusia itu dalam pelbagai kaum dan bangsa supaya saling berkenalan...bukan saling memperjuangkan bangsa masing2...itu assabiyah namanya...Islam itu indah dan sempurna.... :)