Nuffnang Ads

me&bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

me & bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 15, 2013

HKR 112 - Komen aku..kali ni bukan sarcasm..

Ramai yang macam confuse dengan penulisan aku dalam post sebelum ni. Yelah mungkin selama ni aku menulis straight to the point. Aku sengaja menukar cara penulisan aku supaya memperlihatkan kelainan dlm penulisan..hehehe..

Ok lah, kali ni aku explain betul2...baca dengan teliti apa dia HKR dari sudut pandangan aku... Dan pandangan aku sama sekali tidak mewakili mana2 organisasi politik atau bdan2 lain..huhuhu...Apa yang aku tulis adalah mengikut kefahaman aku sendiri.

Tujuan Aku

Tujuan aku untuk join Himpunan Kebangkitan Rakyat 112 adalah sebab untuk menjadi saksi pada perhimpunan kali ini setelah beberapa kali kecewa x dpt join perhimpuan2 terdahulu disebabkan macam2 agenda lain. Memang dah jadi sifat semulajadi aku untuk betul2 faham dan ikut apa yang aku minat. Ade yang kata aku "rajin benor join mende2 mcm neh".  Alah, tak yah kelentong aku laa..korang pun ade pegi mana2 event yang orang lain x minat. Contohnya PAU,konsert K-pop, Jom Heboh, Himpunan Jutaan Belia...betul tak? Jangan sesekali sama kan minat kita dengan orang lain. Aku minat politik, kau x minat, kau jangan kondem orang yang minat... Aku pun x minat kondem apa yg kau minat...unless..!! mende tu sangat bercanggah dengan akidah, sosial dan moral... Contohnya perkahwinan sesama jantina.. (Aku kasi contoh je..!!) sebab mende tu mmg bertentangan dengan fitrah manusia.

Apa Itu HKR pada mata aku?

HKR sebenarnya merupakan sebuah perhimpuan gergasi yang mengumpulkan segenap lapisan masyarakat yang bersetuju dengan tuntutan2 yang disenaraikan oleh pihak penganjur. (Aku harap korang rajin nak cari deklarasi HKR dan fahamkan..)

HKR jugak dianjurkan oleh badan2 NGO dan komponen politik PR (Pakatan Rakyat). NGO2 ini mewakili apa yang diperjuangkan oleh badan masing2. Contoh yang korang mungkin familiar, Bersih, Hijau, Anak Felda dan sebagainya. (aku x ingat nama betul NGO nih..korang cari sendiri kalau nak.. :p )

Mereka ada agenda yang diusulkan tetapi dipandang sepi oleh kerajaan . Sebab itulah diorang organize Himpunan ni untuk dapat sokongan ramai. Semasa himpunan inilah mereka menerangkan mengapa NGO2 ini ditubuhkan dan mengapa mereka memperjuangkan agenda masing2.

Kalau Bersih memperjuangkan pilihanraya yang bersih dan adil, Hijau dengan penentangan terhadap Lynas, Anak Felda memperjuangkan kaum2 Felda yang ditindas, aku baru buka mata terhadap isu yang aku tak perasan iaitu Kaum Orang Asal (Asli) semenanjung yang telah lama dipinggirkan. Ada juga isu tentang warisan negara yang kian tergadai (Aku masih marah dengan penjara pudu yang telah dirobohkan..!!)

Kalau aku nak senaraikan kat sini mmg jenuh weh..banyak gila isu2 yang diutarakan...

Tapi itulah dia HKR 112. Setiap wakil daripada badan2 tu menerangkan apa yang diperjuangkan.

Kenapa Beribu2 orang pergi..??

Yelah, kalau nak perjuangkan sesuatu takkan 4-5 orang je nak pegikan...itu syok sendiri namanya...so, kenala raih sokongan daripada orang lain. So based ada org total orang yang pergi, agak2 ramai x sebenarnya yang sokong HKR ni..? Itu pun x termasuk golongan2 yang sokong, tapi malas join atau nk join tp ade hal lain...

Petikan Ucapan yang aku masih ingat..

