Nuffnang Ads

me&bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

me & bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 8, 2014

Amazing things being a 'mak' to Muchi :)


There's a lot of things changes after I got Muchi in my life... Wah awal muqaddimah dh berspeaking plak...hahaha...

But yeah, I love being a mother to a lovely baby named Muchi. Even sometimes I'm still dun believe that he is my son but I'm really enjoy loving him.

Ada masa senyum..ada masa melalak..ade masa demam..ade masa melasak.. Tapi macam tu lah budak2 kan...

Below are the lovely parts of being a mak to my little Muchi...

1. Suka tido berkepit...suka sangat tau..kadang-kadang lenguh jugak tangan sebab si kenit ni suka tido atas lengan... Bila letak je kepala dia kat bawah, dia automatik bangun, merangkak, cari lengan aku, landing dan sambung tido balik... Bukan main manja...tapi aku suka... :)

2. Akan pujuk aku kalau aku buat-buat nangis... Muchi kan suka melasak..kadang-kadang tarik rambut aku, cakar muka aku..aku pun mula lah pura-pura nangis sebab nak tengok respon...selalunya dia akan pujuk balik...die bagi pipi dia kat pipi aku, peluk leher aku, pegang dagu aku, cium pipi aku...sweet sangat...


3. Aku suka tengok die menyusu...memang sampai sakit belakang jugak sebab aku tunduk nak tengok muka dia...tak tergambar kepuasan dalam diri bila tengok die kenyang hasil dari susu badan... Allah bagi rezeki untuk Muchi melalui aku... Aku kenalah bagi hak dia selagi rezeki Muchi masih mengalir dalam badan aku...


4. Aku suka tengok perubahan Muchi pada setiap bulan.. Daripada seorang newborn yang cuma tau nangis, tido, beyak dan susu, dah mula pandai meniarap pada umur 4-5 bulan, mula merangkak pada usia 7 bulan, tumbuh gigi 8 bulan..dan sekarang dah mula meniti-niti pada sofa untuk berjalan. Panjat dan turun katil sendiri pun dah pandai. perubahan-perubahan tu menandakan Muchi membesar dengan sihat dan bijak insyallah.. :)
Naik stroller pun dah mula memanjat sekarang ni...

5. The best part, aku paling suka tengok Muchi ralit tengok TV bila azan berkumandang atau ada orang mengaji Quran kat TV. Dia selalunya akan diam dan tengok je TV tu...Mak aku cakap mungkin ni sebab berkat bagi Muchi makanan sunnah seperti kurma dan kismis...Insyallah, Muchi akan membesar jadi anak yang soleh... :)
Abaikan rumah yang bersepah tu..hahaha...

Tuesday, September 23, 2014

Cara aku jaga Muchi


Bila start dah ada anak ni, mula la kita sebagai mak ayah ni plan untuk buat yang terbaik untuk anak kita.. taknak ajar itu, tak nak ajar ini. Kadang-kadang nak letak alas meja pun jadi dilema bila dah ada anak ni..nak2 pulak kalau anak tu dah mula melasak. Antara benda2 yang aku cuba tahan untuk bagi anak aku adalah seperti di bawah neh..

1. Pacifier

Aku tak pasti apa bad effect pacifier pada bayi cuma aku tak suka baby hisap pacifier sebab separuh muka dia hilang di sebalik pacifier tu.. Nak cium pun susah... Hehehe...penah try bagi kat Muchi masa dalam pantang tapi nampaknya dia tak suka.. Dia selalu muntah kalau isap menda tu. Pacifier tu pun bukan aku yang beli tapi ada dalam hadiah hamper yang akak aku hadiahkan untuk Muchi dulu...

2. Gula dan garam
Big NO and NO gula dan garam dalam masakan aku untuk dijadikan santapan Muchi. Kidney Muchi masih terlalu virgin untuk proses gula dan garam dalam badan dia. Tapi sapa kata tanpa gula dan garam masakan baby jadi tak sedap? Kreatif la sikit..hehehe.. Aku suka rebus kentang campur sayur sekali dengan protein sama ada ikan atau ayam. Then, masa nak blend tu aku campur dengan 21 biji kismis dan 3 bijik kurma... Time suap dia makan, aku pun makan sekali...hehehe... Dua2 bahan tambahan tu elok untuk perkembangan otak dia. Mak aku sampai cakap, patutla Muchi suka dengar azan dan orang mengaji...selalu makan makanan sunnah rupanyaa..hehehe...

