Nuffnang Ads

me&bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

me & bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, February 14, 2013

Pendidikan Percuma (finally habis jugak entry aku yang sangkut sekian lama ni...hehehe)

Kalau aku seorang perdana menteri, aku berhasrat nak memberi pendidikan percuma kepada rakyat jelata...hohoho...chewaahh...

Sebab2nya adalah seperti dibawah dan aku akan kupaskan isu-isu yang berkaitan... Ini semua dari pandangan aku sahaja..kalau xrelevan atau rasional, masing2 punya pendapatlah kan...hehee... Walaupun susunan aku berterabur, harap korang paham apa yang aku nak sampaikan...

1. Sebab
Pendidikan wajar disediakan secara percuma kepada semua rakyat kerana pendidikan sudah menjadi keperluan penting bagi melahirkan modal insan. Chewah... Mereka kata, kalau nk dapat pendidikan percuma, dapatkan la 1st class...skrg aku nk tanye balik, yang dapat 2nd class tu lepas grad jadi sampah ke..? Budak2 yang 2nd class n even 3rd class tetap kena bayar cukai jugak lepas ade kerjaya. Mereka jugak akan jadi sumber ekonomi negara..!! Grrr.....

Namun demikian, terdapat beberapa isu yang mungkin menjadi bahan untuk dibangkang oleh orang yang kurang bersetuju tentang konsep pendidikan percuma. Apa isunya..?

2. Sumber
Sumber untuk membiayai pendidikan percuma sudah pasti datang daripada hasil negara. Sebagai sebuah negara yang kaya dengan hasil bumi, sudah tentunya kita kaya dengan sumber ekonomi (sepatutnya lahkan...) selain daripada hasil bumi, rakyat Malaysia juga mengeluarkan cukai yang tinggi...lihat saja pada harga kereta kite selepas dicukaikan...tinggi bukan? Kemana sepatutnya dibelanjakan wang tersebut? Sepatutnya untuk rakyat lah...bukan untuk segolongan kaum yang menggunakan kedudukan untuk meraih kekayaan automatik.

3. Cara
Terdapat beberapa cara dalam kepala aku tentang pembahagian ekonomi. Salah satunya dengan cara mengurangkan projek yang hanya mendatangkan pembaziran kepada negara. Contohnya, hapuskan 'ultraman' yang telah menjahanamkan stadium di Terengganu... Stadium itu runtuh kerana dilaser oleh ultraman kerana struktur stadium tersebut tidak kukuh. Ultraman berasa marah lalu meruntuhkan stadium itu dengan laser hikmat beliau.

Contoh kedua, projek lapangan terbang batu berendam melaka yang hanya menjadi projek gajah putih. Agak2 dah berapa juta habis kat situ..??

PM kesayangan kita turut bgtau yang kalau die kasi pendidikan percuma, negara akan muflis... Dah tu mana plak datangnya duit BRIM,KRIM, tayar percuma utk teksi, rebat handphone, Himpunan Jutaan Belia, PSY datang Malaysia dan sebagainya..???? x habiskan duit negara jugak ke? kalau henfon leh rendam lam air wat sup ok jugak...


Sepatutnya kerajaan mementingkan apa yang menjadi keperluan asas masyarakat....please la peka sikit...sedih tgk kes kecurian sbb x cukup makan...

4. Ketidak adilan.

Aku leh rumuskan ketidak adilan ini berlaku disebabkan dua sebab.

i. Tak adil untuk graduan yang lepas2
Ikutkan mmg la x adil,,,kita graduan yang dah lepas2 ni kena bayar...Adik2 yg baru nak belajar tu takyah bayar.....Ok sekarang ni bayangkan....

Orang dulu2 taknak capai kemerdekaan sebab diorang cakap...ala takci la kalau kita perjuangkan kemerdekaan..nti generasi akan datang makan sedap2..kite makan ubi kayu jekk....

Logik..?

Kita kena ingat, pendidikan percuma ni untuk generasi akan datang...untuk anak2 kita..untuk cucu2 kita...Sampai bila kita nak kekalkan tradisi "hutang keliling pinggang" kepada anak cucu kita...??

ii. Tak adil untuk semua pointer
Ketidakadilan jugak berlaku pada pointer... Kalau dapat 1st class sama je mcm dapat third class...takde motovasi la macam tu..!! Hahahaha....for me, apa salahnya kalau letakkan syarat...

Pendidikan secara percuma diberi pada yang betul2 nak belajar...sapa yang terkandas tengah jalan tu kena la bayar balik contohnya 50% ke...25% ke...

Yang dapat 1st class tu mase graduation tu kasi la jaminan pekerjaan kat badan kerajaan ke, token ke...Pelajar for sure berlumba2 nk score gila2 sebab nk jaminan pekerjaan lepas grad..lagi2 kat badan kerajaan..betul x..? (Ini cadangan aku jekk)

Sebabnya..aku nk ulang lagi sekali, dapat class apa sekali pun, bila die dah grad, die tetap akan bayar cukai selepas die mula bekerja...die tetap dibebankan dengan pelbagai tanggungan... so kenapa kerajaan nk tambah bebankan diorangkan.. (aku pun) jangan nak tipu ar kalau korang x penah merungut duit tak cukup kannn....

Dan kalau still nak jugak diorang ni meminjam dan wajib bayar, please jangan menekan...jangan kenakan interest terlalu tinggi...jangan ada bayaran perkhidmatan...berapa banyak kita pinjam, banyak tu jugak kita kena bayar...

6. Duit zakat..
Duit zakat boleh digunakan untuk tampung pelajaran...Sebab aku sendiri pernah apply tabung pendidikan dekat Baitulmal dan alhamdulillah, aku dapat la dalam dua sem...sem lain aku x apply sebab aku rasa aku taknak tambah beban kat Baitulmal since mak aku pun cakap, kalau x cukup duit mintak kat die..hahaha..but, the issue is, korang boleh apply kat Baitulmal...tapi bila adenya kes mcam ni..hati aku jadi marah..!!


Penyelewengan..!!

Takat ni dululah yang aku boleh fikir setakat ni...Apapun, kerajaan mesti bersungguh2 untuk bantu rakyat..bukan bagi alasan...persoalan yang perlu difikirkan ialah..mahu atau tidak? bukan bagi alasan negara bangkrap...projek mega yang mengarut dan membazir tu lebih boleh mendatangkan bangkrap kepada negara..bukan melalui pelaburan kepada modal insan yang sebenarnya merupakan aset terpenting negara....fikir2kan.............Apa pun, pandangan aku cuma mewakili pandangan peribadi aku saja.... :D

Akhir kata, jom tengok pembongkaran ini...!!