Antara petikan ucapan yang aku masih ingat..(ayat aku belasah tp maksud sama)

Lim Kit Siang Lim Guan Eng- Kita jangan jadi macam BN, kasi tangan kanan, tangan kiri ambik balik, dia kasi BR1M, tapi die taruk AES..!! - (tq pada yang betulkan...aku tgh eksaitet menaip td tersasul taip nama org lain...hahaha)

Hadi Awang - Memang negeri di bawah PR byk masalah..tp masalah yang kami hadapi ini diwarisi dpd kerajaan sebelumnya..apa selama 55 tahun ni hampa tido ka..??Tapi nak salahkan kami plak..!

Warisan / Khazanah negara (aku x ingt nama NGO ni) - Diorang ni nak jadi menteri ke broker tanah?? Semua tanah negara nak dijual..!! Lihat saja apa yang terjadi pada Pulau Batu Putih..!!

Orang Asal Semenanjung - Kami pun mahu duduk sebaris dengan anda...!! Kami dah lama ketinggalan...!! Kami mahu nasib kami dibela

dan macam2 ucapan lagi yang agak terkesan kat hati aku..

Kenapa perlu himpunan..time PRU nti undi jelah...!!

Ini antara komen2 yang aku biasa baca...tapi skrg ni korang kena faham..Himpunan ni nak dapatkan sokongan ramai...kenapa kena sokongan ramai?? sebab, bila sokongan ramai, mende ni jadi besar..kalau setakat sembang kat FB je, may be ramai yang terlepas pandang..terutama yang x layan FB..bila mende ni besar, akan dpt perhatian media...bila dapat perhatian media, mudahla diorang nk sebarkan maklumat utk raih sokongan... (x sesia ade subjek Media dan Masyarakat dalam B.Comm..hehehe..) yang x minat politik pun akan tertanya2, HKR tu natang apa? secara x langsung, ianya akan mempromosikan ideologi pihak penganjur...dapat x? Kalau x faham emel aku atau komen kat bawah ni....nti aku reply..hehehe.. :p

Kami Perosak bangsa..!! Pengkhianat negara..!!

Mende ni sejujurnya statement yang paling aku menyampah...korang ingat yang pegi ni semua anti kerajaan ke?anti najib ke?anti BN ke?anti Umno ke? Sejujurnya TIDAK...!!

Kami benci PENYALAHGUNAAN KUASA..!!

Ok cuba korang bayangkan yang korang keje kat satu syarikat dengan bersungguh2...kampeni berjalan lancar, keuntungan naik...for sure dalam hati korang nak rewards. sama ada dalam bentuk kenaikan gaji, bonus, faedah2 cuti, insurans dan sebagainya..

Tapi bos korang cakap...aku dah amek ko keje sini pun untung..!! Kalau ko x keje sini ko mengganggur makan rumput kat luar sana..!! Patutnya korang bersyukur..bukan mintak macam2..!!

Tambah menyedihkan lagi, die bg jawatan2 penting syarikat dengan gaji tinggi kat kawan2 baik diorang yang sikit pun x pandang korang...korang masih mcm tu..jadi kuli yang tak dibela..

Ok dalam kes ni, korang boleh cakap keluar dpd kampeni n cari kampeni lain..sebab kampeni tu bos korang punya.. jawapannya mmg betul..tp kalau mende ni berlaku dalam negara kita yang tercinta ni..ape ke hal ko nak g negara lain? ko lahir sini, ko bayar cukai sini, kau majukan negara ni...tetiba kena g negara lain..negara ni kita punya..!! kita ada hak nak tukar pemimpin..!! kenapa jasa kerajaan itu yang asik diungkit2...bukan sesiapa yang beli negara ni dan jadi negara ni milik dia sorang..dia sorang je leh buat keputusan..!! itu diktator namanya..kat Korea Utara leh la buat..ini Malaysia beb..!!

alangkan pemimpin pemimpin negara yang miskin pun tetap kena tunaikan tanggungjawab sebagai pemimpin, ini kan plak negara kita yang kaya dengan hasil bumi neh...takkan nak bersyukur memanjang tanpa ada usaha nk tingkatkan kualiti hidup...redha itu ikhlas...pasrah itu mnyerah..!!