3. Walker

Menda ni memang strictly aku tak kasi Muchi guna. Sebenarnya aku geram jugak tengok walker2 yang ada kat pasaran ni. Cantik2 belaka...tapi memikirkan risiko yang mungkin boleh berlaku, aku batalkan niat aku tu. Bayi akan bergerak dengan pantas dengan walker. Aku takut sangat kalau die bergerak pegi kat wayar2 periuk nasik ke apa ke..tak ke bahaya? Lagi pun aku pernah terbaca yang akal pemikiran bayi mungkin terbatas bila menggunakan walker ni sebab die tak gunakan sepenuh kemampuan akal fikiran untuk explore dunia dia. Yelah, tanpa walker, die akan memanjat, meniti, merangkak...time tu la sel-sel otak die berhubung kan..hehe... Jujur aku katakan memang Muchi kerap jugak terjatuh (tapi aku mmg standby bantal2 dan toto kat tempat memanjat dia).. hasilnya sekarang, die dah pandai turun katil sendiri, pandai panjat bouncer, pandai turun dari sofa sendiri. Aku perhati je cara dia naik dan turun. Memang penuh hati2... Itu la hasil kalau die explore dunia dia sendiri tanpa bantuan walker. Biarlah dia guna keupayaan dia sendiri untuk belajar berjalan secara semulajadi....

4. Buaian

Yang ni aku tak pasti bahaya nya apa kepada bayi... Cumanya aku tak bagi sebab malas plak rasa nak usung ke sana sini sebab takut die susah nak tido. Lagi pun lebih mudah kalau die tido sebelah aku. Malam2 time nak susu, tak yah susah2 nak bangkit. Bagi je nenen, die sambung tido, aku sambung berdengkur...hehehe...Bonding pun makin kuat sebenarnya. Aku tido memang peluk Muchi. Die memang akan tido berbantal lengan. Lenguh tangan, aku letak die kat bawah. Automatik die akan terjaga, bangun dan cari lengan aku balik. Kadang2 siap peluk leher aku lagi...bestnya feeling tu...Love u lah Muchi...!!



Lain orang, lain caranya... Ada ibu2 yang selesa dengan benda2 di atas but not for me. Terpulanglah pada cara masing2 kan. So far, alhamdulillah Muchi masih menerima susu badan sepenuhnya dan aku harap dapat susukan Muchi sampai dia 2 tahun...Insyallah..

Wednesday, September 10, 2014

Semuanya Selepas 8 Bulan..

Syukur alhamdulillah...
Akhirnya apa yang aku cari kini aku dah dapat berkat kesabaran dan doa aku, suami dan mak aku...

Aku berhenti keje pada bulan Disember 2013...Kira-kira 4 hari sebelum aku melahirkan Mursi.. Ramai yang tanya kenapa berhenti..? Kampeni dah bagus, gaji ok, jawatan ok...opis belakang rumah je...

Ketahuilah, tak semua yang kita nampak perfect tu, adalah kelebihan untuk kita. Kadang2 jadi racun... Aku berhenti atas sebab2 yang tak boleh aku nak ceritakan di sini...

lepas habis pantang pada Februari, aku mulakan gerakan mencari kerja...

Mac berlalu, ada satu panggilan ujian temuduga SPA utk jawatan Pegawai Penerangan... aku gagal...
satu lagi panggilan ujian temuduga di HRDF...pun aku gagal...

April berlalu tanpa sebarang panggilan interview..

May...dua panggilan interview.. satu di KDU College..satu lagi di Tenaga Kimia Sdn Bhd...dua2 pun aku gagal....

takpe..cuba lagi...

Jun pula berlalu tanpa panggilan interview...

July...satu panggilan interview di Frenz United FC...sekali lagi aku gagal...

August...dapat lagi panggilan interview pada hari keempat Raya Puasa...di Legion Media...dan pada hari yang sama, dapat juga panggilan dari Jambatan Kedua Sdn Bhd...

Aku gagal lagi dalam interview di Legion Media..

tapi alhamdulillah..kali ini rezeki berpihak pada aku...seminggu selepas aku diinterview di Jambatan Kedua, aku dapat keje...

Untuk pengetahuan korang, semua interview yang aku pegi selepas aku apply kat Jobstreet dan juga SPA..

Tapi inilah yang dikatakan rezeki..bagai bulan jatuh ke riba... Sebenarnya aku tak apply pun keje kat Jambatan Kedua ni... Menurut kata HR, diorang ambik resume aku kat jobstreet selepas diorang search candidates yang dirasakan layak..

Tapi aku syukurrr sgt...apa taknya, bidang keje kat sini sama macam kat kampeni2 lama...nature syarikat ni pun sama mcm syarikat2 lama aku keje..bidang jalan raya, bidang highway...dan atas dasar pengalaman aku yang hampir memenuhi keperluan syarikat, maka aku diambil bekerja...

di opis baru...
 
