Nuffnang Ads

me&bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

me & bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, May 2, 2013

Jogjakarta...versi penutup..


Salam...ada beberapa perkara yang aku rasa aku perlu share dengan korang...tentang Jogjakarta...

1. Penarek Beca

Kat sini banyakkan lah sedekah...diorang bukan jenis mintak..tapi cara hidup diorang sangat beza dengan kita..kita kat sini rasa gaji kecik pun, still leh minum2 time keje..makan tengahari time lunch...bekpes pagi2...diorang..?? Harapkan hujung minggu la customer lebat sikit..kat sini mostly pendapatan diorang hasil pelancong...bab pertanian kurang sikit sebab diorang punya kepadatan penduduk agak tinggi...korang percara tak, ramai penarik beca kat sini tido kat beca..x kira panas atau hujan....ada yang dua hari sekali baru balik rumah yang jauhnya dua jam perjalanan... :'( semuanya semata2 nak jimatkan hasil kutipan tarik beca diorang..ada yang bertuah sikit, leh naik angkutan dari rumah untuk ke sini mencari rezeki...kalau naik beca tu, hulur2 la air kotak ke, kuih ke apa ke..konfem diorang amek..sebab diorang jarang makan..kalau makan pun, bukan yang betul2 kenyang...sebab diorang nak jimat duit...secara puratanya, kalau hari2 biasa, dapat tarik pun paling banyak 3-4 orang...sekali tarik dalam 10-15 ribu..so ade la dalam 12-15 ringgit seharian dari pagi sampai malam...so fikir lah...x salah kot kalau kita nak bayar lebih sikit kat diorang...

2. Tukang urut
Sama jugak macam beca, masa kami mengurut, laki aku jenis yang ringat mulut tanya macam2...tanya pasal gaji pun selamba je...menurut tukang urut tu, suami aku adalah pelanggan ketiga utk hari tu...tanya soal gaji, katanya 10% dari bayaran pelanggan...suami aku urut, lebih kurang 30 ringgit, upah dia cuma 3 ringgit lah...so kalau baru 3 pelanggan, baru 9 ringgit..keje dari pagi sampai malam...??? aduhai...katanya lagi..harapkan hujung minggu lah nak dapat duit lebih sikit...hurmmm...

3. Pak supir
ditanya jugak pada pak supir...berapa gajiannya sebulan..dia jawab...cuma 15% dari pelanggan...sepanjang kami berjalan dengan pak supir..die tak penah berenti untuk die makan atau minum...die hanya tunggu kami je selesai berjalan..kalau diajak, baru die makan...kami hulur air botol, baru die minum...aku rasa die nak jimat2 duit die...katanya, bukan setiap hari ada pelanggan...kalau takde pelanggan, die cuma duduk kat pejabat sambil menantikan embun yang gugur ke bumi kateee nye...

so aku memang terfikirlah...bertuahnya aku duduk kat Malaysia ni..susah2 pun, keliling rumah leh tanam sayur, cili..kalau jenis kampung yang bersungai atau bersawah tu, leh bela ikan...


Berbeza kat sini, diorang perlu kerja untuk beroleh pendapatan utk menyara keluarga...kat sana kadar kepadatan penduduk tu agak tinggi..rumah pun rapat2...sebab tu diorang sungguh2 cari rezeki...

ade yang jadi penghibur jalanan, jaga trafik dan sebagainya dan dapat hasil pendapatan dari ihsan penduduk2 dan pelancong2 di sana...ade sesuatu yang kita perlu belajar iaitu kena kerja keras....orang Jogja rajin2..takde lagi aku jumpe penipu atau pencuri kat sana macam kat tempat lain..rasa selamat...semuanya jujur...alhamdulillah...

2 comments:

Zie Noorzail said...

Salam Syuhada

Info& perkongsian yang menarik!

Nurul Syuhada Mohd Norawai said...

terima kasih sudi membaca :)