So kawan2 yang tanya tu, aku harap mende ni clear..penat la nk explain..huhuhu...again, ini jawapan aku dan x mewakili sesiapa...aku ckp apa yg aku faham...kalau aku salah bg fakta, tlg tinggalkan komen...aku kan manusia...kadang2 buat silap :p

nantikan entry aku lepas ni tentang Free Education.............. ;)

Sunday, January 13, 2013

HKR 112 - Indah Khabar Daripada Rupa...!

 Ini aku..di HKR 112...

Seriusli, HKR 112 memang indah khabar daripada rupa...Menyesal aku buang masa datang sini dan join. Baik lepak kat rumah makan keropok lekor..!! Berikut antara mende2 yang berlaku sepanjang HKR 112 tempoh hari.

1. Jalan raya sesak
 Jalan raya sesak dengan kenderaan... Semua kenderaan berpusu2 ke Stadium Merdeka... Dorang degil tak nak naik kenderaan awam bagi mengurangkan kesesakan... Menyusahkan orang..!!

2. Peniaga rugi

Para peniaga sangat takut untuk berniaga. Mereka mengalami kerugian yang amat dahsyat. Apa taknya, dibuatnya para peserta ni bergaduh ke apa, mereka pun terima tempiasnya. Menyusahkan para peniaga untuk mencari rezeki shj..!!


3. Perempuan yang datang semua seksi meksi.
Hari tu kutuk DS Najib jemput K-pop mase Phimpunan jutaan belia..alih2 yang dtg HKR pun sama...kebanyakan perempuan yang datang semuanya berpakaian seksi dan mencolok mata.Korang tengok je la ni...berdarah mata melihat 'keseksian' mereka.

4. Yang datang konfem x semayang.
Korang pun tau2 je la..surau kat stadium ni mana muat semua orang nak masuk. So mestilah diorang x semayang kan...sia2 buat dosa je datang sini tau tak..!! X pasal2 tinggal sembahyang...

5. LRT mengalami kerugian...

Yelah, cuba bayangkan kalau semua orang yang datang sini naik kereta... LRT x naik, penumpang biasa pun tak nak naik sebab takut jumpa peserta yang buat kacau dalam LRT...gila..kalau tiba2 bergaduh macam mana...

6. Polis dan peserta saling bergaduh dan bertumbuk

Ibarat anjing dengan kucing, gitulah ibaratnya hubungan peserta HKR 112 dengan polis...mmg langsung tak boleh berjumpe..asal jumpe mst nk bertumbuk..!!


7. Sesak dan bersentuhan
Segalanya sesak dan berasak2..langsung takde space untuk duduk dengan selesa...mereka sume ambik kesempatan nak buat maksiat kat sini dengan bergesel2 antara satu sama lain...

8. Pemimpin PR semua sombong2 belaka
Ini dpd FB
Angkuh dan berlagak. Belum menang dah eksyen duduk kerusi empuk di saat semua org duduk tengah panas... mase nk balik, siap aku panggil2 lagi mereka..saje la nk amek gambar..tp cuma dibalas dengan jelingan tajam..!!

9. Berterabur dan tidak tertib.
Ade yang mengangkang, langkah kepala orang, takde adab, sampah sepah2...tu je la yang diorang tau stp kali buat perhimpunan...grrrr....!!!

10. Cina India takde
Yang datang cuma Melayu...yelah sikap melayu mmg suka membangkang..xde la keje lain nak dibuatnye...huh..!!

11. Kerana seorang perempuan
Siapa Si Shamsidar tu? dok nak bela smpi beribu2 orang berhimpun ni dapat apa sebenarnya?


Itu lah yang aku terfikir buat masa ni... So kesimpulannya, aku nyesal join HKR 112..!!