Nila yang mungkin orang tua2 kata, pucuk dicita, ulam mendatang... Aku percaya pada rezeki anak... 8 bulan tak keje, dengan 6 bulan tanpa gaji..sakitttt weehhh...saving aku selama 4 tahun lebih keje ni mmg habis licinnnn... siyes habis...aku bajet saving aku ngan suami cuma boleh bertahan sampai hujung bulan 8...kalau bulan 9 tak dapat gak keje mmg aku buntu...

Tapi tulah kan.. Rezeki Allah ni dia akan bagi ada masa yang sangat tepat.. Allah cuma suruh kita sabar dan doa....Yang penting kene syukur dulu..nanti Allah bagi lagi...kata2 tu mmg betul2 tertepek kat batang hidung aku...

Anak aku pun dah 8 bulan..dah macam2 karenah dia...dah pandai meniti2...pandai merangkak2...tido pun peluk leher aku..sangat pandai manjakan diri dia...

  anakku..Muhammad Mursi

Berat jugak nak berpisah 12 jam dgn anak sehari...tapi tengok BS pun sgt baik jaga dia..tenang jugak hati aku...

So, penutup kisah aku hari ni...

Sabar itu indah..


p/s : Nasib baik jugak aku tak dapat keje kat Legion Media tu..sebab masa aku balik dpd interview aritu, pak guard kat situ nak berkenalan dgn aku...mintak no phone aku, aku x bg..aku suruh die bg no phone die kat aku...tapi mmg takkk la aku nak call kan...ahhahaha....saja bg alasan jekk :p

Wednesday, February 19, 2014

SHAWL ITALIAN CHIFFON


*PANJANG 1.75 METER
*LEBAR 28 INCI
Harga  RM 25.00 (5.00 postage)

Lai lai lai...whassap me 012-3765703 to order...
















Tuesday, January 28, 2014

kelahiran Muhammad Mursi bin Nor Syahril Mubarak


Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi aku dah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada hari terakhir dalam tahun 2013... Jimat setahun...leh hantar g sekolah awal...hehee...

Niat hati aku nak deliver secara semulajadi atau normal...tapi kehendak Allah mengatasi segalanya..kena czer jugak...huhuhu... Beginilah kisah aku melahirkan...

Status terakhir sebelum bersalin

Sepanjang kehamilan aku, takde la masalah sangat...tapi di bulan yang kelapan kehamilan, aku kena kencing manis plak..ni kes melantak durian tak agak2 la masa msim durian hari tu..akibatnya, gula dalam darah aku tinggi sampai aku kena amek suntikan insulin.. Doktor jugak beritahu yang aku tak boleh mengandung melebihi 38 minggu so aku perlu di induce bagi mengelakkan komplikasi pada bayi...

Pada 30 Disember 2013 bersamaan hari Isnin, aku menyerah diri kat Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah. Selepas membuat pemeriksaan, segalanya ok...aku dimasukkan ke wad bersama ibu2 mengandung yang lain...

Malam tu, doktor bagitahu yang aku akan di induce selepas subuh esok. Hati berdebar jugak..maklumla kali pertama...Selepas setiap solat, aku berdoa semoga sakit nk bersalin tu sekejap n tak lama dan aku mudah untuk melahirkan...

Esok paginya dalam pukul 5.00, aku buat CTG sampai hampir pukul 6.00 pagi..tapi bacaannya tak berapa cantik. Nurse kata maybe perut aku lapar ke apa ke dan die suggest aku pegi makan.. Setel CTG, aku terus mandi sebab memikirkan yang aku akan diinduce kejap lagi. Setel mandi, aku makan roti n minum milo yang laki aku bekalkan dari malam tadi..

Setel makan, aku kena panggil dengan nurse sebab dah nak diinduce...alhamdulillah Hospital Kuala Pilah sangat menjaga adab dengan patient.. walaupun yang bagitahu aku kena induce tu doktor lelaki, tapi yang sentuh aku hanyalah doktor perempuan dan doktor lelaki tu plak cuma duduk kat muka pintu ngadap tempat lain...

Doktor pesan lepas induce ni duduk atas katil diam2 dan jangan pegi mana2..takut ubat tu jatuh... (well i hope u guys tahu ubat tu letakknya dimana kan...)

Lepas setengah jam aku dah rasa kesakitannya...mcm dah nak beranak sgt dah...mengerasssss jekk..kerap plak tu..selang 2 minit die mengeras..sakittttttt..!! Dalam hati syukur sebab aku dah yakin aku dah boleh deliver...maybe dah byk bukaan nye sebab dah sakit sangat ni...

lepas tu, nurse panggil aku buat CTG lagi sekali lepas sejam aku diinduce...dan lepas aku rasa dlm 20 minit..kesakitan yang amat tu tak hilang langsung..aku dah mengerang..bacaan CTG sangat teruk...kelam kabut nurse bagi tahu doktor bacaan CTG aku...doktor datang, cek bukaan...langsung takde...aku cam terkejut..mcm ni punya sakit pun takde bukaan..???

