Nuffnang Ads

me&bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

me & bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, January 13, 2013

HKR 112 - Indah Khabar Daripada Rupa...!

 Ini aku..di HKR 112...

Seriusli, HKR 112 memang indah khabar daripada rupa...Menyesal aku buang masa datang sini dan join. Baik lepak kat rumah makan keropok lekor..!! Berikut antara mende2 yang berlaku sepanjang HKR 112 tempoh hari.

1. Jalan raya sesak
 Jalan raya sesak dengan kenderaan... Semua kenderaan berpusu2 ke Stadium Merdeka... Dorang degil tak nak naik kenderaan awam bagi mengurangkan kesesakan... Menyusahkan orang..!!

2. Peniaga rugi

Para peniaga sangat takut untuk berniaga. Mereka mengalami kerugian yang amat dahsyat. Apa taknya, dibuatnya para peserta ni bergaduh ke apa, mereka pun terima tempiasnya. Menyusahkan para peniaga untuk mencari rezeki shj..!!


3. Perempuan yang datang semua seksi meksi.
Hari tu kutuk DS Najib jemput K-pop mase Phimpunan jutaan belia..alih2 yang dtg HKR pun sama...kebanyakan perempuan yang datang semuanya berpakaian seksi dan mencolok mata.Korang tengok je la ni...berdarah mata melihat 'keseksian' mereka.

4. Yang datang konfem x semayang.
Korang pun tau2 je la..surau kat stadium ni mana muat semua orang nak masuk. So mestilah diorang x semayang kan...sia2 buat dosa je datang sini tau tak..!! X pasal2 tinggal sembahyang...

5. LRT mengalami kerugian...

Yelah, cuba bayangkan kalau semua orang yang datang sini naik kereta... LRT x naik, penumpang biasa pun tak nak naik sebab takut jumpa peserta yang buat kacau dalam LRT...gila..kalau tiba2 bergaduh macam mana...

6. Polis dan peserta saling bergaduh dan bertumbuk

Ibarat anjing dengan kucing, gitulah ibaratnya hubungan peserta HKR 112 dengan polis...mmg langsung tak boleh berjumpe..asal jumpe mst nk bertumbuk..!!


7. Sesak dan bersentuhan
Segalanya sesak dan berasak2..langsung takde space untuk duduk dengan selesa...mereka sume ambik kesempatan nak buat maksiat kat sini dengan bergesel2 antara satu sama lain...

8. Pemimpin PR semua sombong2 belaka
Ini dpd FB
Angkuh dan berlagak. Belum menang dah eksyen duduk kerusi empuk di saat semua org duduk tengah panas... mase nk balik, siap aku panggil2 lagi mereka..saje la nk amek gambar..tp cuma dibalas dengan jelingan tajam..!!

9. Berterabur dan tidak tertib.
Ade yang mengangkang, langkah kepala orang, takde adab, sampah sepah2...tu je la yang diorang tau stp kali buat perhimpunan...grrrr....!!!

10. Cina India takde
Yang datang cuma Melayu...yelah sikap melayu mmg suka membangkang..xde la keje lain nak dibuatnye...huh..!!

11. Kerana seorang perempuan
Siapa Si Shamsidar tu? dok nak bela smpi beribu2 orang berhimpun ni dapat apa sebenarnya?


Itu lah yang aku terfikir buat masa ni... So kesimpulannya, aku nyesal join HKR 112..!!

**Sila pastikan level sarcasm anda melebihi piawaian... :D


12 comments:

ejulz said...

menarik.. penuh makna.. :)

-gedek! said...

Suka cara kamu tulis dalam sinis... macam dengar ceramah abang mat (sabu)

kah kah kah

Khairul Badri said...

hehehe.. sempoi...

Khairul Badri said...

hehehe... sempoi bak ang

pok cik said...

TERBAEKK..A+++++

pok cik said...

terbaekk...

Cik Lijah said...

Terbaik sis..!!

Cik Lijah said...

Terbaik sis..!!

abah khalisha said...

Menarik!jap-jap nani jd maskot ke hari tu.hehehe

izwan said...

wahhh....disebalaik kerugian rupanya....

Anonymous said...

so apa cerita sembahyang lain2 kiblat?

BERT said...

nyosa tak pergi haha