**Sila pastikan level sarcasm anda melebihi piawaian... :D


Thursday, January 3, 2013

blog feberet aku

Even aku jarang update blog, dan lagi pun aku bukan blogger top ngetop..hehehe..aku mmg suke baca blog...ade  6 blog yang aku salu terjah dan boleh dikatekan blog diorang ni kbykkannya lelaki....

ini bukan blog yg berasaskan politik semata2...yg politik aku mmg suka baca cuma x nak share kat sini...itu aku letak dlm kategori lain..hehehe...

 1. Cursing Malay 

Blog ni aku terjah since 2010 kalau x salah aku dan blog ni lahir sejak 2006... ayat die kritis dan makan dalam...hehehe...dalam 90% percent artikel die aku setuju...cara die berhujah mmg die ade point yang tersendiri...bukan sekadar "bagi sy terpulang pada masing"... no..die ade hujah..dan hujah die agak kuat dan membuka mata...

2. Buasirotak

Blog ni agak hijau dalam dunia blog...tapi cara die menulis mcm blogger otai...walau pun aku bukan 100% setuju dgn apa yg die cakap, tapi aku suka dengan cara die berfikir... Dia ni jugak antara blogger yg selalu kena hentam kat blog2 top lain sebab suka promo blog die... hehehe..masing2 ade cara sendiri kan... dan blog die agak kritis terhadap isu2 semasa...agak kuat berblog yang mana aku rasa penulis die bukan seorang sebab hampir setiap hari die berblog...
 
3. blogbeginsatforty

Blog ni aku baru je singgah, tapi terus melekat..siyess...sebab  lawak tengok cara presentation blog die...sume entry ade muka die dan yang paling penting, ianya statik...hahaha....pada aku keyakinan diri die agak tinggi sebab die akan camwhore dimana dia berada dan dia akan kupas topik berdasarkan gambar dia...tapi ade jugak yang kata muka die mcm uncle seekers..hehehe...

4. Keretamayat

Blog yang aku berkenalan mase tahun 2009.. Blog yg da ade memiliki buku sendiri..wow...cara die berblog agak unik..x tau nk describe mcm mana...tp die kalau hentam orang mmg leh makan dalam oooo...blog ini boleh dikatakan agak islamik walaupun some time ayat die macam kasar...

5.  Jejaka terhangat

Cik jejaka terhangat..bile nk update blog...huhuhu...lama gila dia x update dah..mana beliau pg aku x sure...dia ni pun sama suka berhujah dan kupas isu2..antara menda yang aku suka, die suka bg tips dan panduan....terutama dalam hal ehwal blog... :p harap update dgn lebih kerap lepas ni yaaa..!!
 
6. Kak senduk


Kalau dilihat pada penyampaian, rasanya kita tau orangnya bagaimana..hahahaha...walaupun nama dia kak, tapi die dilahirkan sbg "abg" . Penulisan blog dia agak santai dan kita akan berimaginasi dengan tulisan dia...sebab dia suka cerita sesuatu peristiwa yang berlaku dengan cara yang santai dan lucu..masih teringat kisah die marah anak india jatuhkan barang kat kedai padahal dia yang buat,...kikikiki...harap kak senduk lebih aktif berblog lepas ni..

7. ayeemayam

Budak ni kalau jumpe mau tergelak 24 jam...die agak kreatif may be sebab die pun muda lg dpd aku...dengan grafik, cara kartun die dilukis, cara penyampaian dia...tengok header pun dah tau die macam mana kan...die mmg utilize skill yg die ade dlm bidang blog ni... tips yang die bg mmg karut gila tp mmg lucu...kepada encik ayem, i sajes u masuk raja lawak la...u got the talent...hohohoho...


Tulah antara blog2 yang aku suka baca walau pun x komen sgt..hehehe...utk sume blogger di atas, I am your silent reader...keep on blogging...!!


Lokasi pelbagai rasa

Kat dunia ni mmg ada banyak tempat2 yg menarik dan popular utk dikunjungi yang mampu memberikan pelbagai rasa..secara kesimpulannya ialah seperti di bawah.. :) 

1. kelegaan

2. kesegaran

3. kelaparan

 4.  marah

5.   kecewa / gembira

6.  boring

7.  mengantuk

8. bazir

9.  insaf

10. tenang