Sambil menggeleng, doktor tu bagi tau yang aku perlu diczer... sebab kandungan aku lemas.. fetal distress katanya... aku dah pasrah...dalam hati, buatlah apa saja doktor asalkan sakit ni hilang...aku dah tak tahan... Doktor suruh nurse kol laki aku untuk bagitau yang aku akan di czer...dan tak sampai 15 minit, aku nampak kelibat laki aku depan mata tengah dibrief oleh doktor sebab musabab aku kena czer.

Aku pelik gak...Batu Kikir ngan Kuala Pilah ni dekat ke? Laki aku terbang ke apa datang sini...Rupanya time nurse tu kol die mmg dah ada kat parking keta...huhuhu...

Doktor suruh diorang sume prepare kelengkapan czer secepat mungkin sebab aku kes emergency. dalam pukul 9.30 lah time tu..aku kena sain apa benda tah..aku pakai sain je..tak dan nk baca sebab tangan pun mengigil masa tu menahan sakit. Nasib baik aku bekfes kul 6.30..kalau kul 8.30 ke..maybe kena delay sikit czer tu sbb doktor kata last meal should be 2 hours before.

Pas kena cucuk sana sini, nurse suruh aku salam laki aku mintak ampun maaf..tak dan nk cakap paper pun..aku salam sambil mengerang je...hehe..laki aku mukanya nampak cuak...

Lepas tu terus aku ditolak ke operation theater dalam pukul 10.00...lepas dibius, aku dah tak rasa sakit langsung...aku terlena sebenarnya masa operation tu sbb terlalu mengantuk sebab malam tu tak lena tidur...tapi sekejap2 aku kena kejut pastu aku lena balik...tepat 10.37, aku dengar surgeon tu cakap, assalamualaikummmm... pastu aku dengar diorang ketawa dan cakap...

"eh garangnya tolak2 tangan orang.."

dan ketika tu la aku melihat muka anak aku buat kali pertama...aku pandang dengan perasaan yang sangat terkejut...ya rabbi...sebijikkkk mcm muke aku masa baby...!!!!
Muhammad Mursi hari pertama...

lepas doktor tu tunjuk baby kat aku, baby dibersihkan dari darah2 tu dan die letak baby kat bahu aku...aku tengok je muka die...kagum sebab die btul2 ikut muke aku.. :)

lepas tu, baby dihantar ke wad kanak2 untuk pemantauan sebab aku ada kencing manis...nak tgk baby ade effect pape ke...

operation setel lebih kurang sejam 15 minit kemudian...lepas tu aku tak leh makan, xleh minum...tapi aku curi2 gak minum sbb terlampau haus..hehe...laki aku dah menunggu kat luar bilik operation dan masa tu aku tutup mata sbb still ngantuk..aku dengar die tanya MA tu,

"isteri sy tak sedar ke.."

dan2 tu aku bukak mata...die pun ikut MA sorong aku ke wad...rupanya masa aku tengah dibedah, die dah jumpa anak kitorang dan dah azankan pun...sibuk die ckp anak kite hensemmm..kikiki...

Untuk hari pertama tu, aku tak jumpe anak aku lepas die keluar...mak n akak aku datang petang tu pun cuma dapat jumpe aku je la..aku just tunjuk gambar baby aku yang laki aku amek secara curi2 sbb nk bg aku tengok...

Muhammad Mursi di hari ketiga

Hari kedua, barula baby dihantar kat aku...dan pada hari ketiga, baru la kami pulang ke rumah...seminggu jugakla aku tak mampu nak berdiri tegak sbb rasa pedih pada bekas jahitan tu...terbongkok2 je...

Bergaya dalam incubator...sian die...

Hari keempat, nurse datang dan kata anak aku nampak kuning...dan selepas beberapa hari cek, bacaannya makin tinggi...terpaksa la aku ke wad semula pada hari ketujuh...baby kena duduk dalam incubator. But alhamdulillah cuma sehari dan kuningnya hilang 3 hari kemudian...

memang betul2 Allah makbulkan doa aku...taknak sakit lama n mudah bersalin...mmg aku sakit tak lama n tak rasa pape pun masa bersalin..hehehe..aku harap adik Mursi nanti aku boleh deliver normal...serik gak rasa kena operate ni...insyallahh.....

Begitulah kisah aku bersalin..panjang plak entry ni..masa entry ni ditaip, Mursi dah berusia 29 hari...lebih kurang 2 minggu lagi aku nak habis berpantang kat umah mak di kampung... :)

Terima kasih kat mak n akak n laki aku yang jaga selama aku berpantang ni...
Terima kasih jugak kat saudara mara n kawan2 yang bg hadiah mcm2 utk baby aku ni...Hanya Allah yang boleh balas segalanya... :)
Saya dah 23 hari...!!!