Nuffnang Ads

me&bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

me & bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 23, 2014

Cara aku jaga Muchi


Bila start dah ada anak ni, mula la kita sebagai mak ayah ni plan untuk buat yang terbaik untuk anak kita.. taknak ajar itu, tak nak ajar ini. Kadang-kadang nak letak alas meja pun jadi dilema bila dah ada anak ni..nak2 pulak kalau anak tu dah mula melasak. Antara benda2 yang aku cuba tahan untuk bagi anak aku adalah seperti di bawah neh..

1. Pacifier

Aku tak pasti apa bad effect pacifier pada bayi cuma aku tak suka baby hisap pacifier sebab separuh muka dia hilang di sebalik pacifier tu.. Nak cium pun susah... Hehehe...penah try bagi kat Muchi masa dalam pantang tapi nampaknya dia tak suka.. Dia selalu muntah kalau isap menda tu. Pacifier tu pun bukan aku yang beli tapi ada dalam hadiah hamper yang akak aku hadiahkan untuk Muchi dulu...

2. Gula dan garam
Big NO and NO gula dan garam dalam masakan aku untuk dijadikan santapan Muchi. Kidney Muchi masih terlalu virgin untuk proses gula dan garam dalam badan dia. Tapi sapa kata tanpa gula dan garam masakan baby jadi tak sedap? Kreatif la sikit..hehehe.. Aku suka rebus kentang campur sayur sekali dengan protein sama ada ikan atau ayam. Then, masa nak blend tu aku campur dengan 21 biji kismis dan 3 bijik kurma... Time suap dia makan, aku pun makan sekali...hehehe... Dua2 bahan tambahan tu elok untuk perkembangan otak dia. Mak aku sampai cakap, patutla Muchi suka dengar azan dan orang mengaji...selalu makan makanan sunnah rupanyaa..hehehe...

3. Walker

Menda ni memang strictly aku tak kasi Muchi guna. Sebenarnya aku geram jugak tengok walker2 yang ada kat pasaran ni. Cantik2 belaka...tapi memikirkan risiko yang mungkin boleh berlaku, aku batalkan niat aku tu. Bayi akan bergerak dengan pantas dengan walker. Aku takut sangat kalau die bergerak pegi kat wayar2 periuk nasik ke apa ke..tak ke bahaya? Lagi pun aku pernah terbaca yang akal pemikiran bayi mungkin terbatas bila menggunakan walker ni sebab die tak gunakan sepenuh kemampuan akal fikiran untuk explore dunia dia. Yelah, tanpa walker, die akan memanjat, meniti, merangkak...time tu la sel-sel otak die berhubung kan..hehe... Jujur aku katakan memang Muchi kerap jugak terjatuh (tapi aku mmg standby bantal2 dan toto kat tempat memanjat dia).. hasilnya sekarang, die dah pandai turun katil sendiri, pandai panjat bouncer, pandai turun dari sofa sendiri. Aku perhati je cara dia naik dan turun. Memang penuh hati2... Itu la hasil kalau die explore dunia dia sendiri tanpa bantuan walker. Biarlah dia guna keupayaan dia sendiri untuk belajar berjalan secara semulajadi....

4. Buaian

Yang ni aku tak pasti bahaya nya apa kepada bayi... Cumanya aku tak bagi sebab malas plak rasa nak usung ke sana sini sebab takut die susah nak tido. Lagi pun lebih mudah kalau die tido sebelah aku. Malam2 time nak susu, tak yah susah2 nak bangkit. Bagi je nenen, die sambung tido, aku sambung berdengkur...hehehe...Bonding pun makin kuat sebenarnya. Aku tido memang peluk Muchi. Die memang akan tido berbantal lengan. Lenguh tangan, aku letak die kat bawah. Automatik die akan terjaga, bangun dan cari lengan aku balik. Kadang2 siap peluk leher aku lagi...bestnya feeling tu...Love u lah Muchi...!!



Lain orang, lain caranya... Ada ibu2 yang selesa dengan benda2 di atas but not for me. Terpulanglah pada cara masing2 kan. So far, alhamdulillah Muchi masih menerima susu badan sepenuhnya dan aku harap dapat susukan Muchi sampai dia 2 tahun...Insyallah..

No comments: