Nuffnang Ads

me&bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

me & bam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 3, 2015

Cerpen - Excited pegi kenduri kawen


Sedang leka Lina melayari Facebook, tiba-tiba.."pling"...private message masuk..

"Lina..nak alamat.."

"Wah Imah..nak kawen eaa..."

"Haah..jemput lah datang ye..10 haribulan depan..kat Kampung aku di Alor Setar nun.."

"Ok..insyallah bak meh kad dulu...ni alamat aku..."

Lina sangat excited..dah lama x jumpa Imah sejak mereka habis sekolah 7 tahun lepas..lama betul tak jumpa...maklumlah, Lina sejak habis sekolah, terus berhijrah ke Kuala Lumpur ikut famili. Lepas kawen pun terus menetap di Kuala Lumpur bersama-sama suami.

Balik rumah dari kerja, Lina dengan semangatnya ajak suaminya ke kenduri Imah bulan depan...

"Bang, Imah nak kawen bulan depan..kita pegi ye bang..."

"Imah? yang dok Alor Setar tu ke...?

"Haah la..yang saya selalu cerita tu..jom ye bang.."

"Abg bukan tak nak pegi, tapi kenduri die 10 hb..tengah bulan tu..Kedah plak tu..banyak belanja tu.."

"Ala bang...jom la...lagi pun dah lama tak jumpa dia...Ni lah peluang nak ke sana bang..."

"Ok lah kalau macam tu.kita pegi.."

"Yeay..thanks bang..."


10 haribulan tiba............

Lina dah ready dengan bungkusan hadiah cantik. Beli memang istimewa untuk hari bahagia kawan baiknya...

Pagi-pagi lagi dah bangun, bersiap.. Maklumlah, nak perjalanan jauh mesti bangun awal, siap awal sebab kena gerak awal, Nanti lewat, orang dah kemas khemah plak. Terlepas pulak peluang nak tengok Imah jadi ratu sehari...

Lina dan suaminya memulakan perjalan seawal 8 pagi dan dijangka akan sampai di Alor Setar lebih kurang pukul 1. Just nice lah ni rasanya...

Dengan lafaz bismillah, mereka memulakan perjalanan. Perjalanan yang mulanya lancar, mula menjadi kian perlahan. Trafik mungkin terganggu.

Lina resah, aiseh..sempat ke tak nak sampai kenduri ni...

Selepas setengah jam merangkak dalam trafik yang teruk, akhirnya kembali lancar. Ada kemalangan rupanya...Lina tak mau tengok..takut tak boleh tidur pula nanti.

Lina menggesa suaminya supaya laju sikit..nak cepat sampai...Dari kelajuan 100km/j suaminya memecut 130 km/j. tak lah laju mana namun AES sempat plak menjalankan tugasnya. Silauan lampu kamera AES mengesahkan yang kelajuan mereka dah melebihi had laju...

"Aduh..sori bang...tak sengaja...saman nanti kita share bayar ya..."

Suaminya tak menjawab, sekadar bermasam muka sebab ade $$ akan melayang untuk membayar saman. Dia mula memperlahankan kelajuan kereta supaya mematuhi had laju.

Alhamdulillah..kira-kira pukul 1.35 pm, mereka telah tiba di perkarangan rumah pengantin... Tetamu masih ramai membanjiri kawasan khemah tetamu..

Mata Lina melilau-lilau mencari kelibat pengantin sambil membawa bungkusan hadiah.. tak nampak pula bayang pengantin ni...

"Makcik...Pengantin mana..?" tanya Lina kepada mak pengantin yang menyambutnya tadi.

"Ooo... Pengantin dah keluar...pegi outdoor photoshot.."

"Haa.........................??"

1 comment:

NANIEY said...

LINA TU KO KAN...???HAHAHA