Nuffnang Ads

me&bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

me & bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 15, 2013

HKR 112 - Komen aku..kali ni bukan sarcasm..

Ramai yang macam confuse dengan penulisan aku dalam post sebelum ni. Yelah mungkin selama ni aku menulis straight to the point. Aku sengaja menukar cara penulisan aku supaya memperlihatkan kelainan dlm penulisan..hehehe..

Ok lah, kali ni aku explain betul2...baca dengan teliti apa dia HKR dari sudut pandangan aku... Dan pandangan aku sama sekali tidak mewakili mana2 organisasi politik atau bdan2 lain..huhuhu...Apa yang aku tulis adalah mengikut kefahaman aku sendiri.

Tujuan Aku

Tujuan aku untuk join Himpunan Kebangkitan Rakyat 112 adalah sebab untuk menjadi saksi pada perhimpunan kali ini setelah beberapa kali kecewa x dpt join perhimpuan2 terdahulu disebabkan macam2 agenda lain. Memang dah jadi sifat semulajadi aku untuk betul2 faham dan ikut apa yang aku minat. Ade yang kata aku "rajin benor join mende2 mcm neh".  Alah, tak yah kelentong aku laa..korang pun ade pegi mana2 event yang orang lain x minat. Contohnya PAU,konsert K-pop, Jom Heboh, Himpunan Jutaan Belia...betul tak? Jangan sesekali sama kan minat kita dengan orang lain. Aku minat politik, kau x minat, kau jangan kondem orang yang minat... Aku pun x minat kondem apa yg kau minat...unless..!! mende tu sangat bercanggah dengan akidah, sosial dan moral... Contohnya perkahwinan sesama jantina.. (Aku kasi contoh je..!!) sebab mende tu mmg bertentangan dengan fitrah manusia.

Apa Itu HKR pada mata aku?

HKR sebenarnya merupakan sebuah perhimpuan gergasi yang mengumpulkan segenap lapisan masyarakat yang bersetuju dengan tuntutan2 yang disenaraikan oleh pihak penganjur. (Aku harap korang rajin nak cari deklarasi HKR dan fahamkan..)

HKR jugak dianjurkan oleh badan2 NGO dan komponen politik PR (Pakatan Rakyat). NGO2 ini mewakili apa yang diperjuangkan oleh badan masing2. Contoh yang korang mungkin familiar, Bersih, Hijau, Anak Felda dan sebagainya. (aku x ingat nama betul NGO nih..korang cari sendiri kalau nak.. :p )

Mereka ada agenda yang diusulkan tetapi dipandang sepi oleh kerajaan . Sebab itulah diorang organize Himpunan ni untuk dapat sokongan ramai. Semasa himpunan inilah mereka menerangkan mengapa NGO2 ini ditubuhkan dan mengapa mereka memperjuangkan agenda masing2.

Kalau Bersih memperjuangkan pilihanraya yang bersih dan adil, Hijau dengan penentangan terhadap Lynas, Anak Felda memperjuangkan kaum2 Felda yang ditindas, aku baru buka mata terhadap isu yang aku tak perasan iaitu Kaum Orang Asal (Asli) semenanjung yang telah lama dipinggirkan. Ada juga isu tentang warisan negara yang kian tergadai (Aku masih marah dengan penjara pudu yang telah dirobohkan..!!)

Kalau aku nak senaraikan kat sini mmg jenuh weh..banyak gila isu2 yang diutarakan...

Tapi itulah dia HKR 112. Setiap wakil daripada badan2 tu menerangkan apa yang diperjuangkan.

Kenapa Beribu2 orang pergi..??

Yelah, kalau nak perjuangkan sesuatu takkan 4-5 orang je nak pegikan...itu syok sendiri namanya...so, kenala raih sokongan daripada orang lain. So based ada org total orang yang pergi, agak2 ramai x sebenarnya yang sokong HKR ni..? Itu pun x termasuk golongan2 yang sokong, tapi malas join atau nk join tp ade hal lain...

Petikan Ucapan yang aku masih ingat..

Antara petikan ucapan yang aku masih ingat..(ayat aku belasah tp maksud sama)

Lim Kit Siang Lim Guan Eng- Kita jangan jadi macam BN, kasi tangan kanan, tangan kiri ambik balik, dia kasi BR1M, tapi die taruk AES..!! - (tq pada yang betulkan...aku tgh eksaitet menaip td tersasul taip nama org lain...hahaha)

Hadi Awang - Memang negeri di bawah PR byk masalah..tp masalah yang kami hadapi ini diwarisi dpd kerajaan sebelumnya..apa selama 55 tahun ni hampa tido ka..??Tapi nak salahkan kami plak..!

Warisan / Khazanah negara (aku x ingt nama NGO ni) - Diorang ni nak jadi menteri ke broker tanah?? Semua tanah negara nak dijual..!! Lihat saja apa yang terjadi pada Pulau Batu Putih..!!

Orang Asal Semenanjung - Kami pun mahu duduk sebaris dengan anda...!! Kami dah lama ketinggalan...!! Kami mahu nasib kami dibela

dan macam2 ucapan lagi yang agak terkesan kat hati aku..

Kenapa perlu himpunan..time PRU nti undi jelah...!!

Ini antara komen2 yang aku biasa baca...tapi skrg ni korang kena faham..Himpunan ni nak dapatkan sokongan ramai...kenapa kena sokongan ramai?? sebab, bila sokongan ramai, mende ni jadi besar..kalau setakat sembang kat FB je, may be ramai yang terlepas pandang..terutama yang x layan FB..bila mende ni besar, akan dpt perhatian media...bila dapat perhatian media, mudahla diorang nk sebarkan maklumat utk raih sokongan... (x sesia ade subjek Media dan Masyarakat dalam B.Comm..hehehe..) yang x minat politik pun akan tertanya2, HKR tu natang apa? secara x langsung, ianya akan mempromosikan ideologi pihak penganjur...dapat x? Kalau x faham emel aku atau komen kat bawah ni....nti aku reply..hehehe.. :p

Kami Perosak bangsa..!! Pengkhianat negara..!!

Mende ni sejujurnya statement yang paling aku menyampah...korang ingat yang pegi ni semua anti kerajaan ke?anti najib ke?anti BN ke?anti Umno ke? Sejujurnya TIDAK...!!

Kami benci PENYALAHGUNAAN KUASA..!!

Ok cuba korang bayangkan yang korang keje kat satu syarikat dengan bersungguh2...kampeni berjalan lancar, keuntungan naik...for sure dalam hati korang nak rewards. sama ada dalam bentuk kenaikan gaji, bonus, faedah2 cuti, insurans dan sebagainya..

Tapi bos korang cakap...aku dah amek ko keje sini pun untung..!! Kalau ko x keje sini ko mengganggur makan rumput kat luar sana..!! Patutnya korang bersyukur..bukan mintak macam2..!!

Tambah menyedihkan lagi, die bg jawatan2 penting syarikat dengan gaji tinggi kat kawan2 baik diorang yang sikit pun x pandang korang...korang masih mcm tu..jadi kuli yang tak dibela..

Ok dalam kes ni, korang boleh cakap keluar dpd kampeni n cari kampeni lain..sebab kampeni tu bos korang punya.. jawapannya mmg betul..tp kalau mende ni berlaku dalam negara kita yang tercinta ni..ape ke hal ko nak g negara lain? ko lahir sini, ko bayar cukai sini, kau majukan negara ni...tetiba kena g negara lain..negara ni kita punya..!! kita ada hak nak tukar pemimpin..!! kenapa jasa kerajaan itu yang asik diungkit2...bukan sesiapa yang beli negara ni dan jadi negara ni milik dia sorang..dia sorang je leh buat keputusan..!! itu diktator namanya..kat Korea Utara leh la buat..ini Malaysia beb..!!

alangkan pemimpin pemimpin negara yang miskin pun tetap kena tunaikan tanggungjawab sebagai pemimpin, ini kan plak negara kita yang kaya dengan hasil bumi neh...takkan nak bersyukur memanjang tanpa ada usaha nk tingkatkan kualiti hidup...redha itu ikhlas...pasrah itu mnyerah..!!

So kawan2 yang tanya tu, aku harap mende ni clear..penat la nk explain..huhuhu...again, ini jawapan aku dan x mewakili sesiapa...aku ckp apa yg aku faham...kalau aku salah bg fakta, tlg tinggalkan komen...aku kan manusia...kadang2 buat silap :p

nantikan entry aku lepas ni tentang Free Education.............. ;)

2 comments:

isyqacombat said...

aku rs aku phm ape yg ko nak ckp.. tp tu r slalu disalah ertikan...sbb aku pon cam ko... heheh~~.. sbb aku pon cam ko...bile ckp terlebih ckit je kene hentam... hurm..

NANIEY said...

kekadang join himpunan camnie boleh tahu kebenaran tentang laporan yang dsediakan oleh media samada sahih or banyak tokok tambah..macam BERSIH hari tu, pihak A ckp lain..pihak B cakap lain.. kita xtau nk caya y mana..tapi bila join sendiri..kita boleh pk mana laporan y betul sebenarnya........ x gitu cik belon..wakaka~~~~